Back to home page

Sepanyol XIV - Penilik Nasib Yang Terlampau

25 Mac 2005 • 6 Komen Cetak Chenta!
3 Minit Selepas Peristiwa Itu
Dia membaca satu demi satu garis-garis yang ada di tangan aku. Agak teliti. Seketika kemudian, dia berkata sesuatu. Aku pun tak dapat tangkap semua apa yang dia cakap. Apa yang aku ingat cuma ini: "Strong heart.. brave.. lucky.. family guy.."

Heh, semua cakap yang baik-baik sahaja. Aku sekadar senyum-senyum sahaja dan tersipu-sipu malu. Percaya tidak.

Sesudah menafsir, dia tutup tangan aku. Aku mengenggam benda yang berwarna kehijauan yang diletakannya tadi. Kemudian dia seperti membuat satu permintaan kepada aku. Mula-mula aku tak faham sebab pelat bahasanya. Aku tanya lagi minta kepastian. Akhirnya aku faham. Dia minta 'itu'...

5 Minit Selepas Peristiwa Itu...
"I don't want this thing", nadaku agak keras dan memberikan semula benda yang berwarna hijau itu kepadanya. Mana aku boleh kasi benda tu. Dia enggan menerimanya. Sebaliknya mengulangi permintaannya.

Aku nampak Raja sedang ditarik-tarik oleh makcik Spanish yang lain. Aku tahu situasi dia. Dia seperti aku. Aku risau pula kalau makcik Spanish yang sedang memeras dan memaksa aku ini melakukan sesuatu di luar dugaan.

Selagi tidak dapat apa yang dia mahu, dia tidak akan bergerak. Dia nekad.

Perisitwa Itu - Kami Didatangi oleh MEREKA
Kami tiba-tiba dilambai oleh sekumpulan makcik-makcik Spanish. Kenapa ni? Di tangan mereka ada sesuatu yang berwarna kehijauan. Masa tu dah nak dekat Krismas sebenarnya. Jadi aku ingat mereka ni buat free service untuk beri benda berwarna kehijauan itu. Jadi aku pun berhentilah bila dipanggil.

Dia datang dekat kepada aku. Tanpa pertanyaan dia pegang tangan aku dan mengangkatnya, lalu membuka tapak tangan aku. Dia letak sesuatu yang berwarna kehijauan itu di telapak tangan aku. Benda yang berwarna kehijauan itu rupanya sejenis tumbuhan. Mungkin dari jenis herba.

Tanpa meminta kebenaran aku, dia membaca garis-garis di tapak tangan aku. Oh, dia ni penilik nasib rupanya. Aku biarkan dia baca sahaja. Bukan aku percaya pun benda-benda macam ni.

4 Minit Selepas Peristiwa Itu
Dia mengulangi permintannya.. "I want 20 euro", katanya lembut sambil matanya memandang mataku dengan tenang. Agak manja nada permintaannya.

Aku terkesima...
Aku terperangkap...
Aku terkena...

Apakah neraka di dunia ini kau minta aku duit untuk servis bodoh ni? (What the hell in this world you ask me money for that kind of stupid sevice?)

Mintak sikit kira OK juga. Ini minta sampai 20 euro. Aku tak nak bagi. Tapi dia macam tak mahu berganjak. Alahai makcik. Bila kau nak berambus ni? Aku bagi dia 1 euro. Eh, dia nak lagi. Dia tak mahu. Dia tetap mahu 20 euro. Dia pandang-pandang dompet aku sambil menunjuk-nunjuk duit kertas yang ada di dalamnya. Dia nak lagi.

Seminggu Selepas Peristiwa Itu...
Beginilah lebih kurang isi kandungan yang aku baca dalam buku Tour Eroupe (Sudah diterjemahkan dan diedit mengikut selera aku)
"Awas jika anda mahu melawat Masjid Cordoba. Anda mungkin didekati dengan sekumpulan makcik-makcik Spanish yang akan memanggil anda, sambil di tangannya memegang potongan-potongan kecil dari tumbuhan herba. Mereka ini kemudian akan meminta duit dari anda selepas tilikan tangan itu."

Bukan aku sahaja terkena. Farid, Raja, dan ramai lagi pelancong-pelancong asing lain yang dikenakan oleh sekumpulan penilik nasib yang terlampau itu.

Cis! Cis! dan Cis! lagi. Macam manalah boleh tertipu! Mereka lebih terlampau dari pramugara MAS yang terlampau itu!

6 Komen Tambah Komen↴

"Apakah neraka di dunia ini kau minta aku duit untuk servis bodoh ni? (What the hell in this world u ask me money for that kind of stupid sevice?)"

berkali-kali aku mengulang baca ayat di atas... sambil tersenyum sendiri.

Senyum jangan tak senyum =)

salam`alayk~


saya pun tidak mahu TERLAMPAU TERTIPU! ;D

.sis er.

Tanpa Nama

Dah ramai orang tertipu pun ;)

"Apakah neraka di dunia ini kau minta aku duit untuk servis bodoh ni? (What the hell in this world u ask me money for that kind of stupid sevice?)"

**

O My God, that is like the FUNNIEST thing ever!!"I can't help but to have this STUPID BIG GRIN on my face!"

kelakar sungguh ayat itu!
hauhauhuhauha!
X)

Tanpa Nama

Assalamu'alaikum...

membaca pada kali pertama dahulu, saya tertarik pada ayat yang saya dan Encik al-ikhsan highlight-kan.

Kini, terbaca buat kali kedua, timbul pula persoalan. "Apakah Encik Tawel telah mengorbankan 20 Euro-nya?"

Dalam artikel tidak dinyatakan dengan jelas, tapi saya dapat merasakan yang "makcik Spanish" itu akhirnya berlalu dengan senyum yang melebar.

Makcik Spanish 1 - Encik Tawel 0.

Haha, jangan marah ye Encik Tawel, nanti kena jual.

Tapi itulah pengalaman, dikongsi agar tiada yang menjadi mangsa seterusnya.

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.