Back to home page

Peluang Belajar Secara Percuma di Sekolah Tahfiz

12 Julai 2011 • 14 Komen Cetak Chenta!
Tadi saya menerima panggilan telefon daripada Ustaz Fauzi, iaitu ustaz lama saya yang kini menjadi pensyarah di KUIS. Beliau baru sahaja membuka sekolah tahfiz di Kampung Baru dan Semenyih dan bertanyakan kalau ada sesiapa yang mahu belajar di situ.

Oleh kerana saya pun buat masa ini tidak tahu sesiapa yang berminat, maka saya panjangkan pertanyaan beliau itu di sini:

1. Untuk siapa?
Kepada 4 golongan sahaja; iaitu anak yatim, faqir, miskin dan mua'alaf. Umur dari 10-14 tahun.

2. Adakah sebarang bayaran yang perlu dibayar?
Semuanya percuma. Malah jika pelajar tahfiz itu menunjukkan prestasi yang cemerlang, mereka akan berpeluang untuk dihantar belajar ke luar negara dan ditanggung percuma sepenuhnya.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada Ustaz Fauzi di nombor 019-6455765.

Oh ya, dan ustaz ini juga kool serta mesra orang muda!

Ustaz Fauzi yang sedang memandang ke arah mana entah itu di kala kami semua sibuk memandang kamera. Di Glasgow, 2005.

14 Komen Tambah Komen↴

and which one is you..?

ohh untuk empat golongan sahaja ye? bagaimana pula selain 4 golongan itu nak masuk tapi bayar la, bukan percuma.

Subhanallah.

Tak sangka cepat benar masa berlalu. Kini Ustaz Fauzi sudah punya maahad beliau sendiri, meskipun ia masih baru bertapak.

Ustaz Fauzi mungkin tidak kenal saya secara peribadi. Namun beliau, yang ketika saya mula-mula sampai ke Mesir, adalah merupakan orang lama, memang terkenal di kalangan kami. Apatah lagi ketika itu beliau sudah punya buku tulisan sendiri, tentang Harta Pusaka, dan juga jika tak salah saya, Sunnah-Sunnah yang ditinggalkan.

Masih teringat lagi, ketika saya berbual dengan kawan-kawan beliau yang datang daripada United Kingdom, yang hampir semuanya berasal dari India, di sebuah Restoran Malaysia di Cairo beberapa tahun yang lepas. Beliau juga turut ada sekali. Mereka datang ke Mesir kerana mahu menziarahi beliau lah.

Beliau juga yang membawa pelajar-pelajar Malaysia Mesir ke Yaman. Sayangnya apabila saya ke Yaman, beliau sudah pulang ke Malaysia.

Apa-apa pun, bangga tengok gambar ini, kerana selendang yang dipakai beliau sama dengan selendang saya. Sebijik. Yaman Origin la katakan. :D

Buat Ustaz Fauzi, teruskanlah usaha ini dan moga sentiasa gigih dan semoga usaha ini menjadi satu taqarrub Maulana Ustaz kepada Allah SWT. Amin...

@dieya, Two from Left!

@Seimura, Sekolah tu dikhaskan untuk 4 golongan tu sahaja.

@Abqori, Kalau Yaman Origin, kenalah jumpa Ustaz Fauzi ni walaupun sekali!

dok kat semenyih, ingat nak nak numpang anto anak tapi dengan bayaran yang berpatutan le (tak masuk dalam 4 kumpulan tu), bule ke?

@Cemomoi, tak bule le.

untuk akan ibu tunggal boleh tak masuk tapi tahun depan anak naik tingkatan 3 PMR?????

aishah

@Aishah, rasanya tak boleh. Tapi boleh SMS Ustaz tu untuk dapatkan kepastian.

anak ibu tunggal boleh tak masuk...tapi tahun depan anak saya tingkatan 3 PMR....sangat berharap sebab tiada sokongan dari sesiapa untuk masa depan anak lelaki saya ini....mohon sedikit maklumat...

Tanpa Nama

assalamualaikum..
erm..sy da umur 22 tapi bru nk blaja sal agama.
ke mn sy nk pegi ye?

Tanpa Nama

Anda adalah yg ke dua dari kiri? itu bermakna anda adalah senior saya di sekolah.

Tanpa Nama

bila nak taip,berita terbaru..??/

by someone

Tanpa Nama

wasalam.. nk tnya ada tak sesapa yang tahu dakt tahfiz mana yg bleh trima pjar yg dah berumur mcm 17 keatas.. tolong snagt2 tringin snagt nk jdi huffaz. tpi apakan daya zaman skunk batsan umur mnjadi pnghalang utk hmba allah yg ingin berhijrah...

Tanpa Nama

assalamualaikum saya bukan ibu tunggal tetapi saya sekarang amat berminat membaca tentang sekolah tahfiz.anak saya seorang anak angkat.saya mengambil dia sejak dilahirkan.bolehkah saya menghantarnya

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.