Back to home page

Bahana Perang Bendera & Poster

25 Februari 2008 • 15 Komen Cetak Chenta!
Perang Bendera & Poster rasa-rasanya adalah antara perkara paling unik yang berlaku dalam perjalanan pilihan raya di Malaysia. Semasa Pilihan Raya Umum Ireland 2007, saya berasa sungguh pelik dan janggal. Tiada terasa langsung aura pilihan rayanya!

Tiada kain rentang dan poster yang mewarnai suasana langit jalanrayanya. Tiada bendera yang tercacak di pokok dan jambatan. Tiada kedengaran orang masuk hospital dek kerana bergaduh merebutkan tempat untuk meletakkan bendera dan poster. Semuanya tiada! Yang ada hanyalah seperti gambar ini:


Itu sahaja. Hanya poster seperti itu sahajalah yang selalu kelihatan. Ia hanya diletakkan di tiang-tiang lampu yang menerangi jalanraya utama sahaja, dan bukanlah pula semua tiang-tiang lampu di jalan-jalan utama itu akan disolekkan dengan poster. Malah, 4 buah poster calon di sebuah tiang yang sama (rujuk gambar) adalah agak jarang untuk kita jumpa. Selalunya, 1 atau 2 poster bagi setiap tiang.

Oh ya, kalau hendak tahu, pilihan raya di sini, seperti mana juga di Amerika dan banyak lagi negara-negara maju yang mengamalkan sistem demokrasi, sebenarnya lebih menekankan siapa yang bertanding (dan bukannya parti). Sebab itu setakat yang pernah mata saya ini melihatnya, kesemua poster-poster yang digantung pasti akan memuatkan nama dan/atau wajah calon parti tersebut. Malah ada juga poster calon yang turut memaparkan URL blogspotnya. Poster yang memaparkan logo parti semata-mata seperti di Malaysia, adalah hampir mustahil untuk kita jumpa (sebenarnya saya tidak pernah jumpa sama sekali).

Saya mendapati Perang Poster & Bendera seperti ini mempunyai 3 kebaikan:

1) Mengurangkan kos perbelanjaan bagi semua pihak yang bertanding

Menghasilkan bendera dan poster memerlukan duit. Malah upah juga harus diberikan kepada mereka yang bersusah-payah untuk memasang bendera dan poster itu. Maka lagi banyak poster yang perlu ditampal, maka makin tinggilah ongkosnya.

Setakat ini tiada perangkaan rasmi dari mana-mana parti tentang jumlah wang yang dibelanjakan untuk bab poster dan bendera. Namun saya yakin, paling kurang jumlahnya pasti mencecah 5 angka. Sedangkan Makcik Maimun yang akan bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Kuala Terengganu pun telah menghabiskan kira-kira RM 3000.

KEMASKINI @ 28 Feb 2008
Menurut Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), iaitu Ramon V Navaratnam, satu kajian yang dibuat untuk mempertingkatkan amalan ketelusan dalam perbelanjaan politik, Barisan Nasional telah membelanjakan sebanyak RM 1.049 juta dalam kempen pilihan raya di dada-dada akhbar selama 3 hari sahaja (25-27 Februari 2008). Sudah tentu jumlah ini tidak termasuk belanja kempen di televisyen, dan juga kos untuk mencetak poster dan bendera. (Sumber MalaysiaKini)

Semoga TI-M mengeluarkan juga laporan perbelanjaan pilihan raya oleh parti pembangkang tidak lama lagi.

2) Membuatkan pengundi fokus dan sedar siapa yang bertanding di tempat mereka

Apabila terlalu banyak poster dan bendera yang hanya memaparkan logo parti, maka poster yang memaparkan calon yang bertanding akan tenggelam. Siapa yang bertanding, kita tidak tahu. Akibatnya apabila berlaku musibah, barulah terhegeh-hegeh nak kenal ADUN kawasan kita. Masa itu barulah tahu bahawa ADUN itu cakap sahaja lebih! Mahu salahkan siapa?

