Back to home page

Doa Awal Tahun Baru

20 Januari 2007 • 22 Komen Cetak Chenta!
Ada orang pandang serong pada umat Islam yang membaca Yasin sebanyak 3 kali dan doa awal tahun apabila tibanya tahun baru Islam. Katanya, Rasulullah sallahu alayhi wassalam tak pernah buat. Eh, memang betul pun Rasulullah tak pernah buat. Tapi apakah dengan kita membaca Yasin sebanyak 3 kali itu, dan kemudian membaca doa awal tahun, maka kita telah pun melakukan bida'ah yang sesat, yang seterusnya membawa kita ke neraka?

Eh, sabar. Rileks. Jangan terburu-buru untuk menghantar orang ke neraka. Tanyalah terlebih dahulu kepada mereka yang buat amalan begitu. Adakah mereka mengi'tikadkan amalan tersebut adalah datang dari Rasulullah dan wajib dilakukan apabila tibanya tahun baru Islam? Jika mereka jawab ya, maka kita beritahu mereka elok-elok bahawa sebenarnya Rasulullah tak pernah buat begini. Jika mereka jawab tidak, maka tiada apa-apa masalah. Berdoa amat digalakkan. Membaca Al-Quran sebelum berdoa akan menjadikan doa kita itu lebih mustajab.

Kalau kamu nak kata ini amalan bida'ah yang boleh membawa seseorang ke neraka, maka silalah bida'ahkan juga wirid-wirid Al-Mathurat yang dikumpulkan oleh Imam Hasan al-Banna itu. Ada Rasulullah pernah suruh umatnya baca kesemua zikir-zikir tu pada setiap pagi dan petang, sebanyak sekian-sekian kali berserta kaifiat-kaifiatnya yang tertentu?

P.S. Saya tak baca Yasin sebanyak 3 kali mahupun membaca doa tahun baru apabila masuknya tahun baru Islam beberapa jam yang lepas. Tapi rileks la..perkara kecil aje ni. Tak payah besar-besarkan sangat.

22 Komen Tambah Komen↴

assalamualaikum..kalau dibenarkan saya ingin mengomen sepatah dua kata. masalah baca yassin 3 kali setiap tahun memang tak pernah diajar oleh nabi muhammad s.a.w.tetepi kalau nak buat tu buat la.jangan cakap rasulullah yang suruh. sebab membaca al-quran itukan ibadah. tentang masalah ma'thurat tu..saya tak pasti samada ada nass yang menyatakan untuk membacanya beserta kaifiyyat atau tidak...saya belum membuat takhrij hadith berkenaan mathurat tetapi saya telah membuat menjalankan takhrij hadith pada zikir pagi dan petang yang terkandung dalam hisnu al-mu'min susunan said bin ali al-qahtaniy. saya takhrij untuk mengkonfem je yang hadis tu betul2 wujud atau tak. dan cara saya mentakhrij hadis pun pakai program mausu'ah hadith. seeloknya al-akh berhati2 sebelum mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan ma'thurat. kalau al-akh dah periksa, alhamdulillah lah. saya sendiri belum lagi cheack sejauh mana zikir2 yang ada dalam mathurat tu ma'thur dari rasulullah s.a.w. maaf kalau komen saya menyinggung perasaan..ana asifu jiddan

ben hassan ahmed

Oo..takpe2. Terima kasih untuk komen. Sebenarnya, entri ini saya khaskan bagi kategori LEPAK. Jadi saya tak letak info yang sarat dan berat sangat.

Yang saya maksudkan di sini, bukannya tentang taraf kesahihan hadith/doa/zikir dalam al-Mathurat atau juga dikenali sebagai Wadhifah Hassan al-Banna itu. Malah, setakat pengamatan saya, kesemua zikir dan doa dalam al-Mathurat itu tiada satu pun yang boleh dipertikaikan kesahihannya.

Tetapi apa yang saya mahu tekankan berkenaan al-Mathurat ini, adalah kepada pengkhususan pembacaan wirid tersebut pada waktu-waktu tertentu (iaitu waktu pagi dan petang), mengikut aturan Hassan al-Banna.

Saya budak baru belajar, kalau salah tolong jolokkan dan tunjukkan.

saya pun dalam tempoh belajar juga. tp tak salahkan kita berdiskusi secara sihat. sebagai contoh doa dalam mathurat..sebahagian besarnya adalah amalan waktu pagi dan petang. macam doa asbahna/amsaina 'ala fitrotil islam...juga bacaan 3 qul pada waktu pagi dan petang, bismillahillazi la yadhurru...pun bacaan pagi dan petang..semuanya ada hadith yang sohih...kalau tidak menjadi keberatan saya boleh emailkan takhrij hadis yang saya lakukan terhadap zikir sobah wa masa'...lepas tu boleh la cheak balik dalam ma'thurat...saya pun takda ma'thurat.....hehhee..ok terima kasih kerasa sudi beri saya kesempatan menulis...

ben hassan ahmed

Kalau ikut result tgk anak bulan pd lewat 29 Dzulhijjah 1427H(Jumaat), di UK ialah negative moonsighting.
Maka, bulan Dzulhijjah habis 30 hari, dan 1 Muharram 1428H = 21 January 2007 (Ahad)

**Sesuatu yg sy dpt dr org yg berpeluang hadir ceramah Shaykh Muhammad :
"There are those who say they are better off today than yesterday but the reality is that they are worse off as they are a day closer (so a day lost) to death"
-Shaykh Muhammad al-Yaqoubi

misoSoup

assalamualaikum..

