Sebuah kastil yang terletak tepat bertentangan dengan Masjid Cordoba. Kastil ini dan Masjid Cordoba dipisahkan oleh sebuah sungai dan dihubungkan dengan jambatan ini.
Boleh dirumuskan bahawa Masjid Cordoba sahajalah satu-satunya tarikan utama di bandar ini. Jadi kami tidak sempat untuk merasai suasana angin malam di Cordoba. Kami sampai di sini dalam jam 7 pagi. Bas ke Granada pula bertolak dalam pukul 3.30 petang. Oleh itu, kami cuma berada di bumi yang menyimpan sejarah Islam beratus-tahun ini tidak lebih dari separuh hari.
Walaupun sejarahnya beratus-ratus tahun, tapi ramai juga yang tidak tahu sejarah dan apa yang ada di Cordoba. Tak hairanlah bila mamat berbangsa Cina Malaysia yang aku jumpa sewaktu hendak membeli tiket keretapi di Barcelona dahulu agak kebingungan bila aku mengatakan hendak ke Cordoba.
Aku sekadar mengatakan ada tempat tinggalan sejarah yang menarik di sana. Dia mungkin lupa bahawa dia pernah dengar nama Cordoba dan tahu apa yang ada di sana semasa belajar Sejarah Malaysia di Tingkatan 4 dulu. Atau pun mungkin dia tidak kisah sejarah tempat-tempat yang dilawati. Setiap orang ada tujuan tersendiri bila dia menuju ke sesuatu tempat.
Orang tu melancong. Orang tu pula berjalan. Orang ini pula mengembara. Orang tu pula bermusafir. Orang yang itu pula untuk melengkapkan koleksi gambar-gambar tempat yang dilawatinya di sana-sini.
Berbalik kepada Cordoba. Oleh kerana sudah tidak tahu lagi hendak menuju ke mana selepas pusing-pusing berjalan kaki di Cordoba (dan tak habis pun pusing), akhirnya tujuan dihalakan kepada Stesen Bas Cordoba. Kira-kira 1 jam lebih lagi bas ke Granada akan bertolak.
Bertolak ke Granada
Satu pameran berdekatan dengan Stesen Bas Cordoba.
Tepat waktunya, bertolaklah kami. Cordoba dan Granada dipisahkan oleh gunung-ganang. Dan kalau tidak silap, perjalanan mengambil masa dalam 2 jam lebih. Perjalanan menarik dan lancar diganggu sekali-sekala dengan trafik seperti di bawah ini.
Tak tension ke kalau macam ni? Aku duduk di bahagian depan sekali. Sebab tu boleh ambil gambar dari sudut ini.
0 Komen • Tambah Komen↴
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.