Hostal Alcazaba
Inilah merupakan satu-satunya hostel yang paling baik antara yang pernah ditiduri. Sewa yang murah, bilik tidur yang paling selesa, pemiliknya yang sangat peramah, mudah dicari, dan mudah untuk pergi ke tempat-tempat lain dari sini. Aku mencadangkan sesiapa yang ingin ke Granda untuk memilih hostel ini. Aku tidak dibayar untuk promosi ini!Mengikut kata tuan punya hostel itu, ada 2 tempat yang patut dikunjungi apabila tiba waktu malam tiba di Granada. Dua tempat yang dicadangkannya itu terletak di atas bukit. Dengan berbantukan peta bandar Granada, dia menjelaskan dengan penuh semangat. Lidahnya fasih membutirkan bahasa Inggeris. Sekali-sekala, pelat Spanishnya tersembur keluar juga.
Pemandangan Malam
Di sebatang jalan utama yang menghala ke Al-Hambra.
Kata-katanya itu berasas. Di tempat yang pertama, pengunjung dapat melihat hampir keseluruhan bandar Granada. Granada ditinjau dari atas pada waktu malam ibarat kelip-kelip kaku yang hinggap di atas batu.
Semuanya OK, tidak terjejas dan ia tidak diceroboh (Tidak tiru Khir Toyo :p) di sini. Cuma satu yang tidak OK. Tempat peninjauan ini sebenarnya cuma sebuah bahu jalan yang sedikit luas berbanding biasa. Cuma kami bertiga di situ. Keadaan di sini agak gelap. Sekali-sekala kegelapan itu disimbahi dengan cahaya lampu kenderaan-kenderaan yang muncul sekali-sekala. Bunyi anjing-anjing bergaduh, atau mungkin juga sedang berpeleseran dan berpacaran dapat didengari jika ia diamati dengan teliti. Kadang-kala, terdapat beberapa orang lelaki mencurigakan yang berjalan melalui jalan yang agak curam itu. Keadaan di sini agak doooooodggy...
Kami kemudiannya berkonflik dalam diri sama ada untuk naik ke atas lagi (untuk ke tempat kedua itu) atau pun tidak. Untuk pergi ke tempat itu, kami perlu mendaki lagi jalan yang curam. Jika kami berjaya sampai di sana, kami dapat melihat kota Al-Hambra dari jauh. Peluang seumur hidup ini agak rugi jika diabaikan.
Beberapa puluh meter tempat peninjauan yang pertama.
Tapi akhinya kami membuat keputusan untuk tidak pergi ke sana. Bagi kami, lebih rugi lagi jika kami kehilangan paspot, dompet yang di dalamnya tersimpan matawang Euro, kad ATM dan kad kredit. Kami tidak mahu menerima pengalaman seumur hidup yang ini demi mendapatkan peluang seumur hidup yang terdapat di atas bukit sana.
0 Komen • Tambah Komen↴
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.