Gua seperti lu orang juga, ada masa-masa sengalnya. Gua juga tak akan poyo seperti sesetengah orang yang merumuskan bahawa antara sebab bangsa Melayu mundur adalah kerana terlalu sangat mengulit bahan bacaan ala-ala Mastika dan Harian Metro. Sebab gua dah kata dulu, Melayu tak semestinya macam tu.
Bila gua cakap yang gua sedang sengal, ini bermakna gua sedang malas nak baca dan fikir benda-benda berat. Ini bermaksud, gua dalam fasa menerima bulat-bulat apa yang gua baca tanpa gua mahu mempertikaikan isinya.
Tapi hari ini, lu buat gua marah dan kecewa betullah! Gua datang laman web lu untuk sengal-sengal, tapi apa yang lu tepek di muka depan hari ini buat gua tengok lu sangat-sangat ketinggalan zaman sebab lu mensensasikan benda yang lapok.
Gua tak kisah lu nak sumbat akhbar lu dengan berita-berita sengal, tapi lu janganlah sodok berita yang tak tepat kepada pembaca. Gua tahu yang keuntungan akhbar lu adalah berkadar langsung kepada berita-berita sengalnya. Tapi sesengal mana pun berita itu, lu tolonglah suruh para editor, wartawan dan jurnalis lu supaya buat kerja sekolah betul-betul.
Lu kata dalam tulisan yang menjadi berita utama lu hari ini (7/10/2008) bahawa:
Taktik licik terbaru sindiket penipuan Internet dikesan menggunakan nama jutawan yang juga pengasas perisian Microsoft, Bill Gates, bagi memerangkap mangsa sindiket itu melalui e-mel...
Maka lu dah kantoi dengan gua. Untuk pengetahuan lu, emel scam (sebenarnya lebih menjurus kepada hoax) ini sudah lama wujud semenjak tahun 2004 lagi. Ini bukan taktik licik terbaru. Gua pun dah banyak kali dapat.Malah, Bill Gates yang ada aset sebanyak USD 58 bilion ini, lu panggil dia jutawan? Adeh, abang Bill Gates tu dah la pening kepala sebab Vista tak laku, lu lagi nak buat dia kecik hati dengan menggelarkannya sekadar jutawan.
Gua tahu tujuan lu adalah untuk menyedarkan orang ramai supaya berhati-hati di internet. Sebab itu lu sanggup telefon awek bernama Norhafizah untuk mengesahkan kesahihannya. Tapi gua pelik sebab lu punya jurnalis tak ada kemahiran meng-google yang baik untuk mengkaji kisah yang selanjutnya. Kalau lu drebar bas, gua tak pelik.
Eh satu lagi. Itu gambar mamat tengah tengok monitor komputer yang gua curi dari berita lu itu, adakah itu pekerja lu? Kalau dia pekerja lu, lu tolong nasihatkan dia agar beralih ke GMail yang lebih bagus spam filter-nya. Bila kurang spam, lu pun akan kurang diserang oleh rantaian emel scam dan hoax.
Aduh, kecewalah gua dengan lu Harian Metro. Lu dah buat gua tertulis blog pada hari ini dan lu dah buat gua terguna kata ganti nama gua/lu yang gua mahu gunakan dalam entri yang akan datang. Gua dah tak caya sama lu lagi.
Apapun lu jangan risau dengan golongan-golongan elit intelek yang selalu mengkritik lu, sebab gua berspekulasi bahawa pasaran akhbar untuk orang-orang yang sengal seperti gua di Malaysia ini akan bertambah besar dalam tahun-tahun yang mendatang. Jika tidak, masakan Berita Harian dan Utusan Malaysia juga semakin mensensasikan berita-berita yang sengal-mengal? Eh, betul ke teori gua ni?
Apa pun, lu teruskan sahaja usaha lu. Bila lu makin maju, lu akan buat banyak duit. Bila buat banyak duit, lu boleh menambahkan lagi bilangan Melayu glokal, bahkan lu juga mudah-mudahan boleh membantu lebih ramai Melayu yang masih berada di bawah. Bila lu dah buat begini, golongan elit intelek itu akan terduduk senyap. Kui kui kui.
Terima kasih Harian Metro dan teruskan usaha lu! Walaupun gua kecewa dengan apa yang lu buat, namun gua akan tetap melawat laman web lu sebab lu lah satu-satunya pengubat kesengalan gua yang kesepian ini. ¶ Teruskan membaca entri ini »





