Terpercik air, pudarlah ia.
Gerenti sekejap sahaja ada benda alah ni. Tak percaya? Buka semula kitab sejarah Malaysia tahun 2008, dan kita akan mengetahui bahawa:
- Satu larangan menjual minyak kepada warga asing sebenarnya sudah pun pernah diwartakan pada akhir Mei 2008. Tak sampai sebulan kemudian, larangan ini dimansuhkan dengan alasan penstrukturan semula subsidi bahan api. Ah, flip-flop sungguh. Subsidi minyak adalah berkaitan dengan rakyat Malaysia, dan bukan untuk orang asing. Jadi tak faham, apa kaitan penstrukturan dengan pemansuhan larangan itu? Kita tetap rugi kan kalau berbondong-bondong mat singapura dan siam yang beli minyak kita?
- Mana dia sistem dua pam yang dicadangkan pada Jun 2008? Kalau ada sistem dua pam ini, kenapa masalah masih wujud?
- Pada akhirnya, tanpa tindakan yang lebih tegas dan bijak, pengusaha stesen minyak tidak akan membeza-bezakan di antara pelanggan tempatan dan warga asing. Mereka pun perlukan wang juga. Sebab itu tak pernah jalan, kerana kapitalisme tak mungkin mengaparteid pelanggan!
P.S. Salam 1431 Hijrah dan juga 2010. Antara "Dua ribu sepuluh" dan "Dua puluh sepuluh", yang mana satu kome pilih?
10 Komen • Tambah Komen↴
dah la eja sahaja dah salah jadi sajaha..
hahaha.. lawak sungguh!
@leLabu, alamak baru perasan. Janganlah gelakkan. Mat Bangla agaknya yang tulis tu. Kesilapan kecil sajaha :)
Tabiah buat kerja sekadar melepas batuk di tangga,....sedar-sedar Portugis sudah menjajah...!
hermm begitula warna warni kehidupan Malaysia...
salam..engko jgn ler persoal tindakan mereka2 itu, tuan Tawel Sensei..memang dah tersurat sejak azali..SUKA BUAT KERJA BIOL..heehhehe
p/s timakasih sudi melawat ke blog aku. support kalian amat2 dihargai..
saya pilih dua ribu sepuluh..
mat bangla ke yang tulis 'sajaha'.? ahaha
.ntah2 mase tu nak cepat. alang2 ade kad manila depan mate. nak buat macammne? sbb tu la ejaan pown boleh salah.tenga menggelabah.apa la.
sistem 2 pam masih belum berjalan ea? setahu aku najib prnah ckp nak jalankan, maseh x gerak? yang kononnye nak kenderaan asing membayar tanpa diskaun boleh menguntungkan malaysia. adoi! malaysia ni lembab sey.
ape2 pown, aku tunggu post tawel pasal yusuf qaradawi jdik tokoh maal hijrah yang dtg malaysia ksi talk latest ni. aku tunggu!
"Mana dia sistem dua pam yang dicadangkan pada Jun 2008? Kalau ada sistem dua pam ini, kenapa masalah masih wujud?"
Errr... manusia mudah lupa. Ish.. ish.. ish...(sambil menggeleng kepala)
Salam maal hijrah tawel.
34 Muharram 1431. Ucapan kak su belum terlambat lagi kan...?
Selamat menyambut kedatangan tahun baru dua ribu sepuluh.
Ucapan in advance takpe kan?
wakaka....tul agaknyew apew kata lelabu..agaknye mat bangla yang tuliskan...
@aku tweet orang, masa Pak Sheikh tu datang Masjid Shah Alam, aku kena kerja malam la. Tak dapat pergi. Hukhuk, maka janganlah tunggu!
@Kak Suara, hehe tiada apa yang terlambat.
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.