Back to home page

Dakwah Si Protaz & Uspro 4

01 Julai 2006 • 44 Komen Cetak Chenta!
Sambungan dari episod 3

allah rasul
Cari kebijaksanaan, buang kebodohan. Jangan angkuh, tapi kayakan dirimu dengan adab.


Bantu Kami Kenal Allah

Wahai Protaz (dan juga ustaz) yang berada di luar sana, bantulah kami ini supaya kami lebih mengenali Allah. Kalau kami tak kenal Allah, maka amatlah sukar bagi kami memiliki sifat takwa kepada-Nya. Tak kenal maka tak cinta. Dan kalau tak kenal juga maka tak takut.

Khusyuk solat kami bukan semata-mata terletak kepada ada atau tidak doa qunut, gerak jari atau tidak ketika tasyahud, dan sebagainya. Tetapi khusyuk solat itu terletak kepada sejauh mana kami takutkan Allah. Berfikirlah, dan kemudian ajar kami mengapa solat umat Islam zaman salaf al-soleh itu begitu berkualiti dan bermutu? Mengapakah Saidina Ali apabila tiba waktu solat, mukanya jadi pucat lesi seperti mayat? Adakah ini semua kerana perkara-perkara teknikal dalam hukum-hakam fiqh, atau pun kerana umat Islam zaman salaf al-Soleh ini mengenali Allah dengan kenal yang sebenar-benarnya?

Malangnya kami hari ini, nak dapat khusyuk dalam solat pun sudah payah. Bila mendengar azan, muka kami tidak pernah sekali pun bertukar pucat. Ya kami akui, memang pernah ada masa kami menangis meraung-raung apabila mendengar azan berkumandang, tetapi itu bukan disebabkan kami takut kepada Allah. Sebaliknya kerana melihatkan penyanyi pujaan hati disingkirkan dari Akademi Fantasia. Kadang-kadang juga, kami nak buat solat sunat pun rasa berat hati. Kekadang itu pula sering dilewat-lewatkan waktunya. Bantulah kami dalam hal ini wahai encik-encik protaz dan ustaz. Kami ingin keluar dari belenggu ini.

Tetapi, janganlah bawa kami lagi ke dalam arena perdebatan yang tidak bermakna. Perdebatan sesama umat Islam pada perkara yang tidak signifikan hanya akan meruntuhkan lagi ikatan ukhuwah sesama kami. Malah, hati kami juga bisa rosak dari perdebatan itu. Kalau hati kami sudah rosak, maka mampukah hati ini berasa takut apabila mendengar nama Allah? Dalam al-Quran, dikatakan bahawa orang-orang yang beriman itu apabila disebutkan kalimah Allah kepadanya, maka akan bergetarlah hatinya.

Sepanjang kami beriman kepada Allah, tak pernah sekali pun hati kami ini bergetar apabila mendengar nama-Nya disebut. Dan fenomena hari ini pula, kalimah Allah itu juga sudah jarang disebut di sana-sini. Generasi muda hari ini (malah yang dah menunggu hari untuk masuk ke kubur) lebih banyak sebut nama-nama artis Akademi Fantasia berbanding asma'ul husna. Akibatnya, hati muda-mudi Islam kita lebih mudah bergetar apabila mendengar kalimah Asmawi Ani dan Nor Salima Habibi. Anak-anak kecil juga lebih kenal mereka berbanding para sahabat Nabi yang mulia.

Kami semakin kehilangan jatidiri sebagai umat Islam. Bantulah kami mencarinya semula. Bantu kami memperkuatkan iman - kerana iman yang lemah tidak akan dapat membawa anjakan ketamadunan kepada umat yang sedang dipijak-pijak ini. Kami tidak begitu memerlukan encik-encik protaz dan ustaz untuk terus-menerus mengasak otak kami dengan ilmu itu dan ini sehingga buat kami pening dan keliru. Tapi ajar kami ilmu yang benar-benar bermanfaat kepada diri kami dan umat ini.

Kami ingin mencari ilmu untuk beramal dan sebagai panduan ibadah seharian kami - mudah-mudahan kami akan lebih kenal Pencipta. Tapi janganlah ajar kami ilmu untuk berdebat dalam hal-hal agama yang khilaf dan ranting. Iman kami begitu lemah dan rapuh. Janganlah buat kami makin keliru pada perkara-perkara yang dah lama settle. Ijmak dan jumhur ulama, tak payah sentuh lagi. Pada perkara khilaf dan ranting, berlapang dadalah. Inilah cara para ulama salaf al-soleh dan umat Islam yang baik.

Contohilah pendekatan para ulama dan pedagang Arab berbangsa Yaman yang datang ke tanah Melayu, dan kemudian berjaya mengIslamkan hampir keseluruhan Tanah Melayu dan wilayah Nusantara yang lain. Hari ini, negara yang ramai penduduk Islam bukannya di tanah Arab, tetapi di Indonesia. Mengapa kita tidak mahu mengambil teladan dan contoh dari pendekatan dakwah yang mereka lakukan? Kalau encik-encik Protaz dan ustaz percaya bahawa cara encik-encik semua adalah yang paling baik, maka silalah tunjukkan hasilnya. Kami tidak mahu hasil teori, tetapi hasil yang lebih bersifat praktikal.

