Back to home page

Mengapa Makcik Saya Tidak Akan Beli Makcik PC

01 Januari 2008 • 22 Komen Cetak Chenta!
Jika ada seorang makcik saya bertanya patut atau tidak kalau mahu membeli Makcik PC, maka saya jawab, "Jangan beli". Terdapat banyak sebab mengapa makcik saya tidak patut membeli Makcik PC*, sesetengahnya terlalu teknikal untuk diterangkan.

Tetapi ada dua sebab dari segi produktiviti, iaitu:
  1. Ia tiada papan kekunci (keyboard);
  2. Sistem pengoperasian Makcik PC (operating system, OS) berkemungkinan besar ditulis oleh MIMOS sendiri.

TIADA PAPAN KEKUNCI
Bagaimana Makcik PC ini boleh dipanggil sebagai sebuah PC apabila ia tiada papan kekunci? Maka sebab itu saya menganggap bahawa Makcik PC bukanlah antara komputer ternipis di dunia seperti yang didakwa. Sebaliknya ia adalah PDA tergedabak di dunia.

Saya tidak faham mengapa orang boleh suka dan teruja apabila Makcik PC tidak mempunyai papan kekunci. Papan kekunci adalah antara perkakasan paling penting bagi sesebuah komputer. Hatta komputer tablet juga mempunyai papan kekunci. Pengguna rutin PDA juga biasanya akan membeli external keyboard untuk memudahkan kerja-kerja menaip.

Cuba anda fikir, bagaimana caranya untuk kita menaip artikel, e-mel dan sebagainya dengan menekan satu persatu huruf di skrin? Tidakkah ini akan melambatkan kerja dan mengurangkan produktiviti? Jika anda suka begitu, maka silakan. Tetapi saya jamin lama-kelamaan anda akan kepenatan.

Oh ya, dikatakan bahawa Makcik PC disasarkan juga kepada mereka yang berada dalam bidang pendidikan. Jadi, jangan mengeluh jika anda terpaksa menulis tesis yang beribu-ribu patah perkataan dengan cara menekan papan kekunci maya di skrin komputer Makcik PC anda. Saya boleh jadi gila jika menulis di blog ini dengan cara begitu!


APA OS YANG DIGUNAKAN MAKCIK PC?
Saya tekankan di atas tadi bahawa OS Makcik PC berkemungkinan besar ditulis oleh MIMOS sendiri. Ini cuma satu spekulasi. Apa yang pasti, mustahil Makcik PC akan menggunakan OS Windows atau Mac. Oleh itu makcikku, janganlah datang kepada saya dalam keadaan panik apabila tidak boleh install Microsoft Office dan Yahoo Messenger di dalam Makcik PC. Malah saya juga ragu-ragu Makcik PC akan membenarkan sebarang third-party applications untuk di install di dalamnya.

Saya cuma boleh berdoa agak sekurang-kurangnya OS Makcik PC akan berdasarkan UNIX. Jika tidak, Makcik PC mungkin akan memerlukan masa bertahun-tahun (atau paling berkemungkinan berdekad-dekad) untuk menjadi sebuah komputer yang memiliki OS yang stabil dan selamat.

Namun jika OS Makcik PC ditulis berdasarkan UNIX kernel, maka adalah lebih baik mereka berkerjasama dengan projek One Laptop Per Child (OLPC). Kerjasama ini akan berupaya mengurangkan kos MIMOS dalam R&D (sekaligus menjadikan harga Makcik PC semakin murah dan mampu dimiliki) kerana OLPC adalah sebuah projek kemanusiaan yang disokong oleh banyak syarikat korporat gergasi seperti Google, E-bay, Red Hat, Intel, dan AMD yang mana setiap syarikat ini telah mendermakan sebanyak USD 2 juta (RM 6.7 juta) untuk melihat projek ini berjaya.

Saya tidak mengatakan supaya menjadikan Makcik PC serupa seperti OLPC, luar dan dalam. Apa yang saya ingin tegaskan, pinjam dan tiru teknologi dalaman yang digunakan oleh OLPC.

One Laptop Per Child


Kita sudah memasuki zaman open source (sumber terbuka). Maka kalau pun negara kita mahu membuat sebuah komputer sendiri, tidak perlu malu dan tidak perlu segan untuk menggunakan segala kod-kod yang terdapat dalam khazanah sumber terbuka itu.

Inovasi tidak bermaksud memulakan sesuatu dari tangga pertama. Sebaliknya, setiap inovasi yang ada di dunia ini wujud dengan meminjam dan kemudiannya memantapkan lagi idea-idea yang sudah sedia ada. Internet tidak akan wujud jika tiada orang yang mencipta komputer. Komputer pula mungkin tidak akan wujud jika tiada orang mencipta kalkulator, yang mana kalkulator mungkin tiada jika abakus tidak dicipta.