3) Mengurangkan pencemaran alam

Mungkin demam Perang Bendera & Poster tidak begitu ketara di Ireland, kerana rakyat di sini lebih berkesedaran tentang isu pencemaran alam sekitar. Seperti yang kita tahu, kesemua poster-poster tersebut akan basi apabila pilihan raya telah tamat, dan apabila ini berlaku, ia akan menimbulkan satu masalah lain: Bagaimana hendak melupuskannya?

Maka lebih sedikit lebih bagus. Kita di Malaysia terlalu mewah dengan poster dan bendera, sampai kadang-kadang sudah tidak tahu lagi hendak ditampal di mana. Akhirnya kadang-kadang reban ayam juga menjadi mangsa, macamlah ayam-ayam itu ada terdapat namanya di dalam daftar pemilih yang dikeluarkan SPR.

Malah saya sendiri pernah memegang poster-poster pilihan raya di sini. Amat sukar untuk menjumpai poster yang diperbuat daripada plastik. Hampir kesemuanya diperbuat dari bahan yang berasaskan kertas. Kita boleh mengitar semula kertas, plastik juga boleh. Namun jarang-jarang ada orang yang mengumpul bahan buangan berasaskan plastik (lebih-lebih lagi plastik poster pilihanraya kerana kualitinya yang rendah) untuk dikitar semula memandangkan harganya yang sangat murah. Plastik memerlukan masa 500 tahun untuk terurai kamu tahu. Mungkin poster-poster pilihanraya negara kita yang lepas-lepas, kini ada terapung-apung di sini.


Anda pernah merasai demam pilihan raya di negara asing? Bagaimana perang posternya? Kongsikan di sini jika rasa rajin! ;)

15 Komen Tambah Komen↴

Ahha, maaf, hamba tiada pengalaman pilihanraya di negara asing.

Tapi ada "asingnya" yang hamba terasa di tempat hamba. Hamba terasa seperti berada di tempat asing.

Kenapa?

Kerana hamba berada di suatu kawasan, tapi berdasarkan alamat hamba, rupanya hamba kena mengundi untuk kawasan parlimen yang sepatutnya sangat jauh dari rumah hamba.

Nak tahu kenapa?

Persempadanan semula la, apa lagi! :P

...

Pilih calon dan bukan pilih parti ya? Di Malaysia ni bakal terjadi dilema.
- Bagi yang tak reti (zombie), dia akan pilih parti.
- Bagi yang mahu perubahan, dia akan pilih parti.
- Bagi yang setia pada seseorang, dia akan pilih calon.
- Bagi yang memang tahu calon itu bersih, dia akan pilih calon.

Dilemanya ialah, seandainya calon yang "bersih"/bagus itu berada dalam parti yang kita tak suka, yang kita mau "ubah" la kononnya, dan calon yang berada dalam parti yang kita mau sokong tu rupanya tak bersih, maka nak pakai kriteria apa lagi ni?

Kesimpulannya, sistem politik kita memang jenis kepartian.

Hamba mengimpikan bila kita akan "berubah" pakai sistem demokrasi macam Barat ni? Heh, satgi ada pulak yang kata padaku, "Apa kamu ini masih mahu pilih sistem Kuffar! Kembalikan sistem khilafah!"

...

Heh, poin nombor dua tu memang betul, sebab majoritinya poster, selain daripada memaparkan lambang parti, turut lebih mementingkan pemimpin parti itu ketimbang calon yang sepatutnya bertanding di kawasan berkenaan. Sampai hari ini hamba masih tak nampak (dengan jelas) pada poster itu, muka calon yang sepatutnya bertanding bagi DUN dan Parlimen (yang sepatutnya rumah hamba berada di dalamnya itu).

...

Poin nombor tiga tu sangat menggambarkan kita punya mentaliti KELAS KETIGA, hah! Bila la nak maju nih! Yang mana yang bijak² semuanya berada di luar negara (Tawel: TERSEDAK!). Bila hangpa semua nak balik memangkinkan perubahan ni? :D

"Dilemanya ialah, seandainya calon yang "bersih"/bagus itu berada dalam parti yang kita tak suka, yang kita mau "ubah" la kononnya, dan calon yang berada dalam parti yang kita mau sokong tu rupanya tak bersih, maka nak pakai kriteria apa lagi ni?".