Apa kata encik-encik semua pergi berdakwah di Pulau Bali, iaitu satu wilayah di Indonesia yang mana penduduknya lebih 90% beragama Hindu. Gunakan pendekatan dakwah yang encik perjuangkan itu. Tanya dalam hati encik, sejauh manakah pendekatan dakwah encik itu mampu mengIslamkan keseluruhan Pulau Bali? Bagi kami, kita sudah pun ada contoh yang ditunjukkan oleh para pedagang dari tanah Yaman itu. Kalau lah bukan kerana jasa dan pendekatan dakwah mereka yang penuh adab dan berhikmah ini, encik-encik dan kami semua mungkin masih beriman kepada kitab-kitab Rigveda, Samaveda, Yajurveda, dan Atharvaveda. Na'uzubillah..moga-moga dijauhkan!!

Penutup

Saya sudahi artikel ini dengan memohon maaf kepada semua andai tulisan saya ini begitu pedas untuk diterima. Tetapi saya mesti berbuat demikian supaya umat Islam ini tidak semakin syok sendiri dalam usaha dakwah mereka. Saya tidak mahu peribahasa Melayu 'Anak di rumah kehausan, kera di hutan disusukan', menimpa umat ini.

Muhasabah diri. Pandang timur, barat, utara, dan selatan anda. Kemudian berdakwahlah mengikut maslahat semasa. Episod terakhir akan saya persembahkan artikel terjemahan bertajuk Meminta Dalil - Ia Bukti Kejahilan Anda! Sebelum saya sudahi tulisan berkaitan Protaz ini, ingin saya menukilkan [dipetik dari blog Malakian] kata-kata Imam al-Dahlawi di dalam kitabnya al-Inshaaf:
"Sesungguhnya umat Islam telah sepakat bahawa madzhab empat yang telah dibukukan secara berwibawa, boleh diikuti sampai sekarang. Dalam mengikuti madzhab-madzhab tersebut, jelas ada maslahatnya, lebih-lebih pada masa sekarang ini kerana kemampuan sudah semakin lemah dan hawa nafsu sudah mencampuri jiwa seseorang serta masing-masing sudah berasa kagum dan bangga dengan pendapatnya."
Saya menukilkan kata-katanya bukan untuk memperbincangkan perkara berkaitan mazhab, tetapi untuk menyedarkan diri kita semua supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan hukum-hakam, terutamanya bagi golongan orang awam seperti kita. Lidah jangan terlalu lancang mengeluarkan fatwa. Kalau rasa ingin berfatwa, maka silalah belajar dengan kaedah yang ditunjukkan oleh para ulama silam. Kepada protaz dan bakal protaz di luar sana, berdakwahlah mengikut keadaan semasa dan fahamilah apa maslahat umat ini.

Sebagai penutup, saya hidangkan lagu Adakah Kau Lupa. Mudah-mudahan ia dapat membangkitkan semangat kita untuk terus memajukan Islam dalam bidang yang diceburi. Amin.

Allahumma solli 'ala Muhammad, wa 'ala ali Muhammad...


Jangan lupa!

44 Komen Tambah Komen↴

memang aku dah lupa...(T_T)

salam..

penutup yg amat mantap wahai encik tawel..

btol tu.. jgn gaduh pasal ranting.. banyak lagi kerja di luar sana..

pasal ulama' yaman tu, keturunan dia still ada kt tanah melayu. aku ada kawan dari yaman masa kt sunway, dia kata dia ziarah sedara dia, yg keturunan dari ulama' dari yaman. kalo tak silap skrang dia duduk kt johor.
alhamdulillah keturunan dia still terjaga, sama cam moyang dia yg datang ke tanah melayu dulu.

Assalamualaikum,

Kalau diperhatikan komenan-komenan dari pro-wahhabi, kita dapat lihat rapuhnya akhlak dan tertib...

Moga Allah bersihkan hati dari mazmumah.

Wassalam.

Tanpa Nama

insyaAllah, kita akan sama-sama menunaikan solat hajat, agar XXX dapat terus kekal dan berjaya seterusnya berjaya dalam akademi fantasia. kemudian, insyaAllah, setelah keluar album yang kedua berirama rap dan techno, cukuplah rezki yang halal, dan mampulah menghantar ibu bapanya menunaikan haji..

(tak ke serabut kepala otak orang kita..)

Tanpa Nama

Mashallah a nice blog here, please take a look at mine and link it up here if you think it of benefit.
Wasalam

Tanpa Nama

wah dah versi ke empat.
ana x sempat nak menjenguk... kalo jenguk pun tak sempat nak baca. anyway selamat menulis

Assalam Alaikum

It would be much better if u've posted some issues in English also.. Your Blog looks more interesting and full of knowledge..

Jazaak Allah Khair

Tanpa Nama

encore'

assalaimualaikum :)

Tanpa Nama

MFR:
Jangan lupa lagi!!!

