Terpercik air, pudarlah ia.Gerenti sekejap sahaja ada benda alah ni. Tak percaya? Buka semula kitab sejarah Malaysia tahun 2008, dan kita akan mengetahui bahawa:
- Satu larangan menjual minyak kepada warga asing sebenarnya sudah pun pernah diwartakan pada akhir Mei 2008. Tak sampai sebulan kemudian, larangan ini dimansuhkan dengan alasan penstrukturan semula subsidi bahan api. Ah, flip-flop sungguh. Subsidi minyak adalah berkaitan dengan rakyat Malaysia, dan bukan untuk orang asing. Jadi tak faham, apa kaitan penstrukturan dengan pemansuhan larangan itu? Kita tetap rugi kan kalau berbondong-bondong mat singapura dan siam yang beli minyak kita?
- Mana dia sistem dua pam yang dicadangkan pada Jun 2008? Kalau ada sistem dua pam ini, kenapa masalah masih wujud?
- Pada akhirnya, tanpa tindakan yang lebih tegas dan bijak, pengusaha stesen minyak tidak akan membeza-bezakan di antara pelanggan tempatan dan warga asing. Mereka pun perlukan wang juga. Sebab itu tak pernah jalan, kerana kapitalisme tak mungkin mengaparteid pelanggan!
P.S. Salam 1431 Hijrah dan juga 2010. Antara "Dua ribu sepuluh" dan "Dua puluh sepuluh", yang mana satu kome pilih?
¶ Teruskan membaca entri ini »





