Anak Kucing Yang Dipijak
Anda mungkin akan berasa hilang selera makan apabila membaca kisah kucing yang dipijak. Nak baca atau tidak, terpulang kepada anda. Kisahnya begini..Saiz kucing tu lebih kurang besar ni, tapi warna kelabu asap.
Saya terjumpa beberapa keping gambar di internet - dalam 12 keping kalau tak silap. Kualiti gambar itu sangat baik, cuma saiznya agak kecil, tapi sudah cukup untuk memberitahu apa yang berlaku.
Gambar tu sebenarnya adalah koleksi keratan dari satu klip video. Gambar yang pertama memaparkan seorang wanita berbangsa Jepun membawa seekor kucing yang sangat comel. Kemudian dia meletakannya di atas lantai. Saya tak pasti sama ada kucing tersebut masih hidup atau pun telah dipengsankan menggunakan ubat pelali. Apa yang saya pasti, kucing itu kelihatan seperti redha sahaja dibaringkan di atas lantai.
Apa yang wanita itu lakukan kemudiannya, sudah cukup membuatkan darah saya menyirap, malah turut mengoren. Rasa nak pitam pun ada. Dengan memakai kasut tumit tinggi, wanita itu memijak-mijak kucing itu di bahagian kepalanya berulang-kali! Ada juga gambar yang mana wanita itu mencucuk mata kanan kucing itu dengan bahagian hujung kasut tumit tingginya.
Ini bukan pijak main-main. Pijak wanita itu pijak serius dan penuh azam. Sebab itulah akhirnya kepala kucing itu pecah dan darah pun mengalir, dan dia terus-menerus memijak kepala kucing itu sehingga lumat!! Kejam dan sadis sungguh. Apa yang buat saya lagi sedih, peristiwa ini memang sengaja dirakamkan. Malah ketika aktiviti memijak itu dilakukan, kamera memang sengaja diletakkan di paras buku lali. Sedihnya. Saya ada ceritakan kepada beberapa orang rakan saya, dan mereka juga sangat terkejut. Kejam sungguh manusia itu.
Kepada yang membaca kisah ini, saya nasihatkan agar janganlah suka forward gambar-gambar yang ngeri dan kejam- sama ada melibatkan haiwan atau pun manusia. Selalu sangat saya tengok orang yang suka forward di e-mel dan meletakkan di blog mereka gambar-gambar mangsa kemalangan yang mengerikan - kepala terputus, otak terburai, kepala hancur. Aduh ngerinya.. Gambar-gambar ngeri begini jika mahu diukur dari perspektif Barat, ia sama sahaja tarafnya seperti gambar-gambar lucah yang banyak terdapat di internet - yang mana secara undang-undang hanya boleh dipertontonkan kepada individu berumur 18 tahun ke atas. Tak boleh suka-suka nak forward gambar macam ini.
Apa faedahnya yang kita dapat dengan forward gambar-gambar begini? Orang yang sakit otak sahaja akan berasa gembira. Orang dah mati tu kita kenalah hormat. Kalau satu hari nanti, kamu mati dilanggar lori balak, dan kepala kamu hancur sehingga terburai-burai otak, dan kemudian ada orang ambil gambar mayat kamu yang ngeri itu untuk disebarkan di dunia internet, apa perasaan kamu?
Jemaah Centric dan Ummah Centric
Dah lama tahu isu ini. Bagi saya, ummah centric itu hanya satu mimpi di siang hari - tidak praktikal. Jemaah ini sifatnya saling-melengkapi. Biar sebanyak mana pun jemaah, asalkan matlamatnya adalah untuk menegakkan Islam dengan kaedah dan cara yang dipersetujui oleh ahlus sunnah wal jamaah. Kaedah berbeza, tapi matlamatnya sama.Islam ini ada bermacam-macam keperluannya. Ada jemaah yang mengkhususkan dalam hal-hal penyucian hati, ada yang dalam hal-ehwal politik, ada yang menjaga kebajikan anak-anak yatim, dan lain-lain lagi. Semua jemaah ini memperjuangkan Islam, cuma kaedah sahaja berbeza. Fahamilah sifat saling-melengkapi dan bertolak-ansur, insya-Allah tiadalah persengketaan. Tapi jangan kamu menghukumkan sesat dan bidaah kepada jemaah yang tidak satu kapal dengan kamu sudahlah. Hentikan aktiviti menghantar jemaah lain ke Neraka!!