Poin yang bagus. Apa yang penting, kalaulah di tempat hamba berlakunya banjir kilat dan sebagainya, hamba tak kisah yang nak datang tolong itu orang Islam atau pun bukan Islam, orang Parti Bulan atau Parti Dacing atau Parti Roket. Yang penting, calon yang dipilih tu tahu buat kerja dan bukan hanya jenis yang turun ke padang 4 tahun sekali.

BTW, sistem khilafah tu hamba pun sokong juga. Cuma masalahnya, organisasi paling kuat yang cuba membawa kembali sistem khilafah tu mempunyai modus operandi yang sangat 'keras'. Organisasi tu diharamkan di banyak negara-negara Islam, tetapi ia mekar dengan suburnya di UK. Ala UK..tau tak? Iaitu sebuah negara demokrasi yang mereka tuduh sebagai antara negara yang paling kuffar dan taghut di seluruh dunia. Ironi..ironi..

Hah, okay okay. Akan ku pulang jua, kerana aku memang ingin pulang... *Sambil meneguk kopi dan tiba-tiba rasa mahu mendengar Aku Ingin Pulang oleh Ebiet G Ade*

di Down Under, kempennya lebih kepada iklan televisyen. lagi2 bila seminggu nak pilihanraya, hampir takde satu pun iklan komersial, semuanya iklan Howard vs Rudd (dan sedikit iklan ttg The Green). kalau undi Howard, apa akan jadi (cth: Australia tak akan tandatangan Protokol Kyoto, working families tak terbela), kalau undi Rudd apa akan jadi (cth: interest rate Australia akan naik)etc etc.
kempen poster ada, tapi tak sebersepah mcm kat Malaysia. kalau di uni, setakat tampal poster kat tempat2 yg dibenarkan dan conteng2 dinding juga jalan guna kapur warna warni. lawa jugak la. =)
amnya, tahun lepas kempennya lebih kepada siapa yang kita suka sebagai PM dan agak sedikit tentang parti Liberal dan Labor (The Green hampir tiada langsung). bendera parti, rasa2nya tak pernah nampak pun.

Tanpa Nama

Terima kasih Carrotcake! Macam itu rupanya di Australia. Tapi di Ireland, rasa-rasanya iklan di tv tak ada sangat (saya pun tak dapat pastikan sebab jarang-jarang buka TV).

Satu perkara yang common: Bendera parti jarang/susah kelihatan ;)

Saya pernah mengalami suasana pilihanraya di Britain (lebih tepat lagi di Manchester) pada tahun 1997 yang lalu. Tidak berapa ingat tentang perang poster diwaktu tersebut. Tetapi apa yang paling saya ingat adalah peruntukan yang sama rata untuk semua parti-parti yang bertanding untuk muncul di kaca televisyen ataupun berkumandang di saluran-saluran radio. Waktu puncak yang sama (dihari yang berlainan), tempoh masa yang sama dan juga cara kendalian yang sama. Wakil dari parti-parti yang bertanding terpaksa menghadapi soalan-soalan dari pengendali rancangan, penonton di studio dan juga pertanyaan melalui telefon dari masyarakat. Tiada amalan 'berat sebelah' dari syarikat televisyen dan radio meskipun ada di antara syarikat-syarikat tersebut adalah syarikat kerajaan. Akhbar-akhbar seperti The Sun pula bebas melaporkan berita dan adakalanya secara terang-terangan menyokong parti Labour tanpa perlu risau tentang tindakan pihak kerajaan (pada waktu itu Parti Conservative adalah pihak penyandang). Persoalannya, bilakah kita di Malaysia boleh samapai ke tahap demikian?

Tanpa Nama

Yeah, memanglah benar bagai yang dikata. Yang prihatin, yang buat kerja, biarlah itu yang kita sokong.

Maka ini menimbulkan dilema lagi!

