Back to home page

Buku 1: Nikmat

11 Disember 2009 • 11 Komen Cetak Chenta!
Terima kasih Gadl!

Beberapa bulan lalu, saya memperbaharui semula keahlian di Perpustakaan Raja Tun Uda setelah hampir 9 tahun tidak melakukannya. Beberapa kawan saya mengetahuinya. Lalu ada yang gelak, senyum tersinis-sinis macam anak dara sunti dapat kenyitan mata seorang mat kumbang.

Mereka agak pelik kerana saya sudah pun berkerja dan tidak belajar lagi. Justeru, mahu buat apa lagi pergi merewang ke perpustakaan? Mahu buat apa lagi pinjam buku?

Kasihan.

Mereka sudah terlepas satu nikmat daripada 1001 nikmat yang ada di dunia ini: Nikmat membaca; iaitu sejenis nikmat yang boleh buat kau rasa lebih bijak daripada orang lain, namun dalam masa yang sama boleh buat diri rasa bodoh sebab barulah kau sedar banyak benda yang kau tidak tahu tentang dunia dan kehidupan ini.

Pandai-pandailah untuk kau seimbangkan dua kesan nikmat itu supaya hati tidak ujub.
---

Ada Buku 2. Tunggu.

11 Komen Tambah Komen↴

Zaman sekarang ni na cari Tok Guru memang susah, so bukulah tema kita....ilmu yang buat kita rasa rendah diri yang positif

ah, sungguh rugi bagi mereka yang tak dapat merasai nikmatnya membaca...

~baru sahaja mendapatkan buku yang ingin sekali dibaca...

"sejenis nikmat yang boleh buat kau rasa lebih bijak daripada orang lain, namun dalam masa yang sama boleh buat diri rasa bodoh sebab barulah kau sedar banyak benda yang kau tidak tahu tentang dunia dan kehidupan ini."

benar!

buku : nikmat ilmu~

salam

kali pertama bagi komen..alhamduLillah sy suka dgn pemikiran dan gaya tulisan saudara yg cukup ilmiah bg sy...moga ia diterima Allah sbg amalan yg diredhaiNya amin..siiru a'la barakatiLLAh

abdullah

Awanama

@beliamuda, kau baru dapat buku apa?

@Abdullah, Salam juga. Biasa-biasa saja. Kekadang ada banyak merepek juga.

@lain-lain, Terima kasih sudi komen :)

kalau nk belajar,best belajar kat perpustakaan awam,sebab kat situ banyak buku, dan SUNYI pulak tu, pasal tak ada org pergi...hehe

dapat novel je... 9 Nyawa (RAM), baru je keluar...

tapi, buku lain berlambak lagi yang dah lama beli tapi tak baca (buku-buku bukan novel la ni.. huhu)

@CaCim P0koD0t, macam pernah tengok nama ni. Eh, setiap kali saya pergi perpustakaan awam, mesti rasa macam nak menyumpah. Ramai yang datang situ tak tahu perbezaan antara "baca buku" dan "perbincangan". Bincang sekejap-sekejap tak apa lah juga, ini berbincang sepanjang masa. Magnitud suara pula tak reti nak kawal. Bukan macam bisikan yang kau selalu dengar di dalam perpustakaan yang dipenuhi oleh mereka yang berambut blonde, brunette dan ginger.

Fuh, banyak juga saya komplen ni. Tiba-tiba terasa macam Singaporean!


@beliamuda, "buku lain berlambak lagi yang dah lama beli tapi tak baca"? Episod 2 nanti, aku tujukan khas untuk kau.

sebab itu tan sri khalid ada tegur dengan sikap rakyat selangor....kerajaan negeri dah buat library setiap daerah tapi kosong je takde pengunjung,tu yang berlaku kat banting contohnye....tapi aku suka lepak kat library utm...byk buku...senang masuk

Awanama

tau xpe,
buku umpama menjelajah serata pelusuk negara dan dunia..
buku teman yg setia tika duka & senang..
(tp bila xde dwit nk bli, pinjam adlah alternatif yg bgus)
hehe..
sya pn slalu g library..bila xde bku trasa bosan.
bkan kata tiada rakan2 utk bual,kongsi crita & mengetahui sesuatu tp utk mgetahui sesuatu ilmu antra cara utk pelbagaikan sumbernya.

Awanama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.