Back to home page

Jam Kelahiran

19 Mei 2008 • 13 Komen Cetak Chenta!
Saya mahu jam yang genius ini kerana ia analogi kepada 'tiada kejayaan tanpa pengorbanan'. Mungkinkah di samping Solat Istikharah, jam ini juga boleh membantu seseorang membuat keputusan yang sangat sukar di dalam hidupnya?

Birth clock


Penerangan dari pereka jam ini:
The "Birth Clock" is a fragile glass object containing a digital clock that is not working; it is designed to help you to come to a decision when you're stuck at a specific point in life. Smash the glass, and the clock will start to work, leaving you with the broken object as a reminder of your dramatic decision. Leave the object as it is, and you remain out of time, having the beautiful object as a reminder of your resistance to change. What would you do?

13 Komen Tambah Komen↴

Hm.. En. Tawel. Memang analogi yang bersifat analogi. =D Sesetengah orang hanya lihat masa itu dari luar kaca sahaja. Tak berani nak pecahkan. Sebab ia nampak cantik macam tu.

Tanpa Nama

jauhkan diri dari perkara-prkara yang boleh mengugat aqidah tanpa disedari..
Wassallam.

Tanpa Nama

Ni macam mana boleh masuk bab menggugat aqidah pula ni? Pernah belajar konsep IKHTIAR dalam Islam atau tidak?

Tahi kambing kalau dibuat baja, itu ikhtiar namanya tapi kalau dipuja senghaja cari masalah, letak badan biar bertempat, bukan semata nak ikut adat, dah pakai kain kemas-kemas jangan biar ia terlondeh.

Apalah ada pada nama!!
Wassalam Anonymous.

Tanpa Nama

Ni anonymous yang sama juga ke? Kalau sama, nak juga saya minta penjelasan macam mana boleh masuk bab puja-memuja pula ni.

Dan untuk mengelakkan kekeliruan, kalau debat yang diminta, maka saya tidak akan meluluskan komen bersifat anonymous. Jangan berani berhujah jika topeng menutupi muka. Kalau mahu orang respek pada hujah kita, jadi berani, dedahkan diri (atau blog).

Sanad dalam hadith-hadith Nabi pun, mana ada yang anonymous.

salam en. Tawel a.k.a Ray ;P

mungkin en/cik anonymous di atas tu kurang paham bila baca ayat "jam ini juga boleh membantu seseorang membuat keputusan yang sangat sukar di dalam hidupnya?".

mungkin kot...

Tanpa Nama

Wa'alaikumussalam. Ala janganlah panggil Ray. Sogan den!!

Mungkin juga dia tak faham atau saja-saja buat tak faham. Saya minta penjelasan, dia bagi komen lain yang berbelit-belit. Jangan marah naa en/cik anonymous saya tak luluskan komen walaupun pada hakikatnya saya meluluskan hatta komen yang provokasi jika diketahui dengan jelas siapa pengomennya.

Susah juga sebenarnya nak bawa bincang dan borak dengan manusia yang tak berapa arif nak membezakan apakah asas perbincangan tu; taktikal manusia vs takdir Allah. Kalau jam itu menggugat akidah, maka SWOT analysis juga menggugat akidah mana-mana umat Islam yang mempelajarinya.

Dan meminta pendapat ibu bapa dan rakan-rakan ketika nak buat sesuatu keputusan juga kalau begitu boleh dikatakan menggugat akidah.

Salam...
Erm.. sekali baca macam faham... 2 kali baca macam salah faham... 3 kali baca saya rasa macam semakin bertambah kekeliruan. Mungkin penguasaan bahasa Inggeris saya tak begitu baik, maka terjadinya keadaan sebegini.

Apa yang saya faham ttg jam ni lah kan... dan yg saya selit simpulkan sendiri...jam tu sbnrnya hanyalah sebagai simbol ingatan bahawa saat sesuatu keputusan dibuat, ianya adalah satu tindakan yang tak boleh di undur lagi. Sbb tu lah ia mulai bergerak bila kaca itu dipecahkan, sepertimana kaca yg pecah tak mungkin dicantumkan lagi, begitulah juga masa yg laluannya hanya sehala...

Seperti kata uns.Azhar, salah faham dan kekeliruan berlaku bila dikatakan jam itu boleh membantu membuat satu keputusan yg sukar. Bagaimana caranya ia membantu? Benarkah ia boleh membantu? Sejauhmana berkesannya bantuan yg diberikannya?