Kalau dua² (atau lebih) calon itu BARU, maka tiadalah kita dapat menilainya untuk mengetahui dia ini layak diundi atau tidak, hah!

Hmm... kot mana pun, kena istikharah dulu sebelum mengundi la ni!

...

Oh, di UK bersubur geng itu? Memang ironi! Di sini mereka (kalau hamba tak keliru dengan geng lain la) mengedar risalah (macam buletin) setiap hari Jumaat di masjid², boleh la diambil dan dibaca sesudah solat Jumaat.

...

Bendera parti tu menyusahkan hamba nak melintas jalan pada ruang di antara divider jalan. Tak nampak jalan sebelah sana, ditutupi dengan bendera. Aaaargh!

Salam saudara,

Syukran kerana mempunyai kesedaran alam sekitar. Pengalaman saudara di Ireland memberi perspektif yang baru. Wajar dikongsi bersama org Melayu yg paling membazir ketika tiba PRU.

www.sosialiskanan.blogspot.com

Assalamualaikum...

Hurmm..best jugak topik nih..Teringin nak bagi komen.. Pada pendapat saya, setiap tempat dan kawasan tu berbeza.. dr segi agama, budaya, sosial dan etc.. Uniknya 'demokrasi' dan pilihanraya kat Malaysia ni adalah sbb adanya perang bendera.. Kita pon bukan tatau y x semua parti boleh 'access' kemudahan tertentu seperti TV n radio.. So, begini jelah caranya utk me'wujud'kan diri kepada org ramai.. Kalau tak, siapa y tau mereka wujud.. Betul tak? Setiap parti bawak perjuangan masing2 dan ada pendirian y berbeza.. Ada y berjuang kerana bangsa, agama, kaum, kepentingan diri n etc.. Bagi y betul2 ingin 'berjuang', cuma cara beginilah mereka ada.. Bukannya nak kata hak2 tertentu parti2 lain disekat, tapi semua org boleh berfikir dengan waras akan hak ni.. Mmg betul cara mcm ni agak membazir, tapi lagi membazir kalau xmenang dgn cara camni n tak berbuat apa2..Betul tak? Tapi parti2 pon,janganlah membazir sangat..Berpada2 je dalam membuat sesuatu... Bukankah kita dituntut utk tidak membazir.. Bendera2 tu boleh recycle atau pakai semula wut.. Jangan sempitkan scope pandangan kita.. Pihak y bertanggungjawab pon kenalah berlaku adil jugak.. "Hak demokrasi hendaklah dikongsi oleh semua".. Rasanya semua dah agak matang utk berfikir perkara2 camnih.. Pro's n Con's perlu dititikberatkan dalam menilai perkara2 seperti ini.. Semoga pilihanraya kali ini berlaku dgn baik dan "BERSIH".. (owh ya..mungkin isu bersih ni y perlu kita pedulikan lagi..tapi isu2 kecil camni pon perlu ada y mengigatkan juga..thanks nway..) Sokonglah parti yang boleh membahagiakan anda, bukan sahaja di dunia..tapi akhirat juga.. Moga sama2 mendapat barakahNya~ (^_^)

Tanpa Nama

Apek printing yang kayo hahah.

Saya undi parti berbanding calon kerana di Malaysia bilangan kerusi adlah berdasarkan parti dan bukan individu.

Parti adalah jentera individu yang terpilih sebagai calon.

Parti yang korup menghasilkan calon yang korup.

Ya, tidak semua calon putih bersih.

Adanya parti pembangkang adalah untuk melakukan 'check and balance'.

Terima kasih kepada yang memberikan komen.

Anonymous, suasana politik negara kita sentiasa boleh diubah, terutama dari segi kempen pilihanrayanya yang sangat membazir. Saya suka dengan tulisan Pembaziran dalam 'Politik Simbolisme'. Kita terlalu menekankan sangat Perang Bendera, sehingga lupa bahawa apa yang lebih penting adalah supaya maklumat sampai ke tangan pengundi.

Politik simbolisme hanya menaikkan sentimen dan kefanatikan, bukan rasionaliti rakyat.