Amar Kun:
Memang ramai keturunan Arab Yaman yang menetap di Malaysia, malah ada yang bila disemak semula susur galurnya, mereka itu bersambung nasabnya kepada Rasulullah saw, ie mereka ahlul bait. Bagi ahlul bait, jagalah nama keturunanmu - jangan buat malu Nabi Muhammad saw.

Zacharias:
Memang betul tu. Aku rasa umat Islam dah makin keliru mana yang betul dan mana yang salah. Hari Jumaat lepas, aku tengok MHI kat TV3. Lepas tu ada dijemput seorang ustaz untuk ditemuramah tentang bab doa. Yang peliknya, salah seorang pengacara wanita MHI yang menemuramah ustaz tu, dia boleh selamba aje tak pakai tudung dan pakai t-shirt paras lengan!! Apa tak segan ke dengan ustaz tu?? Kita dah makin keliru dengan agama sendiri..

Ahmad:
Thank you. InshaAllah your blog would benefit the internet community :)

Yamina:
Ana wajibkan Yamina baca kesemua episod sebab yamina dah salah faham bila baca episod yang pertama :)

Serving Lord:
Thank you for your suggestion. However, I don't think I'd blog in English. Sorry for that.

Hantu:
Wa'alaikumusalam :)

Tanpa Nama

Salam..

Yes, great closing here...minta2 terbuka la mata2 yg masih tidak faham dan suka menuduh sesuka hati..insyaAllah...tidak akan lupa!

Tanpa Nama

insyaAllah... ana dah x salah faham lagi...
ana susah hati, kat tempat ana cari rezeki, golongan mak nyah jd bahan tarikan dan diiktiraf..
ana risau kalau nanti azab turun...
apa nak jadi, beria-ia di war-warkan gemilangkan budaya malaysia... tapi bila ada sesuatu event, tonjolkan benda2 buruk lagi busuk ni. benda2 yang boleh rosakkan fikiran. sakit hati..
maaf lari tajuk. betul ke golongan gini jd penyebab turunnya azab Allah? mcm sirah kaum nabi luth. dan cth dulu taufan catrina, sbbnya malam sebelum tu, gol homo ni buat parti besar2an. camne pula ditempat ana yang hari2 golongan2 begini dapat sambutan hangat....
ana risau...
ana risau...
makin hari makin menjadi-jadi...
golongan macam ni dah makin naik tocang! dah takde malu lagi sebab meka diberi perhatian dan diiktiraf...
sindrom homos*ksual makin meloyakan mata memandang! kenapalah ana tercampak kat tempat tu... hmmm ujian kah ini?

hmmm...tak tau la nak kata apa lagi. bila baca blog-blog golongan mak nyah dan homo di rangkaian blogspot ni pun dah meloyakan. apatah lagi kalau melihat di hadapan mata setiap hari. tengok pula gambar-gambar mereka di frenster dan sebagainya...nampaknya seolah-olah mereka ini diiktiraf sehingga boleh bekerja dan belajar bersama-sama orang lain. bukankah mereka ini telah rosak akhlaknya,patutnya dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak...hmm tak tau lah nak kata apa...harap kita jagalah ahli keluarga kita jangan terjebak dgn golongan mak nyah atau Pronyah (profesional+mak nyah) ini. (sori lari tajuk juga)

bila sj kita buka lagu nasyid dan zikir kuat2, derang mulalah start berlakon... "arghh aku nak buang make up ni... aku nak tukar baju lelaki... diri ni kotor.. aku nak taubat... aku nak amik air sembahyang pergi solat.. lepas tu gelak-gelak kuat2... mcm sengaja nak main2kan islam... meka islam tapi sendiri menghina islam. sakit mata. pas tu siap amik tudung pakai. jom kita ramai2 hari ini pakai tudung... kan bagus tutup aurat... sambil mengerlingkan mata... mmg sengaja nak main-mainkan islam... marah sgt rasanya. sesetengah tu solat tak pernah tinggal... tapi mcm tu... hmmm

salam...

Maknyah...:)...kita berdoa sahaja untuk mereka ini..insyaAllah, minta Allah sentiasa memberi mereka hidayah, rahmat dan petunjuk,jgn berputus asa dari mendoakan untuk orang yang sebegini...rasanya belum sampai lagi masa mereka untuk berfikir dan membuka mata dengan muka yang masih berpaling dari Allah s.w.t..insyaAllah

Tanpa Nama

salam...
ingin sy ingatkn perkare2 spt ini x boleh dibincangkn scr emosi sblknye mestilah dilihat dgn semangat ilmiah,trime yg benar dr siape pun ia datang..

Memburukkan orang lain tanpa bukti dan ilmu akan didakwa di akhirat kerana memutar belitkan fakta tanpa rasa takut kepada ALLAH.

Tidak pernahkahkalian membace firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat ayat 11-12: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan

janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman.

Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman!

Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang;

dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani..

sy-dgn segala kedhaifan-menyeru kalian sumer spy jgnlah bsikap keras dan ego semata-mata krn sesuatu pndpt atau amalan tlh lama sebati dlm diri sndiri...

dlm hal ini...marilah kte bykkn doa nabi saw:
"Wahai (Allah) Tuhan Jibril,Mikail,Israfil, pencipta langit dan bumi, Mengetahui yg ghaibdan yg Nyata!Engkau yg menghukum ape yg hamba-hambaMU berselisihan di atr mereka..Tunjukkilah ak kebenaran mengenai ape yg diperselisihkn dgn izinMU..Sesungguhnya Engkau menunjukkan sesiape yg engkau hendaki ke jalan yg lurus...."

Tanpa Nama

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kedustaan terhadap Allah atau mendustakan yang hak tatkala yang hak itu datang kepadanya? Bukankah dalam neraka Jahannam itu ada tempat bagi orang-orang yang kafir? (QS. 29:68)

Dan orang-orang yang berjihad utk (mencari keridhaan) Kami, benar2 akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. (QS. 29:69)

dan tawel..jika kte termasuk dlm org2 yg berjihad mencari keredhaan itu..sy benar2 mendoakn agar kte sumer dipimpin Allah utk tuntut ilmu agame dgn care:

i-dipertemukn dgn guru yg sahih
ii-ditunjuki kpd penulis yg jujur
iii-dipersahabatkn dgn org2 yg shalih
iv-dibimbing kpd subjek2 yg ikut tertib
v-ditanam dlm diri kte akhlak yg mulia apb berinteraksi dgn ilmu agame..

Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik
(yaitu) Al Qur'an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi
berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang
yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang
kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah
petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa
yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan
Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk
baginya.� (Qs. al-Zumar: 23)

Tanpa Nama

yaa... semuanya yang dinukilkan itu tidak bersalahan jua dengan apa yang dinukilkan oleh encik tawel.

sememangnya tawel sensei mahupun kakashi sensei itu bersaudara. maka utuhkanlah perpaduan hati-hati ini semoga kita sama-sama menggembleng tenaga memfokuskan usaha kepada permaslahan sebenar umat islam kini iaitu keruntuhan akhlak dan akidah jua serangan fizikal dari musuh islam laknatullah.

semoga keutuhan perpaduan kita ini jangan dirosakkan lagi dgn perdebatan yang merugikan iaitu perdebatan yang hanya mahu menunjukkan diri kita lebih tepat dan orang lain itu kurang tepat padahal yang mereka perdebatkan itu cuma masalah khilaf yang ranting.

jangan sampai timbul satu lagi fitnah dalam sejarah umat hingga berlakunya peperangan saudara.

usaha menyatukan seluruh jiwa muslimin ini tanggungjawab bersama. marilah kita sebarkan salam ke seluruh alam.

assalamualaikum.

yup... moga2 Allah mudahkan.

Ana rasa kita semua kena kena baca dari awal penulisan tawel satu persatu. Isu ni pula kena baca keempat-empatnya.

Apa yg kakashi tulis betul, tak bertentangan dengan apa yg tawel tulis, kita tahu ada kebaikan pd mereka.

Cuma ada beberapa perkara yang perlu dinilai semula. Rujukan bukan terus kepada kitab asal, tetapi pada penterjemahan English agak bahaya. Perlu mengikut metodologi ulama' di dalam pengistibatan dalil. Bukan semata nuzul asbab hadith, tetapi taarud tarjih di antara dalil(usul feqh) dan khilaf ulama' di dalam mustalah hadith.

Ijma' dan ijtihad ulama' bagaimana menghadapinya bagi khadimatul ilm. Permasalahan "La Inkar fi Masalah Ijtihad"...juga " Taarud baina Ijmaain" dll.

Kita tidak kata tiada kebaikkan pada mereka.Ana dah baca kitabnya, dan lihat maraji'nya.

Pengambilan rujukan bukan di dalam bahasa arab terus perlu dielakkan di dalam disiplin ilmu.

Dan moga-moga Allah sentiasa melorongkan kita ke arah keRedhAllahNya dan menyatukan hati-hati mu'min di dalam kebenaran

Tanpa Nama

p/s: Maksud ana apa yg kakashi tulis di atas tentang ayat-ayat Quran dan asas-asas akhlak dan perkara-perkara itu kita sentiasa mendoakan agar tetap atas jalanNYa.

Astaghfirullah

Wallhua'lam

Tanpa Nama

itulah..betape susahnyer nk menyelami fikiran dan hati org laen..
thus..justify lahr before hukum..
bg sy membace bukan dlm bhs arab x salah..
yg salahnyer biler cube menghukum tanpe ilmu dan terlalu ta'sub dgn pemikiran..

open ur mind,but don't let ur brain falls out ;p

"wahai Tuhan kami!kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu,dan berilah kemudahan2 serta pimpinan kpd kami utk keselamatan agame kami.."-Taha:114

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tanpa Nama

ya ,benar sekali kata-katamu itu wahai kakashi sensei... jangan mudah menghukum orang tanpa ilmu dan taksub sangat dgn pemikiran.

saya amat menyokong 200% kenyataan di atas. harap kakashi sensei dapat sebar-sebarkan kepada seramai mana mungkin umat islam.