Ish... bila keliru begini, saya mulalah rasa malas nak berfikir. Rasa nak biarkan je soalan2 tu tak berjawab. Lagipun saya rasa saya tak akan beli jam tu pun... hehe

Erm... Tapi kan, nak jugak tahu... boleh ke En Tawel jawab ke soalan tu supaya saya tak keliru ttg jam ni lagi?

Tanpa Nama

Wa'alaikumussalam cik Suara. Kesimpulannya bersifat terbuka dan tak rigid pada satu sahaja.

Bagi saya, jam tu cantik. Tapi kecantikannya menyebabkan ia tak berfungsi. Kalau dipecahkan (dan jadi tak cantik), barulah jam tu berguna kepada kita. Sebab itu analogi saya: Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Kena berkorban (pecahkan kaca) baru dapat hasilnya (jam yang berfungsi).

Jam ini boleh membantu seseorang buat keputusan sebab ia bagi satu tekanan psikologi. Katalah kita beli jam ini sebagai alat bantuan nak berhenti merokok.

Kalau kita pecahkan jam ini sebagai permulaan azam kita untuk berhenti merokok, maka ia boleh jadi satu memento kepada keputusan yang kita buat tu, yang mana ia juga boleh jadi satu motivasi untuk menghalang kita dari merokok semula.

Kalau kita tak pecahkan jam yang kita dah beli ni pula, maka ia akan jadi satu pengingat bahawa masa semakin suntuk untuk kita berhenti merokok, di samping turut menjadi satu memento kedegilan kita untuk berubah.

"Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya."

Melayu ini sungguh kaya dengan peribahasa. :)

Salam. Apa yang kak faham dari kenyataan tadi adalah, kadang dalam hidup kita kena berubah, walaupun perubahan itu menyusahkan-eg, pindah tempat kerja, kadang kena berpisah dgn orang tercinta kerana tak mahu jadi orang ketiga, kadang kena buat keputusan "drastik' untuk menyelamatkan akhlak anak dan macam-macam lagi. sapa yang selesa di takuk lama, dia akan ditinggalkan

Tanpa Nama

Sensei, salah satu yang buat aku rasa Wordpress lagi best daripada Blogger.com (Blogspot la tu!) ialah, kita boleh tau alamat IP siapa saja yang menghantar komen, hatta yang berselindung dalam anonimiti sekalipun!

Maaf, bukan berniat nak "bersifat iklan", sekadar berseloroh sebagai intro!

...

Pada mulanya, aku ingat ini jam yang countdown umur kita, dengan menganggar berapa tahun/bulan/hari/jam lagi kita boleh hidup! Rupanya, macam bukan ja!

Secara jujur, aku masih agak kureng paham dengan fungsi jam ini. Kalau kita nak buat sesuatu keputusan drastik, kita pecahkan kaca jam ini dan dia akan berjalan kan? Sebagai peringatan atas keputusan kita katanya?

Apakah tujuannya untuk mengira berapa hari telah berlalu semenjak kita mengambil keputusan itu? Lepas itu, apakah kita akan merenung balik, dan mungkin menyesali keputusan kita jika ianya salah? Hoho, menarik juga nih!

Yah, kalau betul fungsi jam ini seperti yang aku fahami, maka bayangkan berapa unit jam ni aku kena beli untuk dipecahkan bagi setiap keputusan aku dalam hidup, terutamanya semenjak 3-4 tahun kebelakangan ini. Pastu bayangkan bagaimana perasaan bila tertengok balik jam itu, dan terkenang kesilapan kita dalam membuat keputusan. Hoho, sudah la tak dapat nak melupakannya, ni bahkan diingatkan lagi dengan berapa "jam" yang lalukah kita telah memutuskan untuk berbuat sekian dan sekian!

Ngerinya... ;)

Hohoho.. Jam ni bukan jam countup. Ia jam biasa yang beritahu kita sekarang pukul berapa.

Tapi tak payahlah beli jam ni untuk buat semua keputusan. Satu cukuplah dan gunakan bagi keputusan yang benar-benar kritikal seperti kalau kau Perdana Menteri, dan kau nak cari siapa pengganti. Kalau kau silap buat keputusan, jadilah macam sekarang ni, i.e. Che Det vs Pak Lah.

Haa..camtu la ;)

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.