Kita patut mencontohi suasana pilihanraya di UK, seperti mana yang dikomen oleh BanjarRakai. Bendera lawan bendera tidak ke mana, bak kata Bro Ahmad di atas, akhirnya yang menang adalah apek printing. Hoho!!

Akhina Tawel...

Haha..Menarik, menarik..

1) Isu simbolisme:-

Sebenarnya bukan sahaja isu simbolisme yang banyak over-rated walau kesannya kepada pengundi yang berada di 'maqam' yang merasakan siapa yang palig banyak benderanya makanya parti itu yang mempunyai kekuatan namun ada satu perkara lagi yang tersangat amat penting elain dari penyampaian maklumat iaitu tugas PACA.

Pemikiran rakyat berbeza-berbeza jetsru setiap kempen dan pendekatan berbeza impaknya terhadap pengundi.

1) Bendera
2) Kempen- Manifesto, isu-isu sekitar keperluan rakyat.
3) Kredibiliti calon atau parti
4) PACA

Selalunya golongan atas pagar dan mereka yang intelek akan sangat terkesan dengan kempen dan penyampaian maklumat yang telus dan menepati hak asasi manusia. Hari ini akhbar The Sun melaporkan hampir UNDI yang sangat CRUCIAL 35-45 % terletak di tangan SILENT VOTERS who are not make uptheir mind yet. Mereka boleh sahaja:-

1) Mengambil sikap berkecuali kerana sedar maklumat yang diterima tidak transparent

2) Mengambil keputusan berdasarkan maklumat saat-saat akhir. Ini pentingnya proses merayu undi yang di buat dari rumah ke rumah atau penyebaran risalah-risalah yang intelektual dan worth reading.

2) Isu calon:-

Hakikatnya menggunakan neraca qawaed syara' dalam menentukan pemilihan sangat wajar. Contohnya berlaku pertembungan di antara dua calon dan parti, maka maslahah mana yang lebih besar dalam undian dan menepati prinsip Islam dalam masa yang sama maslahah itu terletak kepada dasar sesuatu parti itu sendiri.

Selain itu, satu fakta yang sangat dikesampingkan ialah calon-calon parti pembangkang samada Muslim atau tidak Muslim dipilih berdasarkan syura sendiri dan hasil pemilihan adalah benar-benar yang terbaik dan diletakkan atas dhowabit-dhowabit yang menguntungkan syara' dan Ummah itu sendiri. Malah kalau mereka benar-benar dikenali, digging their personal life kita akan cenderung kepada mereka walau mereka bukan seorang Muslim!

Masalahnya ialah, kita tidak punya saluran yang banyak untuk mengenalkan calon sehingga suara-suara yang kedengaran adalah undi calon bukan parti yang berbau sunnguh ironis kerana hendak menimbulkan isu rasime atau situasi malas berfikir apabila bertembungnya dua calon Muslim dan bukan Muslim.

On the side note, Al-Maududi (yang disetujui oleh ilmuan Islam yang lain contohnya Dr Yusuf Qardhawi ) sendiri menyatakan kafr dzimmi boleh menjadi menteri ( bukan ketua negara ) malah memilih non Muslim yang telus, amanah berjiwa rakyat yang berjuang atas dasar prinsip-prinsip dan dasar kemanusiaan & Islam yang telah disepakati oleh kesemua pimpinan Barisan Rakyat lebih banyak maslahahnya dan jami' wa manie'. Maknanya ia tiada lubang yang merugikan Ummah secara keseluruhannya berbanding sebaliknya. Yakin kepada calon yang dipilih kerana calon yang diketengahkan bukan calang-calang. Percayalah.