sudah tiba masanya kita semua bersatu hati dan fokus kepada musuh kita yang nyata.

jom jihad!!

sememangnye sy sdg cube sebar2kn kpd sramai mungkin umat Islam..
tapi nmpknye hidayah Allah lebih dperlukn utk menyedarkn mereka..
[sbb mcm x sudah2 label dan fitnah org laen]
marilah kite mendoakn saudara2 seaqidah kite dgn penuh kasih syg
agar usaha utk ittiba' urrasul..

sy melihat ramai yg mgunakan hadith dan sirah nabi saw sesuka hati tanpe melihat penfsiran salafussoleh..amat menakutkn...

sbb dlm ilmu hadith sndri,slaen drp tau sabab wurud al-hadith,gharib al hadith dan laen2 yg dnyatakn oleh 'me',
mest jgak kne faham hadith ikut perspektif al-quran,tau maqasid al-hadith,tau bezakn wasilah hadith tu yg brubah dgn tujuan yg tetap,reti bezakn hakikat dgn majaz dan hadith2 brkaitn dgn alam ghaib dan nyata dan melihat terminologi yg berbeza...sy-yg-penuh-kedhaifan ini menyeru kalian dan mengingatkn diri sndr utk mnuntut ilmu2 hadith sblm berinteraksi dgn hadith agar x tersalah lgkh dgn menyangka 'ikut sunnah'

p/s:sy sedang menghabiskn bacaan kertas kerja seminar antrbgsa ttg syeikh muhammad abd wahab..sesiapa yg berminat utk baca, bolehlah e-mel sy..

�Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Surah Al-Isra : 36).

Tanpa Nama

saudara kakashi...

ana melihat sesuatu dr persefektif ilmu. Semua Muslim setuju apa yg sauadara sebutkan, tetapi apa beberapa perkara yang perlu DINILAI semula...sebenarnya kadang2 dah rasa agak layu untk membincangkan perkara2 sebegini...ana rasa kakashi perlu baca semua entri pasal protaz ni..mungkin di dalam penulisan sesorang kita takn setuju semuanya namun kita perlu jelas semuanya..a

kita tidak boleh katakan kita sahaja NASIRUSUNNAH...sedang setiap ulama' menistinbatkan dalil dar sumber2 asal yang dua.

Oh ye, lagi satu...ana dah baca kertas kerja itu dan
juga dah bincang dengan sahabat yang pergi ke sana dan bertanya sendiri dengan panelis. Juga 'adab2' sesetengah dr mereka di situ.

Kakashi, banyak perkara yang perlu ditelitikan...di dalam sesuatu disiplin ilmu.

ya, memang tak salah membaca di dalam bahasa lain. Namun ketika MENULIS sesuatu ilmu perlukan pengkajian yang mendalam mengikut metodologi ulama' silam. Iaitu salasasoleh..

TAqlid, taasub, ittba' semua ada syaratnya..

Kami dah bincangkan meluas dah. Rasanya perlukah dijelaskan lagi..

Kami juga sudah berbincag dengan lama dan detail isu2 khilafiyah yg dibidaaahkan..dan ijma' yang diperselisihkan oleh sesetengah.

Kalau kakashi benar2 ingin adil di dalam menilai, sebagai penuntut ilmu, bolehlah baca buku As-syeikh Abdullah Siddiq Al-Ghumari tentang penjelasan rapi tentang Bidaah.

dan

ke www.pondoktampin.blogspot.com


kami tahu, sebab kami pernah merasa di dalam keadaan yg kakashi rasa..dan rasa agak mahu tidak membincangkan isu ini lagi.

wallhua'lam

Tanpa Nama

oh ya..

kalau pergi ke mana sahaja institiut ilmu, kita wajib menggunaka Authentic sources atau first degree sources..iaitu bahasa arab. dan mengikuti pengajian dengan sangat tersusun

Tanpa Nama

hmm..sy tidaklah menawarkn kpd org yg telah baca kertas kerja trsebut..

mesti akh familiar dgn kate2 ibnu qayyim ni:brape ramai kamu tengok di kalangan lelaki yg mnjauhkn diri dr prbuatan keji dan kezaliman,ttp mmbuat fitnah trhdp maruah org2 yg hidup dan org2 yg telah mati smbil tidak mmpedulikan ape yg dikatakannye...

dan dlm surah an-nur:15
(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar..

dan sy juga faham ape yg akh cuba mksudkn..ttp kalaulah btul sangkaan menyatakn golgn terbabit sdah buat byk ftnah dan keburukan,knapekah akh sendr,sbg seorg yg berilmu tidak tampil dan beri teguran,bntuan dan bmbingan?

adalah sgt2 merugikan jika kite saling berbantahn dan berpecah-belah...

