Back to home page

Politik dan Bahasa

30 Mei 2010 • 16 Komen Cetak Chenta!
Seperti yang pernah dimaklumkan sebelum ini, saya suka bereksperimentasi dengan bahasa. Tapi ada ramai orang yang tidak suka bila bahasa kita ditambah-tambah dengan istilah baru.

Kadang-kadang, mereka ini tidak suka hanya kerana pencipta istilah baru itu duduk dalam parti politik yang tidak mereka gemari. Namun inilah yang sebenarnya berlaku di negara kita: Bahasa adalah sesuatu yang sering dipolitikkan.

Bila Najib memperkenalkan perkataan 'glokal' yang berasal dari 'global' dan 'lokal', ramai orang marah-marah padanya. Kita berspekulasi bahawa istilah 'glokal' semata-mata diwujudkan untuk kepentingan politik Najib. Demi politik, Najib telah merosakkan bahasa. Ini apa yang rata-rata pejuang bahasa rasa.

Namun mana dia pejuang bahasa yang mempersoalkan apabila Pak Samad Said membuat bidaah bahasa apabila beliau memperkenalkan istilah 'catakserukin' yang merupakan gabungan 'Cakap tak serupa bikin'?

Istilah ini mula-mula diperkenalkan di dalam satu majlis politik anjuran Pakatan Rakyat; maka jelas istilah ini bersifat politik. Ia bukan lagi satu spekulasi. Lalu mengapa tiada seorang pun pejuang bahasa yang bising-bising?

Kenapa Najib Razak tak boleh, tapi Pak Samad Said boleh? Adakah kerana beliau merupakan Sasterawan Negara? Jika ya, bukankah ini akan merencatkan perkembangan bahasa kerana kita seolah-olah hanya membenarkan golongan elit bahasa sahaja yang berhak untuk mencipta sebarang istilah baru?


Mukadimah puisi 'Pemimpin Catakserukin'.


Sebelum ini, bila Mahathir menggunakan istilah 'bajet' dan bukannya 'belanjawan', pun ramai orang marah-marah menuduh Mahathir sebagai perosak bahasa. Mengapa perlu meminjam lagi daripada Bahasa Inggeris? Bukankah kita sudah ada istilah yang jauh lebih 'Melayu' bunyinya di dalam kamus kita?

Namun, belum pernah lagi saya dengar cerita-cerita pejuang bahasa yang mempertikaikan mengapa para penulis muda kita di luar negara telah bersetuju untuk sama berpayung di bawah kumpulan yang dinamakan Grup Karyawan Luar Negara.

Logo GKLN.


Kenapa grup? Walaupun perkataan ini memang termaktub di dalam Kamus Dewan, namun bukankah ada banyak lagi perkataan lain yang lebih 'Melayu' bunyinya seperti kumpulan, gabungan, pertubuhan, persatuan, atau sekurang-kurangnya kelab (Eng: club)?

Jika anda pejuang bahasa yang adil lagi saksama, maka anda akan menerima apa sahaja istilah baru yang masuk ke dalam bahasa ibunda kita. Kalau ia tidak sesuai lagi janggal, maka bukan anda yang menolaknya, tetapi pengguna bahasa itu sendiri yang akan mengenepikannya sendiri secara beransur-ansur.

Contohnya ketika era lewat 90-an di waktu orang kita baru mahu kenal apa itu internet, kita telah menggunakan istilah 'hiperangkai' sebagai terjemahan kepada 'hyperlink'. Namun oleh kerana istilah ini terlalu janggal di telinga dan lidah, kita telah menolaknya secara perlahan-lahan. Kini, istilah 'pautan' telah memupuskan 'hiperangkai'.

Cuba bayangkan anda hidup di zaman ketika istilah 'buku' (Eng: book) mula dipopularkan. Anda bermati-matian menentang 'buku' kerana 'kitab' sudah ada pun sedia ada di dalam bahasa kita. Ditakdirkan Allah, usia anda panjang: Anda hidup sehingga hari ini.

Maka pasti anda akan malu apabila kesudahannya, orang kita sudah selesa dan terbiasa menggunakan 'buku'. Bahkan, etimologi 'kitab' itu sendiri kini sudah berubah apabila ia hanya merujuk kepada bahan bacaan yang lebih bersifat keagamaan sahaja.

Demikianlah ceritanya.

16 Komen Tambah Komen↴

Teringat istilah yang saya reka sendiri - Jelem. Yang membawa maksud 'Jejaka Lembut'. Kepada pejuang bahasa, janganlah membenci saya ye. x)

huhu.. go with the flow~

penulisan yang baik...suke baca...kupasan penuh makna walau sedikit sinis...nice..

biaslaah perkara2x begini...
sangat penat melihat permainan politik..

ketika heboh hal tun mahthir itu,
sy tidak ambil cakna..kerna yg penting bg sy budget itu,
bhasa penting juga..tp ini tidak perlu dipolitikkan..hoho

ps:-fuji kumpulan sekolah sy = F**k jiwang..hehe
perokoksoleh
= orng islam yg merokok dan ada niat nak berhenti...hehe

*semoga kita semua dirahmati..ape2xpun bahasa arab plng best..hehe

saya juga ada baca tentang satu kritikan terhadap penggunaan ayat yang berbunga-bunga dalam buku liberal arts anthology.