p/s: Bro Tawel, baru-baru ini berkesempatan jumpa Dr Nasir Presiden Parti Sosialis Malaysia ( Sosialis umumnya di malaysia mempunyai dua bahagian, politik dan ekonomi. Di Malaysia lebih kepada ekonomi ) yang bertanding atas tiket KeAdilan di Dun Subang, kawasan rumah ana. Em..prinsipnya, hidupnya lebih Islamis dari sesetengah mereka yang kononya akademis Islam namun pendirian politiknya terbalik dan mengelirukan khalayak. Sangat rendah diri, disayangi rakyat India kerana memperjuangan hak-hak penduduk estet, setinggan dll selain merupakan bekas Timbalan Dekan Fakulti Perubatan UKM. Malah prinsip hidupnya sangat sama dengan Khalifah Saidina Umar Abdul Aziz. Boleh buat kita menangis. Walau platformnya bukan Islamis namun kehidupannya lebih religious dari Islamis! ( Tuan Guru Hj. Nik Aziz ) sendiri dah approve ). Adik lelaki ana yang ke tempat kerja KeAdilan kawasan melihat sendiri bagaimana Dr Nasir hanya tidur di atas tilam yang tiada cadar malah! Sebab itu beliau sangat di sayangi oleh golongan mahren. ( Unofficial kempen =)

Wallahua'lam

* Maaf juga bahasanya bercampur.

Tanpa Nama

Terima kasih untuk side note berkaitan al-Maududi. Tapi kalau boleh disertakan rujukannya sekali, bagus juga. TQ juga untuk maklumat berkenaan Dr Nasir tu. Ini baru pertama kali saya dengar.

Berkenaan kempen dan pendekatan yang berbeza terhadap pengundi, saya tertanya-tanya pula bagaimanalah agaknya untuk kita menyedarkan golongan Malaysia yang terpelajar untuk mengundi. Baca kisah ni.

Oh, terima kasih atas kisah itu. Blogger menjadi calon? Sungguh satu perubahan dan gelombang positif dalam dunia pilihanraya tahun ini.

Tetapi sayangnya dan sungguh mengecewakan hakikat yang pahit untuk ditelan apabila mahasiswa dan graduan yang berada dalam pra-sedar atau mereka yang sedar masih tertidur sekali sekali dalam proses membuat perubahan dalam negara dan hidup kita sekaligus. Lebih sayang lagi waktu tertidur mereka sewaktu tempoh kritikal seperti sekarang.

Majalah Milenia Mac 2008 membuat liputan menarik tentang 'Kesedaran Pengundi' m/s 22-24. Selain dari penyokong-penyokong setia parti yang tetap akan mengundi, pengundi senyap, pengundi atas pagar ada dua 3 golongan lain yang menyumbang kepada peratusan tidak keluar mengundi.

1) Golongan intelektual yang tidak mahu mengundi kerana tidak percaya kepada sistem demokrasi dan politik Malaysia.

2) Golongan anak-anak muda terutamanya golongan 'urban' yang merasakan mengundi lansung tidak mempunyai kepentingan, memberi kesan dalam hidup mereka dan malas berfikir. Mereka tidak mendaftar, malah tidak lansung mahu mengambil tahu. Just want to have fun as it is.

3) Golongan yang mendaftar namun kurang peka terhadap kesannya malah tidak mahu pulang atas pelbagai alasan remeh temeh, renyah dan sebagainya. Mereka boleh menukar tempat mengundi mengikut alamat kad pengenalan namun kurang peka untuk berbuat begitu.

Apakah faktor utama yang menjurus kepada sebab-sebab ini? Entah. Tiada jawapan yang tepat.

Sayangnya, ketidaksukaan kita kepada politik menyimpangkan kecenderungan kita untuk berfikir bahawa mengundi itu sangat mampu merubah banyak benda. Isu petrol, harga barang, keadilan, serta taraf hidup yang makin 'mencekik' kita saban hari. Sayangnya mahasiswa termasuk dalam senarai tersebut.

Harapnya tahun ini peratusan keluar mengundi akan meningkat. Moganya.

Tentang rujukan afwan ralat: Bukan AlMaududi sebaliknya Al-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam As-Sulthaniyyah tentang bolehnya ahli dzimmah menjadi menteri.