Tanpa Nama

renungilah kate2 Al-Hafidz Ibnu Rajab:

Wahai orang yang Islam dgn lisannya dan blum sempurna sampai ke hatinya. Janganlah kalian menyakiti kaum muslimin, dan janganlah kalian memburuk-burukkan mereka, serta janganlah kalian mencari-cari kekurangan-kekurangan mereka, kerana sesungguhnya barangsiapa mencari-cari kekurangan saudaranya sesama muslim maka kelak Allah akan menyingkapkan kekurangan dia (di akhirat), dan barangsiapa yang Allah singkapkan kekurangan dia (di akhirat) maka Dia akan membiarkan orang lain tahu aibnya, meskipun di dalamrumahnya." [Lihat Tuhfatul Ahwadzi, juz 6 hal 180, pent]

Tanpa Nama

kakashi wrote:"dan sy juga faham ape yg akh cuba mksudkn..ttp kalaulah btul sangkaan menyatakn golgn terbabit sdah buat byk ftnah dan keburukan,knapekah akh sendr,sbg seorg yg berilmu tidak tampil dan beri teguran,bntuan dan bmbingan?"

bukan orang buat fitnah... tapi fitnah yang timbul dari tindakan berdebat-debat benda khilaf.

patutlah kakashi marah sgt dgn isu protaz,uspro ni...

kan dh suruh baca habis-habis isu ni...

ya Allah...aku mohon padaMu,Kau hentikanlah segala macam buruk sangka di kalangan kami,lalu Kau pandulah kami buat kami saling berkasih sayang dan bersatu hati...lalu kami fokuskan tenaga,masa,jiwa,harta kami buat membina kekuatan umat dan mempertahankan agamaMu yang dicela musuh-musuhMu ya Allah... ameen.

Maaf saya tidaklah membaca dengan teliti semua entri di sini, tak sempat, yang sempat sepintas lalu sahaja.

Ingin saya petik kata-kata seorang sheikh (lebih kurang maksudnya):

'Kamu jangan ingat belajar ilmu theologi/kalam ni kamu boleh sampai kepada Allah. Sesungguhnya ibadat (tahajjud/puasa) itulah yang akan menyampaikan kamu kepada Allah.'

My take on this:

Sometimes we pay too much attention to the branches that we miss the trees.

:D Semoga kita semua mengambil iktibar dari isu ini.

saudara Kakashi..

Mohon baca post2 sebelum ni, dan semua komen-komennya..

JazakAllah.

Menegur, kami dah lakukankan apa yg terdaya, terhadap yang sekeliling dan yg semampunya. Dan kami sangat menyayangi sahabat-sahabat2 dan bersahabat baik dengan mereka. Namun, ada beberapa perkara yang perlu dinilai semula.Semoga saudara tidak tersalah faham, tiada siapa yg fitnah menfitnah di sini.

Ana juga tidak mahu mengulas panjang, sebagai tambahan kalu ada masa enta boleh la baca kitab Al-Mafahim Yajibu Tusohah, karangan As-Syeikh Sayyid Alawi Al-Maliki.

Beliau menjawab secara panjang lebar tentang isu-isu yang dikatakan disandarkan kepada Syeikh Muhammad bin Wahab namun sebenarnya tidak pernah dikatakan pun oleh beliau.Contohnya: Isu-isu lama yang telah selesai diperbahsakan dan sepatutnya tidak timbul dah.

Maulid
Tahlil
Ziarah Maqam Nabi
Tawassul. dll..

Harapnya saudara Kakashi memahami apa yang ana or kami cuba tulis dan sampaikan. Teliti. Tanpa Emosi.Dengan hati-hati. Bukan kejahatan yang kami tulis. Itu sahaja..

Selebihnya..

Kita berpegang kepada kata-kata Hasan Al-Banna : " Berlapang dada terhadap perkara yang diperselisihkan, dan bersatu terhadap perkara yang kamu sepakati"

Wallahua'lam.

btw: Kak kenalkayan, thanks, emm benarlah kata-kata syeikh tersebut.Kadang-kadang terlalu kita membincangkan perkara-perkara tertentu, hingga mengabaikan aspek ikhlas dan ihsan.

Nas-nas syara' kadang2 hanya menjd seolah-olah retorik yang diperdebatkan. Sedang Sunnah Nabi saw di dalam berukhwah dan adab Sunnahnya..?

Moga-moga makin kita memperkemaskan amalan, taqwa, niat agar selari senada dengan Al-Quran dan Sunnah s.a.w.

Wallahua'lam

Tanpa Nama

Allahu akbar. Terima kasih untuk komen-komen yang bernas. Saya tak mempunyai kesempatan untuk memberikan respond kepada komen-komen yang ada. InsyaAllah tak lama lagi saya bentangkan episod terakhir.

Tanpa Nama

masyaALLAH.. supercool siries! cant wait to read the "Meminta Dalil - Ia Bukti Kejahilan Anda!" episode.. way to go bro!