Don't reinvent the wheel! Dengan cara itu, komputer yang dihasilkan akan menjadi lebih murah dan lebih mampu dimiliki oleh mereka yang berpendapatan rendah. Eh, OLPC cuma berharga USD 100 (RM 335) sahaja. Sebuah syarikat di Amerika pula menghasilkan Everex yang berharga cuma USD 200 (RM 670). Ini adalah dua buah komputer yang akan berfungsi sepenuhnya untuk pengguna komputer biasa (biasa di sini bermaksud anda tidak menggunakan komputer untuk web development, programming, video editing, dan sebagainya).

Fikir banyak kali sebelum membeli Makcik PC, kerana saya boleh membina sebuah komputer yang sesuai digunakan oleh pengguna biasa, yang harganya tidak akan melebihi RM 1500 jika anda sanggup meninggalkan Windows dan beralih kepada Linux, yang mana saya mencadangkan Ubuntu Linux.

----------
* Nampaknya Makcik PC kini sudah dikenali sebagai CyberWind. Berdasarkan video pelancaran Makcik PC yang dilakukan oleh Pak Lah ini, tidak kedengaran pula istilah Cyberwind digunakan. Di samping CyberWind, MIMOS juga sedang menyiapkan CyberTablet yang mempunyai sasaran khusus kepada mereka yang berada dalam bidang pendidikan. Namun bagi saya, menamakan sesuatu produk teknologi dengan awalan atau akhiran Cyber telah menjadi sesuatu yang cliché pada hari ini. Makcik lebih bagus!

(Sumber dari NST, diletak di laman rasmi MIMOS Berhad)

22 Komen Tambah Komen↴

salam

makcik PC itu cuma nama tak rasmi untuk mendapatkan perhatian orang melayu terutama kaum makcik-makcik di kampung-kampung agar tahu mereka juga dijemput meng'imarah'kan dunia siber dengan kemahiran.

tak kisahlah nak panggil cyberwind atau berukmakyehpcsuperultratabletcssbigcgwyn pun, semua tu tak penting.

yg penting yg membangunkan makcik pc itu bukan tenaga kerja zionis. cuba beritahu aku siapakah yg menerangkan penggunaan makcik pc pada paklah semasa pelancaran itu.

aku melihat teknologi inovasi banyak dah diusahakan oleh pakcik-pakcik di kampung. hatta ada pakcik di kampung aku membina mesin untuk membungkus produk dengan sterika, tiang penyidai baju dan tayar basikal. walaupun mesin pakcik itu bodoh dari kaca mata zionis dengan mereka tergelak-gelak melihat mesin bodoh, jijik dan tak canggih itu, tapi aku tetap menyokong orang-orang yang tak malu mencuba,berusaha, membina dan mencipta serta inovasi. walaupun inovasi itu melahirkan suatu yang kebelakang dari zaman.

manusia suka menghina manusia lain yg berusaha kerana mereka menganggap tamadun mereka begitu maju. beritahu aku, siapakah yang paling bodoh antara sang inovator yang mencipta suatu walaupun tak hebat dgn sang pengguna yang hanya tahu guna tapi tak tahu macam mana nak bina. aku 'ludah' pada semua wajah manusia najis pengguna teknologi yang hanya berbangga mengguna teknologi tanpa ada usaha membina walaupun sebatang pencungkil gigi dengan kalimah "pergi mati kalian bersama zionis, jika selesa jd peneguk ludah teknologi semata-mata".

jgn malu untuk bina layang-layang dengan penyapu lidi,
walaupun kini sudah ada kapal terbang.
jangan malu untuk berusaha membina teknologi sendiri,
walaupun diketawakan oleh banyak orang.
(dipetik dari sajak IbnMukhtar bertajuk "tahi zionis")

Baru saja berangan nak beli Makcik PC, tapi bila dah baca artikel ni...
Hee.. Tak jadilah.. Tak naklah ada PDA tergedabak di dunia ni.. Huhuhu.. (",)

MFR, kenapa mengaitkan Zionis di sini?

kenapa mengaitkan zionis?

sbb semua agenda teknologi, kapitalisme, dan demokrasi sedunia bergerak melalui track yang disediakan zionis dengan kata lain, zionis memberikan ruang jalan untuk diproksi, dan dunia bersedia menjadi proksi zionis.

pejuang islam berusaha menyediakan track baru yang tak pernah sama dengan halatuju zionis. seperti ilmu sains greek yang membawa halatuju humanisme (mengagungkan akal-makhluk) telah dibawa semula oleh tamadun islam ke track menuju halatuju baru (mengagung khaliq).

tapi untuk bawa ke track baru, orang islam mesti berani inovasi walaupun hasil inovasi itu rendah tarafnya berbanding kemajuan yg dicapai musuh. kerana setidak-tidaknya orang islam sendiri sudah boleh membina. pergantungan akan berkurang. ini dapat menyelamatkan orang islam menjadi proksi zionis.