Kekadang, bila saya membaca tulisan yang mengatakan bahawa idea ummah centric ini telah mula menjadi bualan hangat para pelajar di IPT tempatan, saya berasa sinis dan sarkastik. Mengapa? Sebab saya tertanya-tanya, apakah ia menjadi bualan hangat majoriti pelajar IPT? Kalau setakat beberapa ketul sahaja dari puluhan ribu yang menghangatkannya dan kemudian sehingga gaduh siber dan mulut, bagi saya ia satu isu sampingan sahaja.
Di saat beberapa ketul pelajar IPT yang bertelagah isu jemaah vs ummah centric ini, ada berguni-guni pelajar yang ada mentaliti Aku Tak Pedulisme. Silap-silap kalau tanya pelajar IPT secara rambang, hanya 1 dari 10 sahaja yang tahu isu ini. Kita kena akui fakta bahawa begitu ramai para pelajar IPT yang masih tidak tahu solat, yang masih tergagap-gagap baca Al-Quran, yang masih jahil itu ini dalam ilmu fardu ain paling asas, yang suka kehidupan liar, yang ada sikap Aku Tak Pedulisme, yang sukakan berhibur sahaja dan lain-lain lagi.
Jadi, apa prioriti kita?
24 Komen • Tambah Komen↴
salam ukhwah.
- dah lama baca blog anta. Just tak pernah komen je...
- sila surf ke http://mykuliah.com/. banyak kuliah termasuklah ustaz shamsuri. sila sebarkan
Astaghfirullah, apa kejadahnya si manusia tu. inila agaknya dimaksudkan dalam surah mengenai kenapa Allah kenakan manusia disebabkan kerosakan dibuat sendiri. patutnye, kalau boleh nak je lucutkan jawatan khalifah si kejam tu, potong bersilang kaki dan tangan, biar dia jadi si lemah dan ditabur friskies di luka2 nya itu biar para kucing makan hidup dia tu.
Mat, wajib ke pakai tudung tutup rambut? dengar desas desus(not sure) bahawa S2I(sisters in islam) guna translate surah dalam bahasa melayu- boleh tutup bahagian dada& tak perlu rambut. Anta fikir? kalo di check kan kat translation orang putih, tulis tutup rambut... ni pasal ijtihad ke ni? bagi sikit ilmu mantiq mu itu
salam
hm.. aku cam penah dengar gak isu ummah vs jemaah nih. ntahlah. aku rasa cam nak mempraktikkan ilmu akutidakpedulisme dalam isu ini dan terus mengerjakan dakwah di luar sana. drp dok penat2 dok sembang pasal nih lagi baik buat kerja dakwah kan? ramai lagi yg taktahu apa tu maksud ummah dan apa itu maksud jemaah.
wallahua'lam
Joe Penang, salam ukhwah juga. Apa mimpi nak tinggalkan komen kali ni? Sebab tajuk kali ni ada nilai-nilai sentimental dari Penang ka? Haha.. Apa pun, terima kasih untuk link tu. Hari tu ada sorang akak ni dah bagitau dalam e-mel..tapi terlupa pula nak sebar-sebarkan.
Sihantubuncai, kelakar la ayat: "ditabur friskies di luka2 nya itu biar para kucing makan hidup dia tu." :)
Tentang isu SIS tu, ana tak pasti pula apa sebenarnya polisi SIS dalam isu tudung. Tapi dari segi pandangan peribadi mereka, memang lancang ahli-ahlinya yang mempertikaikan pemakaian tudung. Contohnya dalam kes Zainah Anwar.
Di bawah ni ana petik dari sini:
"It is not Islam that discriminates against women," Anwar told Frontline. "It is not the verses in the Koran. It is the way these verses have been interpreted by men living in patriarchal societies who wish to maintain their dominance and their superiority and control over women."
Ahli-ahli SIS ni pun ana boleh kata sebagai Protaz juga sebab ramai golongan profesional yang jadi ahlinya, tapi pada masa yang sama suka buat hukum-hakam baru dalam Islam. Mereka ini jenis Protaz yang merepek lagi meraban.
Begitu lembut lidah mereka mengeluarkan ijtihad baru. Inilah akibatnya bila Islam ditafsir mengikut akal semata-mata.