Tanpa Nama

assalamualaikum
ana terasa sangat nak meluahkan apa yang terbuku di hati ni. terus terang ana kata, alhamdulillah.. blog ni bagai rahmat dari Allah buat ana. syukur pada Allah.

alhamdulillah.. ana boleh dikatakan punya fikrah islam hasil dari didikan agama yang ana dapat secara formal (zaman sekolah) dan tak formal (tarbiyyah dari keluarga dan jamaah). ana senang dengan nikmat yang Allah kurniakan pada ana ni.. punya kesedaran Islam.. walaupun ilmu ana taklah setinggi mana.. ana masih dalam peringkat belajar dan meningkatkan kualiti diri sebgai seorang muslim. mungkin ujian buat ana... kekadang dalam ketenangan, ada masa hati diuji dengan kekalutan. seperti mana yang selalu terjadi muktakhir ni, keyakinan yang ana pegang selama ni tergugat dan digugat oleh pandangan2 sesetengah pihak yang cukup 'syadid' dalam hal agama sehinggakan perkara2 furu' yang kecil dipanjang lebarkan dan dihuraikan cukup terperinci hingga memeningkan kepala, ibadah2 sunat yang menjadi amalan mendekatkan diri seseorang hamba pada Allah juga dipertikai..dan kekadang pegangan dipertikai oleh mereka sehingga menyebabkan kekalutan dan kecelaruan dalam fikiran dan hati.

apa yang ana boleh kata.. pertentangan pendapat ini menyebabkan ana hilang keyakinan pada apa yang ana pegang selama ni. ana tertanya-tanya sendiri, jadi selama ni, apa yang ana buat salah dan tak diterima Allah kah? ana rasa seperti hilang arah dan punca. masalah yang timbul ni membuatkan fikiran ana terganggu sehinggakan ana hilang mood untuk menjalani hidup dengan gembira...kekadang ana rasa seperti ingin menyalahkan mereka kerana buat ana jadi tertekan begini. ana yang masih lagi terkial2 mencari dan menambah ilmu menjadi mangsa mereka yang suka sangat mengajak orang berdebat dan keras kepala untuk menang dalam perdebatan..dan akhirnya semangat yang ada dalam jiwa menjadi runtuh.

nasihat ana untuk mereka yang merasa diri tu protaz tapi hakikat sebenarnye belum layak digelar protaz.. bukalah mata dan fikiran anda luas2. jangan hidup dalam dunia anda sendiri... jangan syok sendiri merasa diri hebat. kat luar sana berjuta umat islam yang sedang tidur lena.. tertidur kerana sogokan pemikiran sekularisme dan dakyah sesat kuffar lakanatullah. kita kena kejutkan golongan begitu, bukannya memeningkan dan mencelarukan pegangan sunnah wal jamaah yang dah sedia cantik ni. ape yang perlu dibuat sebenarnye ialah kenalkan mad'u kita kat luar sana ttg ilmu ketauhidan, kenalkan mereka agama islam yang indah dan syumul ni. serulah mereka untuk taat dan patuh pada perintah Allah. kembalikan mereka pada cara hidup islam yang sebenar. betapa ramai gadis2 yang dah hilang rasa malu mereka..anak2 gadis melayu islam dah tak rasa malu berbikini dan berpakaian separuh bogel di khalayak ramai. betapa ramai anak gadis yang merasa bangga apabila hilang dara (berzina) betapa ramai anak2 islam yang tersungkur di kaki orang kafir2 yang menyediakan hiburan dan maksiat tanpa henti.
masya Allah sungguh menakutkan bila dalam satu dewan di sebuah sekolah, hanya 3 orang sahaja yang tak pernah berzina.. yang selebihnya berzina dan tak pernah bersolat. betapa ramai anak2 islam yang tak mempedulikan penderitaan palestin dan saudara2 kita di tenpat lain yang sedang disiksa dan dizalimi kuffar laknatullah.

maaf kalau keterlaluan, ana kata protaz yang tak layak jadi protaz ni sebenarnye mahu tunjuk hebat sahaja. ilmu baru seciput, dah berani tunjuk lagak..

tumpukanlah menyampaikan dakwah pada saudara2 kita diluar sana tu yang dah terlalu jauh sungguh dari islam..hentikanlah menyerang dan membuang masa membincangkan perkara2 furu. bila kita tahu prioriti kita di mana, kita akan tahu bahawa sebenarnya tanggungjawab kita lebih banyak dari masa yang kita ada.

jangan sehingga di akhirat kelak, Allah bertanya apa sumbangan yang kita telah buat untuk menyelamatkan akidah dan agama saudara2 kita yang malang itu...

tepuk dada tanyalah iman. ukurlah baju di badan sendiri.

wallahua'lam

p/s: maaf kalau bahasa kurang sopan.. cukuplah ana kata yang ana cukup tertekan dan ana ingin kembalikan semangat ana yang dah hilang tu..

ya Allah..berikan aku hidayahMu

Tanpa Nama

La vostra sorella nell'Islam, anta guna bahasa apa ni? French ke? :) InsyaAllah it'll be coming.

Najmina, terima kasih untuk komen yang panjang lebar tu. Najmina adalah mangsa keadaan. Apapun, kalau ada sesiapa yang nak jadi protaz yang suka nak jidal dan berdebat, saya cadangkan agar mencontohi Dr Zakir Naik - a medical doctor by profession, but he is actively propagating the real Godly faith to Christian and Hindu in particular. He is a kind of Protaz that we really need.