ini yang sering ditekan oleh pejuang jepun. cuma akhirnya agenda jepun untuk menyediakan track baru dengan menginovasi teknologi amerika tidak kesampaian, apabila org muda (generasi baru) akhirnya bersedia menjadi proksi amerika dalam budaya dan cara fikir. pejuang tua jepun bersedih akan hal ini. rupanya agenda penjepunan dunia bukan sekadar menginovasi teknologi dan dunia hiburan semata-mata boleh dijayakan, akan tetapi akan gagal bila jepun tiada agama yang boleh membenteng masyarakat mereka dari terjebak dari menjadi proksi.

renassaince islam hanya akan berjaya apabila umat islam mulakan langkah mengkaji dan membina. walaupun yang dibina itu dari bahan-bahan buatan org kafir. seperti cendikiawan islam dulukala yang membina keilmuan dari bahan-bahan rujukan greek dan rom.

mengapa zionis perlu dikaitkan? kerana dunia sudah bergerak mengikut agenda zionis. buktinya, peneraju teknologi, kapitalisme, demokrasi dijuarai oleh proksi-proksi zionis. hanya kesedaran tidak mahu menjadi proksi zionis akan buat kita memberikan sokongan padu pada usaha orang islam untuk maju mengkaji dan membina. kita tak perlekehkan malah turut bersedia menyokong walaupun terpaksa beli gula melaka menggantikan gula halus, jika orang islam hanya tahu keluarkan gula melaka. untuk berkata, "jangan beli" bagi produk umat islam jangan sesekali disebut, jikapun kita ini tak mahu beli, jangan halang orang lain beli.

asas teori pembinaan ekonomi islam hanya akan berlaku bila suatu produk yang dikeluarkan orang islam disokong orang islam sendiri. cacat cela boleh dibaiki,ditegur,dibantu tapi memboikot dan sanggup jadi pembeli produk musuh lebih dari menyokong produk orang islam hanya untuk dapat kepuasan perkhidmatan adalah kebodohan prinsip berjuang.

saya ni salah seorang designer kat malaysia. saya dah tengok Makcik PC dari proses lakaran, buat prototype sampai la siap.
siapa kata takde keyboard ????
dia ada bluetooth keyboard, siap instal dekat Makcik PC punya mini travel bag.
bentuknya macam diari, buka, sebelah muka Makcik PC, sebelah muka lagi mini keyboard.

kalau tak tau apa-apa,
shhhhh.......

Tanpa Nama

Okay my friend. Pardon my ignorance for accusing Makcik PC has no keyboard. However no reviews I read (till the date I wrote the article) that can *at least* provide us a single, solid hint that it will be equipped with Bluetooth-enabled keyboard.

Who should you blame this? You can't blame our local tech bloggers for their ignorance, where in fact, they can't even obtain the full official specs from the MIMOS website! What a bad marketing strategy. Hatta TV3 juga mengatakan:

"Dengan ukuran tebalnya 16mm, Makcik PC tidak memerlukan keyboard."

So what is the point to design a so-called world's slimmest PC where the calculation of Makcik PC dimension excludes the external Bluetooth-enabled keyboard? And how can this be different from the PDA? That's a lip service you know. I just hope the keyboard comes free.

The most important thing, why released and then boasting the product while it is still in a prototype state? Whether Makcik PC is a laptop, or a PDA, or just a sub-notebook, now the question is, should we Malaysian still proudly claim Makcik PC as the world's slimmest laptop after Steve Jobs launched the MacBook Air several weeks ago? Apple pwned MIMOS first.

The lesson is, never launch something and then boasting about it, if it is not going to be available commercially as soon as possible, especially in the field of technology (beware of the Moore's Law!) So, when can we buy Makcik PC? 2009?

Sorry for being *tak tau apa-apa*. I am no designer like you, but I'm very critical about usability and reliability, especially when you produce something for the end users who are not tech-savvy enough to make the decision correctly when it comes to buy a new computer.

PS: I'd be glad to argue with someone not anonymous because I detest trolls. And I never impressed with MacBook Air, except for its super-thinness and sleekly minimalist design. In fact I think MacBook Air is the worst after Apple Lisa when it comes to price and functionality.

Maka tiadalah berhajat akan hamba untuk menyokong atau menafikan segala fakta yang Sensei kemukakan di sini, sebab tiadalah hamba pengetahuan ke atasnya.

Tapi Sensei, janganlah cakap pasal negara kita ni "boastful" dan kemudiannya kena "pwned".

Sebab apa? Sebab malu hamba selaku rakyatnya. Kerana apa? Kerana memang itu HAKIKATNYA. HAKIKATNYA memang kita ni (maksudnya di sini ialah individu/pihak tertentu di negara kita) selalu "cakap besar", hahaha!