Yang boleh tentang mereka ni selumat-lumatnya hanya wanita sahaja. Nanti bila ustaz lelaki bagi hujah, dan lepas tu mereka dah rasa macam nak kalah, nanti dituduhnya pula ustaz-ustaz lelaki itu sebagai anti-feminism, suka melihat wanita direndah-rendahkan, gender-bias, dan macam-macam lagi le.
Apa-apa hal pun, nak buat ijtihad mana boleh tengok tafsir dalam BM atau BI. Kena tengok versi asli, iaitu versi Arab. Dan nak faham bahasa Arab al-Quran ni, ilmu bahasa Arab kita juga mestilah sama ketika zaman Arab Nabi.
Kita yang hari ni fasih cakap Bahasa Melayu pun, mana boleh faham bulat-bulat teks-teks hikayat Melayu lama seperti Hikayat Raja Pasai, Sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Misa Melayu, dan lain-lain lagi. Mau tercungap-cungap nafas kalau nak faham betul-betul teks-teks Melayu lama ni.
Ana tak pernah tahu ada mazhab yang mengatakan rambut wanita itu bukan aurat, tapi mazhab Astora Jabat ana tak pasti.
Amar-kun, benarlah kata-kata mu itu :). Aku rasa pun nak buat akutakpedulisme juga le dalam isu ni..haha
Rabi'atul-Adawiyyah berkata, "Ketahuilah bahawa apa yang kamu boleh buat, ikan pun boleh buat dan jika aku boleh terbang, lalat pun boleh terbang. Buatlah suatu yang lebih dari perkara yang luarbiasa itu. Carilah ianya dalam ketaatan dan sopan-santun terhadap Allah."
Video kucing:
Memang marah meluap-luap bila tahu pasal ni. Kalau tak silap orang yang bertanggungjawab dah kena prosecute a few years back.
Ummah Centric:
Ada baca pasal ni kat tempat lain. To be honest I don't really understand the point of it. What are they trying to say exactly? Tried to read it but my brain just refused to comprehend (agaknya penat masa tu).
Sikap Pelajar IPTA:
Sekarang saya tak tahu. Tapi kalau zaman saya dulu memang mostly tak kisah pun, nak kesenangan diri sendiri je mostly.
Inayah, sekarang saya dah buat 4 kaedah carian bagi blog ni, iaitu Blogger Search, Google, Yahoo dan MSN. Sila tengok DI SINI. Atau pun klik sahaja button Search this blog kat bahagian atas tu :)
Kenakelayan, pasal video kucing tu sebenarnya gambar lama ke? Betul ke wanita tu dah kena tangkap dan dihukum?
Tentang Ummah Centric, I believe it's not because you're tired. It's just because you are not at the level to comprehend the ideas. For me, however good the idea is, it becomes useless if layman can't digest. As William Hazlitt used to say: A scholar is like a book written in a dead language. It is not every one that can read in it.
Ustaz-ustaz yang berbincang tu, jangan syok sendiri dah le..
Ni link kepada berita tu:
http://news.bbc.co.uk/1/hi/england/2481005.stm
Tapi sembilan bulan aje hukumannya. Mesti dah lepas sekarang ni :(.
Re: Ummah Centric, hehehe, I tried reading it again. My head kept yelling: 'kena ke layan? kena ke? pening pening!' And I still don't geddit. *sheepish grin*
I think also it is my scientific training. Kitorang dah biasa ayat straight to the point. I wish they could just summarise it in one short paragraph or something.
Anyway nak gi baca research papers lah!
Hmm..gambar yang ditunjuk kat BBC tu agak lain la. Ke gambar yang saya tengok tu versi lain ,tapi masih dilakukan oleh dalang yang sama? Confuse.. Kak kenakelayan buat research apa?
salam...
Emm...menyentuh pasal gambar kucing yg dipijak tu...sememangnya...kejam, tak bertamadun dan tak bermoral...sy received mail tu satu bulan yg lepas...dan sy juga harap sesangat kepada orang2 yg suka menonton kekejaman sebegitu rupa...jgnlah difoward suka-suka ati..memang tak sanggup nak menatap...time tu sy pun tak sanggup nk menatap email tu sampai habis...kejam...:(....tapi salah seorang sahabat sy telah pun mengfowardkan (bahasa mix da...) ke pihak TV3...entah akan dijadikan isu atau tidak...wallahwa'lam..
Hmm masih berlaku lagi ke? I thought yang UK tu isolated case. Rupanya dgn bantuan Sidi Google ada byk lagi kat China. Because Tawel kata warna kelabu so ingatkan kes yang itu le.
