Akak teringin la naik basikal pergi kerja. Tapi macam mana ye? Ada tak basikal yang boleh angkut anak-anak akak ni, beg-beg sekolah, bakul susu, buku-buku, handbag, payung dan kekadang kena bawa bakul yang penuh berisi bekalan makanan. Hmm, banyak benda sampingan yang perlu dibawa ke tempat kerja weh. Basikal boleh bawa ke?
Lagi satu, pelana dia kecik dik. Tak berdaya menampung kaum wanita yang banyak mengalami perubahan fizikal. Mahu lenguh pinggang eden nak sampai kat tempat kerja. Kesian..naik kereta juga best. Walau pun harga minyak buat akak senak perut, akak sabar.
Tawel menjawab:
Secara teknikal, basikal biasa yang sering digunakan di Malaysia memang tak boleh memberikan khidmat sedemikian. Rim dan tayarnya tidak mampu menanggung bebanan sebanyak itu. Tapi kalau motosikal, insyaAllah boleh. Hal ini pernah berlaku di negara China. Tapi pastikan akak Ummuhanah ada skill merempit yang syumul supaya senang meloloskan diri dari kepungan JPJ.
Jika akak Ummuhanah serius untuk berbasikal, maka penyelesaian masalah ini adalah dengan membeli basikal tandem:
Beginilah rupa basikal tandem.Berapa besar pun keluarga Ummuhanah, jangan risau, basikal tandem ini ada yang datang dengan 10 tempat duduk. Lebih banyak dari tempat duduk kereta weh!
¶ Teruskan membaca entri ini »