Kita ni selalu "cakap besar", hamba tak pastilah sejak bila, tapi rasanya sejak hamba mengenal huruf dan angka kot?

Mungkin juga sebab nak membuatkan rakyat kita rasa bangga sebab kita BOLEH!

Tapi hamba rasa merendah diri itu lebih AWLA dan AFDHAL, kan?

Merendah diri dapat mengelakkan daripada MALU atau MEMALUKAN DIRI SENDIRI.

Kalau berlagak mengenai sesuatu, lepas tu berjaya diNAFIkan oleh pihak lain menggunakan fakta, maka mana kita nak letak muka?

Ooop, maaf Sensei andai komentar hamba ini tiadalah berkaitan dengan topiknya. =)


P/S: Wahai Sensei, pernah dengarkah "pepatah" (baru) mengatakan "do not FEED the TROLL"? ;D

Salaam semua,

Tahukah sebab, kenapa bangsa kita tak boleh atau lambat untuk maju? Episod ini mencerminkan atau membongkar antara sebab-sebabnya...

Pertama, "rumah" belum siap... tapi sudah canang sana-sini. Baik dalam apa segi atau bidang sekalipun... dari pelajaran, perniagaan, sampailah (atau perkataan yang lebih tepat, lebih-lebih lagi) politik.

Kedua, bagi mereka yang kritikal dengan pihak pengeluar/pembina (samada disebabkan oleh past experience atau memang anti azali), mula mencari segala bentuk kelemahannya, walaupun hasilnya belum lagi berbentuk. Lebih teruk lagi, memperlekehkan "hasil yang belum berbentuk" itu dan berkempen menentangnya...

Ketiga, kalau "rumah" belum siap pun, sekurang-kurangnya ada "rumah contoh", atau prototype yang sudah siap (jika untuk dicanang) yang sepatutnya diuji dulu ke'boleh-pakai'annya, samada disukai oleh bakal pembeli/pengguna ataupun tidak. Seeloknya penguji-penguji itu dari pihak ketiga yang bebas bukan hanya pay lip service saja...

Kini dah abad ke-21 tapi pemikiran-pemikiran kritikal seperti ini dan lebih-lebih lagi sikap kita masih jauh ketinggalan, ataupun tertinggal di abad ke-16 sejak kita mula dijajah dulu...

Fikirkanlah...

inasni

Tiada komen seironi komenmu Convoy! Selalu juga dengar 'do not feed the troll' tu. Kadang-kadang fikir juga nak disable function to comment anonymously. Tapi tengok dulu le ;)

Inasni, saya tidak faham kenapa jika ada rakyat Amerika sendiri yang mengutuk dengan dahsyat Vista dan MacBook Air, sebaliknya memuji-muji pula Asus EEE PC yang merupakan hasil produk Taiwan, tetapi mereka tidak pula dianggap sebagai tidak patriotik atau pun dijajah pemikiran mereka oleh kemajuan teknologi yang semakin banyak lahir dari arah Timur.

Hentikan sifat untuk selalu mengaitkan sentimen agama atau bangsa apabila menghasilkan sesuatu produk. Kalu mahu orang kenal produk kita, hasilkan sesuatu yang berkualiti and provide solutions for human being.

Serta jangan jadi terlalu defensive apabila produk kita diperlekehkan. Itu memang lumrah bisnes. Tak percaya?

1) Sony Sucks
2) Intel Sucks
3) Yahoo sucks
4) iPhone sucks
5) Dell sucks
6) Blackberry sucks
7) Google sucks

Di zaman ini apabila ideologi kapitalisme berkahwin dengan budaya konsumerisme, maka produk yang dihasilkan hampir semuanya sucks dan jarang bertahan lama. Tetapi syarikat yang berjaya meyakinkan pengguna untuk terus membeli produk mereka, di masa yang sama bersifat terbuka untuk menerima segala feedback yang membina, mengutuk, kritikal, dan sebagainya, akan terus survive.

What the tutt...


Sepatutnya review adalah the real experience from a real user. Ini tak pakai lagi dah buat review... errmm...

Kalau setakat pinjam opinion dari orang lain (utusan dsb), tak berlaku adil dan kurang etikanya.

Orang sekarang memang kurang cermat dan suka bercakap kot....

Nice trolling Zulk by making your profile not available ;)

Malangnya blog ini tidaklah sekaya Engadget yang mampu untuk membeli barang terlebih dahulu sebelum membuat review. Namun, bukan semua gadget yang di review di situ, mereka telah pun membeli dan menggunakannya.