Kalau nak ikutkan memang geram jugak bila dapat gambar forward bukan2. Saya selalu hit delete aje bila tajuk email semacam and saiz attachment besar. Kena ke layan?
Researchnye berkenaan sel T dan sel pembunuh semulajadi (direct translation :D).
Selamat maju jaya kepada Tawel di dalam studies, ameen.
istilah uspro dipopularkan oleh ustaz zamihan, dalam pembentangan kertas kerja beliau di masjid al-falakh,dalam kertas kerja beliau juga telah mengatakan puak wahabi sesat dan terkeluar dari ahli sunnah waljamaah.
sekadar makluman satu buku telah di siapkan dan akan di pasarkan pada bulan jun, khusus menjawap keganasan pemikiran beliau, yang di sifatkan sebagai jenayah ilmiah. dan statement beliau juga boleh mengeruhkan hubungan 2G, antara arab saudi dan malaysia.
saya mengambil pendirian sekadar memerhati,firman Allah Taala yang mafhumnya "�janganlah kamu berpendirian dengan apa yang kamu tiada berpengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati itu akan dipersoalkan di akhirat"
Dalam majalah-I tu, ada tak juga dimasukkan kenyataan bahawa sebenarnya Ustaz Zamihan lah yang mempopularkan istilah Protaz?
Yang cakap Wahhabi ni menyimpang dari ASWJ bukan Ustaz Zamihan seorang sahaja - banyak lagi para ulama dan sheikh besar yang mengatakannya. Kalau anta rajin, sila lah semak pos-pos saya yang lama termasuk juga komen dari para pelawat. Anta juga akan dapat tahu jenayah ilmiah yang dilakukan oleh puak Wahhabi. Kalau anta tetap nak kata Wahhabi itu tidak menyalahi ASWJ - terutama sekali dalam perkara aqidah dan fiqh - jadi mengapa asyik terjadi perbalahan di antara pihak yang mendukung Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan juga pihak yang menentangnya? Pergi check pos saya yang lama, ana penat nak tulis benda yang sama berulang-kali.
Insya-Allah statement Ustaz Zamihan tu tak akan membawa apa-apa kekeruhan dalam perhubungan 2G Saudi-Malaysia. Buku Jawapan Ahl al-Sunnah kepada Syiah al-Rafidhah dalam Persoalan Khalifah oleh Protaz Hafiz Firdaus tak ada membawa apa-apa kekeruhan pun dalam hubungan Malaysia-Iran.
salam.. aiyo.. protaz ngn uspro ni gapo plak? adakah sama dengan astro? go AF!! hoho
salam.. tadi saya dah merujuk kepada google.. oh.. rupanya protaz ni professional ustaz.. susah btol dok uk takde majalah i..
wslm
salam,,
saya senantisa membaca dan menilai komen2 antara yg pro dan menentang dakwah aliran muhamad bin abdul wahab, cuma menghukum bukan kerja kita.. kita ada tanggungjawap kita dalam agama, dan apa yg kita perlu sumbangkan kpd agama.ibn salah pernah menyebut "ramai tokoh besar yg telah meningalkan kita ratusan tahun dan telah mengambil apa yg telah mereka usahakan,cuma kita masih tidak habis mengutuk dan mengata mereka".
Betul Abu Naim,
Saya dengan ini menyeru kepada diri saya, Abu Naim, Tawel, UsPro dan Protaz dari kalangan Wahabi supaya jangan hukum bid'ah dan sesat pada kaum Muslimin yang lain.
Dan juga untuk terus membaca dan menilai tanpa melakukan apa-apa konklusi (Abu Naim sila baca: menghukum) dengan apa yang dibaca.
Secara konklusinya (sila baca hukumannya) kita taqlid buta sudahlah.
salam..
saya juga sepakat tentang itu, bukankah kaedah menyebut "tolak ansur dalam perkara yang kita perselisihkan dan tolong menolong dalam perkara yg kita sepakati". saya selalu terfikir ttg org awam yg mendapat maklumat yg salah di samping keterbatasan masa utk pembelajaran.mungkin mereka menghukum dengan ketidaktepatan maklumat tersebut,kita kena sentiasa memaafkan mereka, peersoalannya apakah benar sifirnya begitu?
di tempat saya di sebuah masjid ustaz memberikan kuliah beliau menyebut "sesiapa yg mengatakan bacaan al-quran tidak sampai kpd mayat dia telah kafir" sila rujuk ucapan ustaz sobri arshad di masjid kilang lama kulim ketika kuliah tafsir surah yassin.
