IS ISLAM...

Jadi apa yang kita boleh belajar tentang keputusan ini? Secara umumnya kita boleh kata bahawa dunia tertanya-tanya adakah:
- Islam itu satu agama?
- Islam agama yang membawa keamanan atau keganasan?
- Islam adil atau tidak kepada wanita?
Jika sekadar menaip perkataan 'is..' sahaja (taip is + spacebar), maka keputusan kedua paling tinggi ialah is there a god, dengan 647,000,000 results. Keputusan ini secara kasarnya boleh menunjukkan bahawa semakin ramai orang yang mahu mencari kebenaran Tuhan dan juga yang mencari kebenaran Tuhan tidak wujud. Golongan yang mana lebih banyak, tidaklah dapat dipastikan.
IS MALAYSIA...

Nampaknya, Kementerian Pelancongan mungkin akan mengalami detik-detik sukar untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2007. Sejak dulu sampai sekarang, ada lagi rupanya yang masih tidak tahu bahawa Malaysia itu sebuah negara. Dan masih ada lagi yang menyangka bahawa Malaysia terletak di dalam Singapura.
Malaysia di dalam Singapura? Ibarat memasukkan gajah dalam peti ais. Hai, kadang-kala penat juga melayan mat saleh yang bertanyakan di mana Malaysia. Akhirnya, Singapura juga yang terpaksa dijadikan rujukan. Mungkin selepas ini, kalau ada mana-mana orang putih yang bertanyakan kepada saya di mana Malaysia, saya akan menjawab, "Sila gunakan Google Bumi."
Apa pun, ini bukan keputusan saintifik. Hanya boleh memberikan gambaran kasar sahaja. Kalau taip is Singapore.., keputusannya pun lebih kurang dengan Malaysia juga. Apa yang boleh kita faham di sini, Malaysia dikaitkan dengan Singapore, safety, third world country, dan Islamic country.
Dan jika Islam pula, ia dikaitkan dengan religion of peace, evil, dan fair to women. Apa kata anda pula yang cuba bereksperimentasi, seperti is George Bush.., dan lihatlah dunia mengaitkan Bush dengan apa. ¶ Teruskan membaca entri ini »