Saya memang mengambil fakta specs daripada local bloggers, Utusan, dan TV3, tetapi saya tidak pula nampak bagaimana boleh timbul soal tidak adil dan kurang etikanya. Siapa dia yang telah pun menggunakan Makcik PC 100% dari proses boot, troubleshoot, installing and trying apps, debugging dan sebagainya? Maka jika begitu, Utusan, TV3 dan local Bloggers kita yang membuat review tentang MakcikPC juga semuanya tidak adil dan tidak beretika.

Bagaimana pula pendapat Encik Zulk tentang review bad and good yang dibuat oleh para tech bloggers ke atas Windows 7, padahal ia masih lagi belum siap sama sekali?

Orang sekarang memang suka baling batu sembunyi tangan kot...

---
Cadangan kepada MIMOS: Kalau betul-betul serius mahu menjual nama Malaysia ke persada global melalui MakcikPC, maka:

1) Pastikan maklumat itu ada di Wikipedia, terutama versi Inggeris. Sehingga sekarang, masih tiada maklumat tentangnya di laman Wikipedia yang memiliki high PR. Cuba google MakcikPC, dan result pertama yang kita dapat adalah sebuah laman spam.

Siapa yang memegang domain MakcikPc.com? Ia bukan Mimos, tetapi ia dimiliki oleh seseorang yang tinggal di Kampung Baru Buntong, Ipoh. Semak sendiri whois. Sesuatu tidak kena dengan teknik pemasaran MakcikPC.

2) Bila sudah siap Makcik PC itu nanti, hantar sampel kepada Engadget dan Gizmodo untuk proses review. Ini dua laman gadget dan hardware paling top di dunia. Kalau dapat review yang baik di sini, maka Makcik PC akan berjaya, lebih-lebih lagi jika ia dipopularkan oleh top Digg and Reddit users.

Cuma, jangan bawa slogan 'MakcikPC: Komputer Ternipis di Dunia' di situ.

Setuju apa yang inasni tu katakan, iaitu mengenai "pahat" yang masih "berbunyi" biarpun "rumah" tu kononnya sudah "siap".

Lagi satu, hamba tak berapa berkenaan mengenai kesukaan/kecenderungan "orang kita" (bukan semua, tapi lebih tertumpu pada sebab² politik) BERBANGGA, MEMBANGGA diri, atau mengejar suatu KEBANGGAAN. Orang putih panggil "PRIDE" (Heh, kenapa kita suka buat benda yang dianggap sebagai salah satu daripada TUJUH DOSA BESAR?).

Yang terkini, kita nak memBANGGAkan sebuah "taman" yang menghimpunkan "tamadun Islam" di satu negeri di Malaysia. Salah satu keBANGGAan di sini ialah sebuah masjid yang dibuat daripada kristal (wah, macam "rumah Superman"!). Bangga dengan "tamadun di taman"? Wah!

Hamba setuju dengan Sensei, kalau kita kritik diri kita sendiri, kita tak patriotik? Bahkan kerana patriotiklah kita kritik, agar tidak memalukan diri sendiri kemudian nanti. Jangan jadi macam warga di sebuah negara jiran kita tu, patriotik mereka patriotik "membabas-buta". Jika ada isu antara negara kita dengan mereka, maka berbondong² mereka muncul di blog tempatan, mengspam dan mencaci kita. Yang lebih ekstrim, menggodam laman sesawang rasmi kita.

Ermm... maaf, termelalut pula pi sentuh isu dua negara yang tiada kaitan dengan topik ni, heh!

Jadi, suka hamba petik semula kata² Sensei, iaitu:
1) jangan kaitkan penghasilan produk dengan sentimen bangsa/kaum.
2) hasilkan yang betul² bermutu kalau nak dikenali.
dan suka pula hamba nak tambah:
3) Jangan (atau dalam bahasa lembut, TOLONGLAH JANGAN) terlampau membesarkan diri atau berbangga dengan sesuatu yang orang lain dah buat dengan lebih BAIK daripada kita. Kata kunci di sini ialah jangan "TERLAMPAU".

Penyakit kita ni, buat Makcik PC pun nak berbangga sangat, pi angkasa pun nak berbangga sangat, buat filem animasi SALADIN pun nak berbangga sangat (hah, yang ini hamba tersangat nampak kehampehannya!).

Berbangga tu tak salah (eh ya ka?), tapi janganlah dengan kadar yang BERSANGATAN. Tolonglah merendah diri sikit. "Modesty is the best policy".

P/S: Cuba masuk laman sesawang SONY DEFENSE FORCE. Bagi yang tak berapa nak dapat tangkap, mungkin menyangka mereka ni benar² penyokong produk² Sony! :P

Berbangga tapi kalau terbuka kepada kritikan tidak mengapa juga. Ini berbangga dengan Makcik PC, Proton, Perodua, angkasawan (baca: Pelawat angkasa), dan sebagainya, tetapi bila di situ wujudnya kritikan, di situ jugalah munculnya isu bangsa dan agama.

