Kali ini tidak sukar untuk mendapatkan maklumat tempat hostel kami menginap. Pada mulanya kami menyoalnya menggunakan Spanish. Kami seolah-olah agak yakin dengan struktur tatabahasa yang kami gunakan itu. Keyakinan kami itu kemudiannya dibalasi oleh wanita muda itu dengan satu jawapan yang agak laju dan lancar di dalam Spanish. Kami tak faham.
Kami lalu membuang ego untuk berbahasa Spanish. Akhirnya perkataan-perkataan Inggeris yang ringkas dan umum digunakan. Agak berbaloi. Rupa-rupanya juruinfo wanita itu amat petah dan lincah berbahasa Inggeris. Setelah maklumat yang dikehendaki diperoleh, kami terus mengambil bas untuk menuju ke hostel yang sudah pun ditempah awal.
Lelaki Korea
Sedang kami menunggu bas, kami disapa oleh seorang pelancong Korea yang sedang belajar di England dan mengambil ijazah bahasa Inggeris. Katanya, dia melancong seorang diri. Dia agak berani pada pandangan aku. Dia menegur kami terlebih dahulu kerana menyangka kami ingin ke hostel yang sama dengannya. Dia tidak berapa pasti jalan untuk pergi ke hostelnya. Menurut katanya, inilah kali pertama dia melancong seorang diri. Sepanyol adalah negara Eropah kedua yang pernah dijejakinya selepas England. Dia memang agak berani.Kami berbual-bual kosong sepanjang perjalanan di dalam bas. Sembang itu terpaksa diputuskan kerana kami sudah hampir sampai ke hentian yang patut kami turun. Sebelum berpisah, dia sempat meminta e-mel aku. Dia kata dia ingin ke Dublin. Mungkin Ireland menjadi negara ketiga di Eropah yang bakal dipijak oleh kakinya itu.
0 Komen • Tambah Komen↴
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.