Malah dalam kitab Dirasah fi Fiqh Maqhashid Asy-Syar'iah Maqasid Al-Kulliyah wa An-Nushus Al-Juziyyah (Feqh Maqasid Shariah) karangan Dr Yusuf Qrdhawi dalam bab Madrasah Zhohiriyyah Baru, Feqh Tekstual yang jauh dari Maqased-Maqased Syara' Dr Qardhowi menyelar golongan zhohiri moden yang mengharamkan segala macam perkara dengan alasan ianya haram dan menafikan keperluan kepada proses 'ta'lil' ( mencari sebab dalam proses pengeluaran dan pensistinbatan hukum berdasarkan dalil ). Dr Qardhowi menyelitkan sekali:-

" Mereka menolak pendapat Al-Mawardi dan yang lainnya dalam kitab 'Al-Ahkam As-Sulthaniyyah' tentang bolehnya ahli dzimmah menjadi menteri. Malah mereka tidak menerima jika ahli dzimmah dicalonkkan dalam parlimen."

Menurut Dr Qardhawi lagi golongan ini dari sudut agamanya ialah Salafi yang mempunyai beberapa sayap dan mempunyai 'rival' yang mereka sebut sebagai 'ahbasy' dan dari sudut politiknya mereka bernama 'Hizbu At-Tahrir'.

Kesimpulannya, golongan dari madrasah Zhohiri moden ini telah mengambil madzhab Zhohiri. Meskipun mereka tidak menamakannya dengan Zhohiri atau mengaku bahawa mereka telah menirunya. Mereka mengambil kejumudan lafaz-lafaz yang literal, melupakan hikmah dan 'ta'lil terhadap teks dari mazhab tersebut.

Wallhua'lam.

p/s: Btw: Untuk pilihanraya kali ini ramai brothers and sisters dari JIM bertanding atas tiket KeAdilan. Sekadar makluman.

Tanpa Nama

“Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah
, dan (juga mereka mempertuhankan) Al-Masih putra Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang MahaEsa; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Mahasuci Allahdari apa yang mereka persekutukan. “ (At-Taubah:31)
Ketika Adiy bin Hatim radliyallahu ‘anhu mendengar ayat ini, ia berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya kami tidak menyembah mereka.” Maka Rasulullah berkata kepadanya:
“Bukankah mereka(orang-orang alimnya) menghalalkan apa yang Allah haramkan, kemudian kalian menghalalkannya. Dan mereka(orang-orang alimnya) mengharamkan apa yang Allah halalkan, kemudian kalian mengharamkannya?!” Ia menjawab, “Ya. Benar.” Maka beliau bersabda, “Itulah bentuk ibadah kepada mereka.” (HR. At-Tirmidzi)
Karena yang berhak membuat syariat  (TASYRI”) hanyalah Allah subhanahu wata’ala. Yang dimaksud tasyri’ adalah apa yang diturunkan Allah untuk hambaNYA berupa manhaj (jalan) yang harus mereka lalui dalam bidang akidah, muammalat, dan sebagainya. Termasuk didalamnya masalah penghalalan dan pengharaman. Tidak seorangpun berwenang menghalalkan kecuali yang sudah dihalalkan Allah, juga tidak boleh mengharamkan kecuali apa yang sudah diharamkan Allah.
Syeikh Abdurahman bin Hasan Rahimahulah berkata: “Di dalam hadits tersebut terdapat dalil bahwa mentaati ulama dan pendeta dalam hal maksiat kepada Allah berarti beribadah kepada mereka dari selain Allah, dan termasuk syirik akbar yang tidak diampuni oleh Allah subhanahu wata’ala.
Ironisnya, hal ini banyak menimpa orang-orang yang bertaklid kepada ulama mereka. Karena mereka tidak melihat dalil lagi, meskipun ulama yang diikutinya itu telah menyalahi dalil. Dan ia termasuk jenis syirik ini.Menjadikan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah

Menjadikan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah
Maka mentaati dan konsisten terhadap syariat Allah serta meninggalkan syariat-syariat lainnya adalah salah satu keharusan dan merupakan konsekuensi dari laa ilaaha illallah.

dulu bani israel menjadikan rahib2 mereka sbg Rabb, kini umat sekarang menjadikan wakil rakyat2 mereka sbg Rabb..

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.