Baca artikel parodi yang mengejek dan memperlekehkan MacBook Air dengan menggunakan Commodore SX-64 dan kita akan lihat bahawa tiada satupun komennya yang bersangkut-paut dengan apa-apa idelogi, fahaman, agama atau bangsa penciptanya.

Hujah teknologi sepatutnya dibalas dengan hujah teknologi. Jangan balas hujah teknologi dengan hujah yang memiliki sentimen keagamaan dan bangsa. Ini namanya jumud.

Bersifat terbukalah kepada kritikan kerana ia membuka satu jalan yang bernama inovasi.

Off-topic sikit wahai Sensei.

Hamba nak tanya, seANDAInya hamba nak beralih arah dari memakai (Microsoft) Windows XP ini, cadangkan OS alternatif yang saya boleh pakai, yang ada semua fungsi XP, terutamanya boleh main games yang dikhususkan untuk XP.

Mungkin di sana terdapat emulator untuk main games² ini? Haha, hamba ni nak main games saja, sebab tu masih "setia" dengan Windows ni, ekeke....

Uish kalau hendak beralih arah, guna Linux ler. Cuba guna distro Ubuntu atau Linux Mint. Pilih download dalam bentuk Live CD.

Tapi bila soalan tentang macam mana nak main games untuk XP dalam Linux, ni yang masalah sikit nak jawab. Hamba bukan gamers. Selalunya bila hamba nak guna Windows apps dalam Linux, hamba guna Wine. Dengan Wine ni ler hamba boleh guna Photoshop CS2 dan Dreamweaver CS3. Ada juga yang boleh main World of Warcraft. Tapi buat masa ni, tak semua Windows apps kita boleh run dalam Linux dengan guna Wine.

Tapi oleh sebab hamba pun tak tahu tuan hamba nak main games apa, maka cadangan sebaiknya adalah dengan install Windows XP dalam Linux dengan menggunakan VirtualBox. Kalau nak ikut tutorial ni, satu kena ingat yang ia dah ketinggalan zaman sikit. Sekarang ni Ubuntu yang paling latest adalah Gutsy Gibbon dan bukan Fiesty Fawn. Dan kalau betul-betul nak install XP dalam Linux untuk main games, sebaik-baiknya RAM = 1GB dan guna dual-core processor.

Tapi kalau hang masih setia dengan Windows semata-mata sebab games, dual-boot aje la jang ooi. Nak main games, masuk Windows. Untuk buat benda-benda lain boot ke Linux. Hamba pun dual-boot juga.

Haha..semenjak menggunakan Linux, kini tidurku lena tanpa perlu memikirkan masalah virus, spyware, adware, malware, rootkit, files fragmentation (dalam Linux, tak perlu defrag), dan juga masalah komputer yang semakin slow over time (sebab dalam Windows, setiap kali kita install something, saiz registry dia bertambah. Saiz registry yang besar akan memperlahankan Windows). Dan yang paling penting, Linux ni lebih efisien. Hatta versi Ubuntu paling latest pun boleh run smoothly with all the eye candy dalam komputer yang dah berusia 7 tahun. Kalau Vista? Ehem..ehem..Aero interface dia pun kadang-kadang dah boleh buat komputer moden batuk tersedak.

Sekian sahaja dakwahku yang mengajak sekalian manusia untuk memeluk Linux. It's your choice: Freedom or Bondage. I choose freedom and penguin gives me that ;p

---
PS: Kalau hang betul-betul nak guna Ubuntu, elok tunggu sampai bulan 4 ni, sebab versi baru 8.04 akan keluar April ni.

Tenkiu Sensei. Sila jangan dibuang entri, terutamanya komentar anda menjawab soalan hamba itu, sebab hamba akan rujuk dari semasa ke semasa.

Nah, di sinilah masalahnya. Hamba kira masalah ini sama dengan masalah "pengundi ZOMBIE" yang saudara utarakan di entri anda yang terkini tu. Terpulang nak panggil hamba "Windows Zombie", sebab soalnya hamba masih belum dapat diyakinkan untuk bertukar ke Linux, sepertimana pengundi² Zombie itu belum dapat diyakinkan sepenuhnya untuk bertukar ke parti.. ops!

Tapi itu berpunca dari ketidakprihatinan mereka, mereka selesa.

Hamba ini "prihatin", tapi pada masa yang sama, "selesa" dengan XP, buat masa ini. Jangan harap akan bertukar ke Vista, oh tidak.

"Selesa" yang bagaimana? Hamba pakai untuk melayar internet dan main games, dan hamba sangat meminati games lama (90an). Itupun agak fenin kefala nak set emulatornya untuk XP, ini nak set dalam Linux nanti, ohhh! MAME pun hamba suka main jugak.