Tanpa Nama

Salam Abang Tawel.

Anta join ke GKLN ni? Saya rasa macam nak join lah pula. Kalau anta dah join, cuba tunjuk ajar sikit. Apa yang bagusnya?
Akan tetapi....., timbul persoalanlah pula, bahawa adakah Abqng Tawel masih layak untuk digelar Ahli Grup Karyawan Oversea ni?

Hmmm....

Bukankah anta dah balik?

Hmmm.....

Tak pernah dengar sebelum ni.

Thanks for sharing.

D

@Nooreena, jelem ye? Seramuk (seram sejuk) saya dengar!

@Cikgu Padi, eh sinis ye? Hehe tak sedar pula.

@Perokok Soleh, maka masih merokok kah kamu ni?

@Tanpa Nama, apa kritikan tentang ayat berbunga-bunga tu? Bagus ke tak?

@Abqori, masih di Mesir ke? Haha bila la anta mahu balik. Tak masuk pun GKLN ni. Tak sesuai dengan jiwa hamba. Haha.

Kupasan yang agak menarik. Tapi betul juga, tak perlu la marah-marah bila sesiapa munggunakan istilah baru tak kira la beliau menteri atau ahli bahasa sekalipun.

Salam...

Aminkan doa Imam Masjidil Haram.

Salam Tawel..
kalau kita biarkan sesiap sahaja mencipta istilah baru, mungkinkah akan timbul pula istilah-istilah yg x sopan, kurng manis dsb, sebab itu penciptaan istilah-istilah baru terhad kepada org-org yg thiqah dlm bhs sahaja? just wondering....

@Amal Asyura, sebarang istilah, sama ada sopan atau pun tidak, akan terbentuk berdasarkan keperluan semasa. Manusia memang sudah sekian lama membentuk istilah. Ini proses fitrah. Saya dah jelaskan panjang lebar dalam entri lama yang saya sebut di bahagian awal entri ni.

Hahaha..tersenyum sendiri saya baca artikel ni. Menarik artikel kali ni buat saya rasa nak komen jugak. Walaupun saya tak tahu sangat tentang bahasa tapi kalau istilah tu ok bunnyinya dan relavan dengan maksud apa salahnya. Saya sokong juga, tak perlu samakan isu bahasa dan politik.

apabila orang politik menggunakan bahasa baru maka ia menjadi ikutan ramai...sama seperti bahasa urdu (campuran hindi,parsi dan arab) yang dicipta oleh salah sorang pemerintah moughol india.mgkn itulah yg menjadi kerisauan ahli bahasa berbanding dicipta oleh para sasterawan yg memang tak diikut oleh rakyat biasa...byk membaca karya a.samad said.shahnon ahmad.usman awang dsb...byk perkataan pelik2 yg kita jumpe dalam karya mereka tp tak penah pun dgr dari percakapan orang lain seperti perkataan glokal itu.

sabiq jr

@sabiq jr, maka Bahasa Melayu ni, berikan contoh istilah-istilahnya yang benar-benar asli, tanpa ada pengaruh daripada Sanskrit, Portugis, Arab, Inggeris, dan sebagainya?

Dan juga, pernyataan "apabila orang politik menggunakan bahasa baru maka ia menjadi ikutan ramai", ini sekadar satu andaian sahaja. Adakah majoriti istilah yang wujud di dalam bahasa kita ini dicipta oleh orang-orang politik?

bahasa melayu pada hari ini byk diambil dari snskrit tidak dinafikan..tapi bukan 3 perkataan saja yg berasal dari bahasa melayu...perkataan perahu,hati sbgai contoh adalah bahasa melayu yg asli...lain2 seperti gemulah,epong dsb...bahasa melayu wujud sebagai bahasa sendiri tanpa mana mana saduran pada zaman dahulu iatu semasa zaman tulisan rencong yg lebih awal dari tulisan dan bahasa snskrit sendiri tp malangnya didunia ini hanya beberapa orang sarjana barat dan melayu yg boleh membaca rencong iatu bahasa asal org melayu ini...kemudian nusantara mula menggunakan byk bahasa sanskrit dan tulisan kawi akibat pengaruh politik dari india kesan serangan raja chola...bahasa asal melayu ini diganti byk istilah sanskrit....kemudian zaman tulisan jawi yg byk saduran arab...dan sekarang rumi pula yg bahasa melayu byk diambil dari b.inggeris....ini menjelaskan skali pengaruh orang politik dalam pengguanaan bahasa kita.....agak panjang untuk penjelasan mengenai bahasa dan sastera ini...mgkn lain kali boleh bincang

sabiq jr

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.