I do agree with u tawel. Semua bergantung kepada niat masing-masing. Perkara kecil sahaja, tidak perlu diperbesaran-besarkan. Saya sendiri pun tidak membaca Yasin 3 kali, cuma berdoa sahaja memohon keberkatan untuk tahun baru ini.

Em, 'takhrij hadith' tu apa?

misoSoup

takhrij hadith ni salah satu ilmu dalam ulum hadith. takhrij tu dari segi bahasa maknanya keluarkan..jadi maknanya takhrij hadith maknanya seolah2 kita buka kes balik..kita periksa balik betul ke itu hadith atau tidak...kalau betul hadith dalam sohih atau sunan mana. kitab apa dan bab apa. salah satu takhrij yang lengkap seperti ini,( صحيح مسلم، كتاب الزهد والرقائق، باب التثبت في الحديث وحكم كتابة الحديث رقم: 5326) ini secara asas la..dan ada beberapa stail pencarian hadith secara manual..tapi sekarang dah ada kaedah digital lagi senang untuk kita nak takhrij hadith,,,wallauha3lam.

ben hassan ahmed

salamualaikum..saya ada buat takhrij hadith bekenaan zikir sobah wa masa' (pagi dan petang)..tapi yang paling ringkas la. boleh download kat sini http://www.savefile.com/files/431700

ben hassan ahmed

Aku rasa elok apa baca yasin 3 kali dan baca doa awal tahun? banyak pahala dapat tu. (tapi aku baru jek sekali buat camtu..huhu).

kalau nak samakan baca doa awal tahun sebagai kepercayaan karut dan berdosa seperti perbuatan ahli-ahli syirik, apa kes?

Biarlah orang yang nak berdoa dengan doa mereka dan orang yang nak baca yasin dengan yasin mereka. sapa-sapa yang tak nak, tak payahlah sibuk nak condemn orang yang lakukan tu walaupun atas nama permurnian sunnah.

kamu dengan amalan kamu, mereka dengan amalan mereka. Allah knows the best.

setahu saya bacaan doa-doa ini digalakkan oleh ulama2 lepas kerana kalu nak kira dengan orang yang tak pernah berdoa, tak pernah minta ampun, SEKURANG2NYA dia minta maaf & minta ampun jugak sekali setahun...pasal nak murnikan sunnah ke apa, saya pelik jugak dengan golongan 'salafi' ni..diaorang MENGHUKUM sebelum MENDIDIK..orang didik la dulu, ni tidak, dikafirkan terus.

Mcm baca yasin malam jumaat..pakah lebih berhikmah jika instead of kita cakap 'wei, baca yasin ni haraaaaam! Bid'aaaah!'

mungkin lebih baik & berhikmah kita cakap 'kita baca yasin ni sebab ibadat, bukan sebab adat...kita baca yasin pula sebab majoriti kita tahu akan bacaan tersebut dan mudah untuk kita bacakan sebagai amalan, bukan kerana tidak ada surah2 lain untuk dibcakan'...

saya sendiri sering dikufurkan mengenai bab yasin ni..sampai satu tahap mmalam jumaat masjid di tempat saya dah kosong akibat dibi'ahkan oleh mereka yang mengakui diri sebagai 'salafi'..

agak2nya, kalau di akirat kelak, jika ditanya'MENGAPA MASJID ITU KOSONG DAN TIADA PENGHUNI?', siapa kena bertanggungjawab? yang baca yasin atau yang membid'ahkan mereka??

sama gak mcm doa awal, akhir tahun..

dan Rasulullah SAW pun tak pernah menyuruh Sayyidina Bilal untuk solat sunat wudhuk!

Salam Tawel..
Jemput bertandang ke blog baru..Tahun Baru,Blog Baru..hehe..Berhijrah kepada yang baru.. :D

jemput2 :
bebaskan.wordpress.com

the old blog will be no longer used. :)

tawel!!! dia mana ade sekarang, dia sedang berkhulwah, untuk tempoh tertentu.. cube tengok, dia tutup speak up tu, tu tandanya dia tak mau di kacau, dia tinggalkan blog dia ni kosong... ye tak tawel, kami merindui mu.

ibnulfaridh

Terima kasih kerana merinduiku :)

Yosh, umat Islam semua. Jangan terlalu rigid dalam bab-bab bida'ah ni. Jemu den tengok. Kalau tak tegur, naik minyak pula mereka ini.