Tak seperti anda, hamba sememangnya hanya buka PC untuk main internet dan games. Aplikasi² lain itu, jika BENAR² ada kerja saja baru hamba pakai (ya, hamba tersangatlah LEPAK buat masa sekarang ini, ehehe!).

Jadi, rasanya tidakkah ianya suatu yang tidak berpadanan, nak kena "berusaha" pulak untuk kejap boot XP, kejap boot Linux? Wah, penat camni.

Lagi satu, ruang PC lapokku ini tak cukup la, hoho! Dulu kongsi dengan adik², sekarang dah tak kongsi, tapi masih tak tau apa fail adik² yang hamba patut padam, sebab timbul perasaan "sayang" nak buang, hah! Majoritinya ialah fail .mp3 lagu la... ops!

Masalah virus bukanlah masalah utama bagi hamba, secara jujurnyalah hamba mengaku ni, hehe! Yang mengganggu PC hamba, suatu ketika dulu (bukan PC saja yang diganggu yang sebenarnya) ialah "gangguan" dari makhluk halus, dan makhluk halus ini bukanlah virus, spyware dan adware atau worm, trojan dan segala mak nenek tu. Heh, bunyi macam lawak, tapi ini kisah benar ni! Panjang ceritanya, dan Alhamdulillah sekarang ni hamba dah "sembuh".

Tapi itulah, masalah yang hamba SETUJU sangat² dengan anda mengenai penggunaan XP ini ialah mengenai isu registry tu. Ini yang membuat hamba beralih arah ni. Tapi mengenangkan "kenangan" bermain games di sini, hamba kena tangguhkan dulu cita² hamba ini, rasanyalah...

Tak mengapa, sekali lagi jutaan terima kasih atas saranan anda. Hamba ingat nak kena cari gurulah, nak bertalaqqi, belajar secara terperinci fasal Linux ni. Nyesalnya dulu tak mau belajar bersungguh² fasal Linux ni, hah!

Selagi Linux tak membela (dan memudahcarakan) golongan macam hamba, para gamers PC ini, maka bagaimanakah hamba nak memulakan langkah pertama untuk menerima Linux sebagai "pegangan hidup" bagi PC hamba ini, hehe...

P/S: Segala kejahilan hamba harap dimaafi. Maaf juga menempek di topik ini untuk tujuan peribadi. Terima kasih sekali lagi atas dakwah anda! Takpa, pelan², nanti hamba akan terima la dakwah anda tu, Insya Allah... B-)

Laa setakat nak main emulator MAME aje ke. Windows app yang ringkas macam tu, senang aje nak main dalam Linux dengan guna Wine.

Ni hamba ada cuba game Donkey Kong Country dengan guna Snes emulator.
http://i30.tinypic.com/2rfvqs7.png

Yang ni pula screenshot masa hamba cuba main game Super Mario dalam Windows XP yang hamba install dalam Linux.
http://i30.tinypic.com/14kb4vc.jpg

Kalau nak guna cara kedua ni, memori dan pemproses kena mantap (>1GB RAM dan wajib dual-core). Dan ini cara yang terbaik bagi hard-core gamers yang benar-benar nak beralih ke Linux!

Hey, lama tak main pakai Snes9x. Selama ni dok main pakai ZSNES ja, hoho!

Sekali lagi, tenkiu la anda bersusah payah berdakwah untuk hamba ni (pakai screenshot lagi). Untuk pengetahuan, hamba dah download pun kedua² Ubuntu dan Linux Mint yang anda pautkan tu (hantam dua² dulu). Nanti hamba cuba tengok, jadi lagu mana seterusnya, heheh!

Ahaks, tengok, kot mana pun, hard-core gamers perlu jugak pakai Windows, one way or another. Tambah lak depa macam dok berkempen (melalui label) "Games for Windows", ada sapot Windows/Xbox Live lagi, uhuhu (macam la dok pakai original pun)!

Linux, hamba akan datang kepadamu...

Salaam,

Minta maaf lah sensei, kalau isu ini dah masuk sentimen bangsa/agama/negara. Tak sampai niat ke situ... cuma nak beri komen supaya lain kali kalau nak buat apa-apapun biarlah objektif dan berpendirian serta atas pengalaman sendiri. Barulah blog ini berkriteria sedikit... tidaklah hanya mencedok fakta dan ulasan orang lain...

Masuk bab bangsa itu, kerana terlalu banyak pengalaman saya berinteraksi dengan bangsa sendiri yang berkaitan dengan fakta yang saya nyatakan itu. Kerana itu, saya memberi beberapa fakta sebelum sampai kepada kesimpulan... yang tidak lain hanya untuk membuka minda dan mata tentang kelemahan kita.

Di abad serba maju ini, kita perlu berfikiran terbuka dan profesional... kita bukan lagi hidup di zaman di mana berita hanya disampaikan dari mulut ke mulut... yang menyebabkan berita yang disampaikan lebih condong dan cenderung kepada citarasa penyampai berita tersebut... on the other hand, that's actually happened even in this information age, when the news is being monopolized by certain party.