Assalamu alaikum... Yang penting ilmu yang ada diamalkan bukan untuk dihujahkan, lihatlah datuk nenek moyang kita yang lalu mereka ilmu sedikit tetapi mereka beramal dengan ilmu yang mereka tahu dengan amalan ibadat itu membuahkan akhlak peribadi mulia... kalau banyak amal tepi akhlak buruk maksudnya Allah tak terima amalan itu... Jangan lupa pesan Rasulullah: akan ada sekumpulan orang muda yang percakapan mereka adalah sebaik-baik perkataan ( guna al-quran ) tetapi mudah rosak Islamnya.

Tanpa Nama

hanya hati yang bersih mampu (dari nafsu) mengenal allah bila hati mengenal allah maka kusyu dan takut serta tawakduk hanya untuk nya. contohi imam ghazali--berguru pada mursyid yang rendah pangkat dunia darinya tapi di sisi allah...mursyidnya mengenal allah dan mampu membinbing imam ghazali mengenal allah... tapi sekarang adakah dgn ustad yg ada phd mampu memimbing kita seperti itu... con: carilah mursyid yang muthabar untuk menuju ke arahnya (bertarikatlah bro maksudnya tu) www.bicarasufi.com

Tanpa Nama

Diantara ajaran sesat yang diwartakan di Malaysia adalah seperti berikut:-

1. Nasrul Haq
2. Budi Suci
3. Al-Watan
4. Budi Suci Sejati
5. Jawa Faradin
6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
7. Tusuk Hikmat
8. Ilmu Kebatinan
9. Potong Maya
10. Naluri
11. Kaula
12. Haqqullah Syahadah
13. Rampai
14. Wali Suci
15. Kalimat Sakti
16. Silat Pukulan Jarak Jauh
17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18. Zikir Sha`ban Islam Haq
19. Asal Wujud Garis Laksmana
20. Al-Ma`zat
21. �Trancendentel Meditation�- Maharisi Mahish Yugi
22. Ilmu Kebatinan
23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
27. Mohd Nordin Putih
28. Nasrun S.T.Qahar
29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
31. Wali Sembilan
32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
35. Al-Arqam
36. Golongan Anti Hadis
37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali #juga sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
38. Syiah
39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
43. Tarikat Mufaridiah
44. Ajaran Hassan Anak Rimau
45. Tarikat Aurad Ismailiah
46. Ajaran Martabat Tujuh
47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
48. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
51. Ajaran Mohd Nor Seman
52. Ajaran Ayah Pin
53. Ajaran Bahai
54. Al-Ma`unah
55. Ajaran Azhar Wahab
56. Ajaran Hj.Banuar

akum bro, memang ada tarikat yg sesat tp bro kena survey la mana yg clean mana yang tak,orang yang tak bertarikat pun ada yg sesat orang yg bertarikat pun ada yg sesat cuma allah yang menentukan hala tuju kepadanya.. tapi cuba bro pikir kalu org yang pegun, tengok,dengar saja artikel atau ckp orang terus buat conclusion tampa sendiri selidiki cam robot la kalu tak buat apa-apa ikut saja, cam batu la tengok saja.

kalu refer ulama dahulu cnth:tok kenali, said linggi dan banyak lagi imam ghazali semua bertarikat sesat ke mereka..

pst: kadang2 tarikat yg sesat ni guna nama naqsyabandi. nama tu tak sesat yg sesat guru yang bawaknya..(person). takan guru yg tak sesat yang betul aliran naqsyabandi pun di cop sesat pasal orang lain..
nak detail lagi-w ww.bicarasufi.com

Tanpa Nama

jangan bimbang saudara..

saya tahu akan tareqat naqsyabandi..

dan saya tahu ada tareqat yang menggunakan nama tareqat naqsyabandi, dan di malaysia masih aktif lagi kumpulan ini.

berselindung di sebalik aktiviti silat.

maaf keluar tajuk uspro dan protaz.

mungkin tawel boleh buat penyelidikan tareqat yang tak sesat dan sesat di dunia ini.

Tak berkesempatan den nak buat siasatan tu. JAKIM siasat dan selesaikan (tak selesai pun) kes Ayah Pin punya la lama, inikan pula tangan seorang.

Tapi zaman sekarang ni, bukan tariqat aje yang kena penangan ni. Aku pernah juga dengar Black Metal Islam, Gothic Islam..bla bla bla..

Bismillah...

Huhu.. jgn sesatkan kami.. Pening jadinya org2 yg baru nak belajar macam den ni ha. TQ la sebab utarakan isu ni.

"Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan limpahkan kepada kami (nikmat) mengikutinya (kebenaran tersebut)
dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan, dan limpahkanlah kepada kami (nikmat) menjauhinya"

Tanpa Nama

Assalamulaikum,

Tulisan mengenai protaz ini sangat bernilai untuk saya. Terima kasih.

salam, boleh kah anda buat perbezaan spt Uspro(ustaz+pro) Vs Protaz serta kelebihan2 dan kebaikan2 antara dua ini...dan sapa dia cth tokoh bagi uspro dan tokoh bagi protaz yang ada pada masa kini yg kita namapak...sy sedang mngkaji kedua2 ini utk projek sy..harap kwn2 disini boleh tolong sy..bg ringkas pun cukup.

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.