setiap tahun juga beliau mengutip sekepala rm5 utk bacaan al-quran khsusnya pada bulan puasa.
kita baru cuba membetulkan minda org awam dan kita berdepan dgn karenah bijak pandai agama yg gemar menghukum.
bila akhi haszrizal (saifulislam.com)menulis agar polemik 'wahabi' di berhentikan mmg ada kebenarannya, antara tulisan beliau menyebut'Saya dah bosan, muak dan menyampah melayan isu ini. Saya dah bosan melayan
fitnah pecah belah pelajar Malaysia di Jordan di zaman Zamihan mengeluarkan buku Salafiah Wahabiahnya tu. Kami pelajar Malaysia sudah cukup menanggung malu bila ulama' yang amat senior, bertaqwa dan saya nak angkat muka depannya pun segan, seperti Sheikh Umar Sulaiman al-Asyqar dituduh mendustakan hadith oleh Zamihan dalam buku tu'.
mmg kita gelisah sebenarnya dgn fenomena tuduh menuduh ni.
kekaguman saya pada ustaz shamsuri kita mengulas membetulkan saf dakwah, beliau antara yg di sebut akan bertanding atas tiket politik pas pada pilihanraya di dun telok ayer tawar tapi beliau menolak, begitu juga beliau pernah naik pentas umno utk berceramah tetapi beliau bukan umno. sebab itu dalam kuliah beliau org umno dan pas boleh duduk sekali.
'sifirnya'mudah ternyata di atas kekuatan ini org awam boleh bersatu,ansir kepartian yg lebih banyak mengundang perpecahan dapat dielakkan dengan 'salah satu' pendekatan.
benar bila dr danial zainal abidin mengulas dalam forum bersama ttg islam liberal saya tetarik dengan kata-kata ini �kemunculan golongan Islamlibrel ini telah menjadikan orang-orang dakwah aktif, kreatif dan mula berfikir...�
saya juga menyebut banyak tugas yg perlu kita gandingkan bahu bersama utk menyelesaikannya,
utk yg akhir selalu yg kita renungkan "kita hidup di zaman mencabar, dizaman org ramai bilangannya sprt buih, kita menelan hakikat pahit bahawa 15bilion umat islam, 900 juta darinya buta huruf(prof tariq ramadhan)" begitu juga komentar " kita umat islam malas membaca (dan menuntut ilmu walaupun kitalah umat yang dianugerahkan al-qura yg ayat pertamanya menyuruh 'iqra'(bacalah)Dr Yusuf al-qaradawi".
maaf ya tuan2 saya sekadar melontar fikiran walau pun kadang2 terfikir peliknya sifir ini.
Betullah kata-katamu itu Abu Naeim. Tapi ada pembetulan sikit pada kata-kata Professor Tariq Ramadan - mungkin saudara tersalah taip. 1.5 bilion umat Islam, dan bukan 15 bilion. Statistik lain yang saya baca menyatakan 1 dan 1.3 bilion. Hanya sesuatu yang trivia.
Oleh itu, janganlah kita suka takfir dan tuduh-menuduh sebagai sesat, bida'ah, dan sebagainya pada perkara-perkara KHILAF mahu pun yang menjadi IJMA' ULAMA. Bila ada serangan, pasti ada pertahanan.
Tapi kekadang tu saya ni masih tertanya-tanya mengapakah Dr Asri sibuk sungguh menentang Ashaariah dan Maturidiah? Inilah masalahnya apabila muncul golongan ustaz dan protaz yang sibuk nak menganggu ijmak ASWJ. Perkara yang dah jadi ijmak, kamu tak payahlah ganggu lagi- buang karan aje.
Nasihat saya kepadamu Abu Naiem, berhati-hatilah apabila berdiri atas pagar - satu hari nanti kamu pasti akan turun dari pagar itu juga dan seterusnya memihak kepada salah satu pihak.
Dalam isu Wahhabi-ASWJ, saya dengan yakin berpegang kepada ijmak ASWJ pada perkara pokok akidah dan fiqh. Dan saya percaya kepada kalam majoriti para ulama yang mengatakan Wahhabi itu sangat celaru pada akidah dan fiqh, tapi itu tidaklah membawa mereka keluar dari Islam. Mereka sekadar kontradik dengan apa yang telah disepakati oleh ASWJ.
