Dave Ramsey, The Total Money Makeover: A Proven Plan for Financial Fitness
Betul, memang sunat berbaju raya baru setiap tahun.
Tapi cuba kita renung: Rasulullah walaupun menganjurkan kita untuk memakai pakaian baru setiap kali tibanya 1 Syawal, namun Baginda juga seorang yang sangat zuhud dalam bab berpakaian. Jika ada yang koyak di sana-sini, Rasulullah sendiri yang jahit dan tampal; tidaklah terus ia dibuat lap kaki hanya kerana ia sudah koyak.
Memiliki pakaian baru di zaman itu adalah sesuatu yang sangat jarang-jarang berlaku bagi golongan kebanyakan. Maka bila tibanya Syawal, inilah masanya untuk membeli pakaian baru. Dan ia kemudian akan dipakai dengan sangat kerap sehinggalah tiba Syawal yang berikutnya.
Nah, bandingkan dengan kita pula. Sesudah raya, berapa ramai di antara kita yang terus memakai baju Melayu itu sekurang-kurangnya seminggu sekali? Benar, kita boleh berhujah yang baju Melayu baru ini boleh digunakan untuk solat. Tapi bagaimana pula dengan koleksi baju Melayu daripada raya-raya sebelumnya yang sudah pun merimbun di gerobok?
Sementelahan lagi, oleh kerana baju Melayu ini lazimnya hanya digunakan untuk solat atau ke kenduri (ada ke yang guna untuk main bola?), maka ia susah untuk jadi lusuh dan buruk. Baju raya yang saya beli 10 tahun dahulu, masih lagi cantik biarpun ia agak kerap digunakan. Itu pun hanya "bajunya" yang saya gunakan. Dan saya sendiri sudah lupa bilakah kali terakhir saya memakai "seluarnya".
Maka mari kita melihat isu ini dari sudut yang lebih luas: Apa guna membeli baju Melayu baru setiap kali Syawal jika pada akhirnya ia digunakan 2-3 kali sahaja setahun? Adakah ini benar-benar sunnah, atau pun suatu pembaziran bertopengkan "sunnah"?
Apa yang pasti, di Syawal yang mendatang ini, baju hari raya pertama saya adalah daripada tahun lepas. Sampinnya pula tetap sampin yang telah saya gunakan selama 10 tahun berturut-turut.
Andai majoriti manusia semua berfikiran macam saya, mahu jatuh ekonomi dunia ini. Tapi apa guna ekonomi kencang yang bertiangkan pembaziran?
19 Komen • Tambah Komen↴
sy da 5 thun pakai bju raya yg sama .. haha
@zacky786 Bagi saya lima! (Give me five). Haha.
dah nama baju raya.. memang pakai waktu raya je la..
sebab tu baju raya yg ak pakai skang ni merupakan 7 tahun lepas nyer kot.. masih leh pakai, lawa lagi..
yg laki biasanya x banyak bunyi sgt bab baju raya nih..
diorang pakai ntk g masjid je, pastu balik kampong dah tukar pakai baju KL (lol)
Lebih kurang sajalah kita ni bro Tawel. Beli baju baru pakai untuk raya, lepas tu pakai berulang kali sebagai pakaian sehari-hari.
Memang biasa kalau "baju" lebih banyak dipakai berbanding "seluar". Selalu sangat "baju" digandingkan dengan kain sarung atau seluar yang lain (biasanya seluar slack). Mungkin kalau beli "baju" saja pun ok.
Rasanya dah tak bernafsu untuk membeli baju baru semata-mata untuk dipakai sewaktu Hari Raya. Pakai yang tahun sebelumnya pun ok!
@kyo_9, kalau baju raya dipakai waktu raya, mengapa pula baju KL dipakai waktu di kampung? Haha.
@beliamuda, baju raya yang berikutnya aku pun buat keputusan nak beli yang "baju" saja. Tapi rasanya memang macam tu, tak bernafsu sangat dalam bab-bab baju raya ni. Tapi entahlah, ada juga ramai member lelaki yang tiap-tiap tahun tukar baju raya dan sampin.
Baju raya kena pakai masa raya je. Hehe.
Tak perlu beli la Tawel. Tak penting pun. Paling penting pengisian Ramadhan tu sendiri. Bagi sesetengah orang, Ramadhan adalah bulan mengisi perut dgn pelbagai makanan yg dapat dijumpai masa bulan puasa saja.
Lapo la pulak! Haha
Assalamualaikum Tawel...
Hehe... tetiba teringat cerita kawan ttg anaknya.
"Mama, nanti beli baju pengantin utk Irfan ya!" Kata anaknya yg baru berumur 5 tahun yang ghairah nak beraya...
ada cara bagi yg berkemampuan utk tetap berbaju melayu baru saban tahun tanpa pembaziran, jesteru jika berbaju baru pd raya pertama itu sunat kedudukannya, rugi jika tidak direbut... kan kan..
sedekah je la baju raya kita pada yg suka dan bersedia menerimanya supaya setiap kali tiba raya kita boleh beli baju raya yg baru pula...tak munasabah ke??
Pakaian baru yang baru beli di kedai, atau pakaian dalam almari kita yang masih nampak baru dan cantik, atau pakaian dalam almari kita yang paling baru dibeli walaupun dah setahun masih elok dan cantik? Semua pun kelihatan baru, kita boleh tentukan. Gelisah juga rasanya kalau dalam almari ada pakaian yang dah berbulan tak digunakan sedangkan ada orang yang ada sehelai pakaian je.
Adakah kita beli pakaian Raya yang baru kerana menurut sunnah atau kerana adat atau kerana malu kepada orang? niat??
@Zunnur, Rasanya kita kena fikir sendiri yang mana lebih besar pahala dan afdhal: Kalau duit untuk baju raya baru tu disedekah pada yang lebih memerlukan VS pahala sunnah pakai pakaian baru. :)
Nana...still pkai baju raya tahun lepas.....cuber teka warna apa..hiii
Askum....awk...nana pakai baju raya tahun lepas...hihihi
@Nana, raya tahun lepas tak datang rumah pun, manalah eden tahu. Haha adoi.
Eleh...Nanti bila dia dah kahwin terpaksa juga beli baju baru. Sebab nak sedondon dengan puan isteri lah katekan~ *ciri-ciri suami romantik* haha.
Abg Tawel, tahun ni saya beli tak beli baju melayu. Saya beli baju kebangsaan aja. Baju kebangsaan negara mana, saya pun tak pasti (kurta). Tapi bajunya amat sesuai dipakai ke surau dan majlis ilmu dipasangkan dengan seluar slack atau jeans.
Pada pendapat saya, baju melayu terdapat kelemahan berikut: -
1. Panas sebab bahan yang sering digunakan adalah polyester
2. Gagal ujian roll up sleeve. Lipat punya lipat sblm wuduk, terturun jugak lalu terbasah.
be happy ya...
sebab itu saya sebut baju melayu bukan baju raya!!! hehehe
Tawel, saya rasa mcm terkena dekat suami saya. Solat jumaat pun jarang boleh pegi atas faktor kerja (yg mana sy pun rasa kesal), baju pun masih berbau kedai. Tahun kelima kawin, usahkan baju raya, baju nikah pun masih berbau kedai. Erks.
Salam Tawel.
Apa khabar?
Ini ana Abqori. Kawan lama. :-D
Minta hantar emel pada ana. inderamahkotacairo@yahoo.com
Urgent. Ana di Mesir sekarang. Proses evakuasi.
Syukran! :)
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.