Jangan nanti bila buka sesuatu majlis/meeting dengan surah al-Fatihah juga dituduh bida'ah sesat, sudah le. Eh, tapi dah pernah berlaku pun..sape2 yang duduk UK atau Ireland tu, tahulah.

mmg tak perlu terlalu rigid ttg bab2 bid'ah nih.. tapi, jangan pula terlalu ambil sambil lewa ttg bab2 bid'ah ni.. sebab semua amalan yang baik seperti baca al-quran boleh jatuh bid'ah SEKIRANYA umat islam meWAJIBkan perkara yang Rasulullulah tak pernah buat dahulu kepadanya. Bid'ah nih bahaya. Dalam Hadis 40 karangan imam Nawawi ada sebut pasal bid'ah, syeikh al-qardawi pun ada mengulas mengatakan kenapa amalan bid'ah nih bahaya.

Saya bukan wahabi.. dan saya juga tak keras sgt dekat org yang nak melakukan amalan baik.. tapi, saya takleh ambil lewa juga dekat bid'ah nih..

Paling saya risau sekrg banyak dah fahaman yg ambil lewa isu bid'ah dan buat sikap 'biarlah diorang buat selagi benda tuh bagus'.

Semua bid'ah adalah sesat. Tapi, perlu diingat sesuatu perkara tuh adalah bid'ah sekiranya KITA MEWAJIBKAN DIRI KITA MELAKUKAN SESUATU PERKARA YANG RASULULLAH TAK PERNAH BUAT. Tapi, kalau kita buat sekali sekala, apa salahnya.

Di Malaysia, ada golongan yang buat bacaan yasin setiap malam jumaat. Tapi, bila org lain nak buat bacaan surah2 lain, Ar-Rahman misalannya, golongan nih marah. Malam jumaat WAJIB baca yasin, kata mereka. Ini lah contoh bid'ah yang kita patut hindari dan tegur. Jangan lah ambil lewa isu bid'ah ini.

Saya nak berdikusi secara sihat. Harap tak menyinggung mana2 belah pihak. Nanti kalau ada masa saya pun nak ulas isu bid'ah mengikut pendapat Syeikh Al-Qardawi. Esok saya exam, doakan saya semua!

Salam,
toriq

Toriq

assalamualaikum :)
mau mencelah sikit ja,
adakah setiap perkara yang nabi xbuat tu hukumnya makruh atau haram?
adakah setiap yang nabi xbuat itu bidaah dholalah dan menyesatkan?
bukankah imam syafie dan jumhur memecahkan bidaah kepada dholalah dan hasanah?
so kalau bukan jurusan agama, bukan takhassus bidang agama, tak pernah mendalami usul feqh jangan memandai mandai cakap pasal agama. jangan mudah2 cakap itu haram itu bidaah sewenang2nya.
ukur baju tu di badan sendiri, bukannya di badan orang lain! :)

champ

wa'alaikumussalam,

pertama sekali, saya takder kata setiap perkara yang nabi xbuat tu hukumnya makruh atau haram, saya takder kata setiap yang nabi xbuat itu bidaah dholalah dan menyesatkan..

jgnlah tuduh atau fitnah sesuka hati..

salam,
toriq

saya rasa tak der masalah...
toriq memberi pendapat dan champ memberi pendapat

Cuma mungkin apa yang champ nak tekankan ialah pada ayat 'semua bid'ah adalah dholalah'...takper, ada yang anggap bid'ah ada hasanah & dholalah..ada orang anggap takder..itu pemahaman masing2

saya juga tak setuju apabila kita nak larang benda yang dibuat itu jika ia adalah benda yang baik, biarkanlah...sebab adanya perkataan 'baik', asalakan baik yang kita faham tak menyalahi nas dan syariat

jika yang HARUS atau SUNAT disalahfaham oleh masyarakat sebagai WAJIB, apa kata kita fikirkan kaedah berhikmah nak educate mereka? tidaklah meng'slam' terus

sword

salam :)
saya xde tuduh atau apa2 hanya membangkitkan persoalan.
cuba pandang bende yg nabi xbuat tapi ada dalil,ianya dibawah keumuman ayat spt 'fastabiqul khairat' khairat itu banyak xterkira walau nabi xbuat.
jika alasan salaf xbuat, maka kita telah tansib salaf itu sbg musyarri3 juga.
jika kata2nya kasar sy mintak maaf sbbnye saya org kasar kasar bukannye makhluk halus :)

hapela MAZA, orang goyang bontont di karnival jom heboh sempena tahun baru tu tak pulak dituduh bidaah.....

bagero betul

Tanpa Nama

akademi fantasia?

Tanpa Nama

Ass.mohon maaf sebelumnya, saya hanya sedikit ingin berbagi pengetahuan...!
Kalau boleh saya katakan Segala sesuatu yang kita lakukan itu berdasarkan Niat,apabila niat kita baik maka baik pulalah yang akan kita dapat begitupun sebaliknya.
Berbicara bid'ah pun kita tidak bisa mengatakan bahwa segala sesuatu yang tidak ada pada zaman Rasulullah itu sesat dan berujung kepada Neraka, akan tetapi disini saya akan sedikit menambahkan bahwasanya Bid'ah itu terbagi kepada 2 bagian,1.Bid'ah Hasanah 2.Bid'ah Dholalah.
Selanjutnya bisa anda simpulkan sendiri.Trims

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.