Bila para ulama ASWJ kata Syiah itu batil, adakah saudara juga berdiri di atas pagar - iaitu saudara menilai Sunni dan Syiah dengan membaca sumber dari kedua-dua pihak? Adakah saudara telah bersikap adil dari segi ilmiah kepada Syiah seperti mana yang saudara lakukan dalam kes Wahhabi-ASWJ?
Dalam kes Mu'tazilah pula, adakah saudara sudah mengkaji dan menilai kedua-dua pihak secara ilmiah? Atau saudara sekadar bertaqlid kepada para ulama bahawa Mu'tazilah itu sah batil?
Nah, dalam isu Syiah, Khawarij, Mu'tazilah, Ismailiyyah dan sebagainya, kita boleh pula bertaqlid. Tetapi dalam isu Wahhabi ini, mengapa slogan Bacalah Sumber dari Kedua-dua Pihak, dan Kemudian Baru Buat Penilaian begitu kuat dilaungkan oleh para pemuka Wahhabi? Salahkah saya dan ramai lagi orang awam yang tidak berkemampuan untuk membuat penilaian sedalam-dalamnya kepada isu Wahhabi ini bertaqlid kepada apa yang telah para ulama simpulkan?
Berhati-hati saudara. Berpeganglah kepada apa yang telah disepakati oleh ASWJ. Jangan jadi seperti Dr. Muhammad Tijani al-Samawi sudahlah. Nak kaji kedua-dua pihak punya pasal, terus berubah dari Wahhabi kepada Syiah. Dan kemudian terus menulis beberapa kitab yang membawa kepada 'pemelukan' Syiah beramai-ramai - iaitu kitab Thumma Ihtadayt (Saya Diberikan Hidayat) dan juga kitab Syiah adalah Ahlus sunnah Sebenar.
insyallah saya akan mengambil nasihat saudara, walaupun apa saudara mengatakan saya di atas pagar itu sebenarnya tidak tepat..kita sedang bercakap soal 'hukum menghukum'dalam pendekatan dakwah, maka bila posting saudara balas mengatakan 'nasihat' saya terima ia sebagai nasihat bukan satu tuduhan.
kalam majoriti aswj bukan sampai ke tahap ijma, ia baru pada jumhur ulama, dan kita mengatakan cakap manusia ini boleh di tolak dan diterima melainkan ckp Nabi s.a.w. 'kecelaruan pada akidah dan fiqh tidak membawa keluar dari Islam'maka istilah 'sesat' pada bahagian yg mana.
point awal pada tuduh menuduh spt yg disebut Oleh Allah a.w.t dalam firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat ayat 11-12: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
saya berhenti di sini dulu,, ada kerja dakwah,
pasal kucing... hmmm... poning kapala kalau dapat msg begitu, ana takkan bukak kalau msg tu camtu... msg ni mcm2 ada yang unsur porno pun org tergamak forwardkan benci aje kan.....
Bawak bersabo cik Yamina. Ana punya e-mel dah jarang dapat e-mel forward sebab ana terus ban mana-mana hamba Allah yang asyik forward benda ntah hapa-hapa berulang-kali. Kekadang tu, e-mel yang ana pernah dapat 6 tahun lepas pun masih juga diforward sampai hari ni. Penat oo nak baca ;p
he hehh sabo...
ana baru dgr pasal ummah centric dan jemaah centric ni...
dgr kata ianya dari idea salafi juga ye... mungkin dah ada sebut kat atas tapi ana x baca lak komen2 diatas....
pendapat ana, jemaah2 ini perlu... sebab: dalam sistem hari ini, belum tertegak daulah islam...
biarlah jemaah2 ini terus aktif perjuangkan islam... walaupun byk jemaah, dan pelbagai fikrah... asalkan berpandu pada sunnah wal jamaah dan matlamat tetap sama, utk islam, untuk redha Allah...
melalui jemaah, at least kita dapat kumpul sikit2 kekuatan untuk jadi betul2 kuat...
bayangkan... siapa tahu satu hari nanti,
jemaah2 yg memperjuangkan islam ini dapat bersatu n kumpulkan segala kekuatan bersama2... sama2 tumpaskan sistem jahiliah yang melanda muka bumi hari ini, dengan sistem khalifah islam spt zaman kegemilangan islam, zaman rasulallah saw dan para sahabat dahulu kala.
aminnn...
moga ia jadi kenyataan...
sama-sama kita doakan :)
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.