Because of that too, I prefer to dig the information myself... rather than making uninformed decision on anything, especially in my profession.

Harap jelas.... wassalaam.

inasni

nampaknya penulis suka menulis tanpa mengkaji terlebih dahulu. banyak kesilapan yang terdapat dalam 'fakta' yang cuba ditonjolkan penulis.

1) MakCikPC bukannya PDA paling gedabak. ianya sebuah TABLET PC. dan catchphrase "the slimmest in the world" tidak lagi digunakan.

2) built-in keyboard tak disertakan tetapi external keyboard boleh disambung dan digunakan seperti biasa. Ini untuk memberi lebih pilihan kepada pengguna (nak guna keyboard atau touch screen?)

3) OS MCPC adalah LINUX. entah darimana penulis mendapat idea MIMOS menulis OS sendiri....?

nama MakCikPC bukannya nama rasmi. cyberwind jugak bukan nama rasmi. ketika nama cyberwind diumumkan, memang kedengaran ianya akan menjadi nama rasmi, tapi setakat ini, MCPC dikenali dengan nama Jan-ii.

L

Khusus untuk L:

1) Semasa artikel ini ditulis, MIMOS dengan bangganya menggunakan catchphrase "the slimmest in the world". Jadi apa pula silapnya fakta saya tu?

2) Dari segi pemasaran, pelancaran Makcik PC dilakukan dengan cara yang amat tidak bijak. Pertama kerana ia masih prototype. Syarikat komputer mana di dunia ini yang melancarkan produknya secara gah dan besar-besaran ketika produknya itu masih dalam fasa prototype? Sebab itu bila Steve Jobs lancarkan MacBook Air, beberapa minggu lepas tu orang dah boleh beli. Tapi Makcik PC? Lepas 7 bulan dilancarkan, dah boleh beli ke belum?

Sebab kedua kenapa ia tak bijak: Promosi, maklumat dan specs tentang Makcik PC ni terlalu kabur seperti yang telah saya ulas sebelum ini. Sebab itu reviewers di internet ni pun (dan tentunya ketika artikel ini ditulis) tertanya-tanya apakah OS Makcik PC. Jadi nak salahkan siapa kalau reviewers beri pandangan yang tak berapa tepat sedangkan apa yang terdapat di laman MIMOS sendiri juga tidak mendalam?

3) Saya yakin 'L' adalah jenis pengomen yang malas membaca artikel dari awal hingga akhir, dan ini membuatkan 'L' menulis: OS MCPC adalah LINUX. entah darimana penulis mendapat idea MIMOS menulis OS sendiri....?

Biar saya buat sedikit siaran ulangan apa yang saya tulis di bahagian artikel ini:

Saya tekankan di atas tadi bahawa OS Makcik PC berkemungkinan besar ditulis oleh MIMOS sendiri. Ini cuma satu spekulasi. Apa yang pasti, mustahil Makcik PC akan menggunakan OS Windows atau Mac. Oleh itu makcikku, janganlah datang kepada saya dalam keadaan panik apabila tidak boleh install Microsoft Office dan Yahoo Messenger di dalam Makcik PC. Malah saya juga ragu-ragu Makcik PC akan membenarkan sebarang third-party applications untuk di install di dalamnya.

Saya cuma boleh berdoa agak sekurang-kurangnya OS Makcik PC akan berdasarkan UNIX.


Jadi apa pula silapnya fakta saya tu?


4) Kalau pengguna perlu memasang external keyboard kalau nak guna keyboard, maka inilah ciri utama PDA. Dan inilah sebenarnya debat utama antara tablet pc dan PDA. Hanya semata-mata ia lebih besar dan lebih berkuasa dari PDA, itu tak semestinya menjadikannya ia layak masuk dalam famili PC.

Menjadikan keyboard sebagai external dan kemudian menggunakan catchphrase "the slimmest computer in the world" sewaktu pelancarannya adalah tidak wajar dan membawa maklumat yang salah. Sebab itu MacBook Air dan Thinkpad X300 tak buat kerja licik dan menipu macam ini.


5) Tentang apa nama rasminya, saya tiada apa-apa komen kerana saya mengkritik produk ini bukan kerana namanya.


Pesanan: Adab berdebat adalah kita kenal dan tahu dengan siapakah kita sedang berdebat itu. Saya malas berdebat dengan hantu.

Dan biar saya beritahu saudara bahawa sifat dan pendirian saya dalam menulis adalah mengkaji terlebih dahulu. Cuma malangnya ramai pembaca yang malas membaca apa yang saya tulis dari awal hingga akhir, lalu 'menyerang' saya. Harap maklum.

sekali semua orang beli iPad ...

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.