Back to home page

Bagaimana Tidak Mahu Kena Tipu di Internet?

25 Julai 2009 • 25 Komen Cetak Chenta!
Longgokan iklan dan risalah yang menjanjikan kita kaya dalam masa yang sangat singkat sudah semakin bersepah di sana-sini. Lokasinya sangat tipikal: tergantung di tiang-tiang lampu di tepi jalan, di dalam bakul motosikal selepas solat Jumaat dan terselit di sudut akhbar online seperti myMetro (Harian Metro) dan Harakah Daily.

Daripada Harian Metro

Daripada Harakah Daily.

Siapa yang tidak teruja dengan RM 3,000 seminggu (RM 12,000 sebulan) seperti yang didakwa dalam iklan di myMetro itu? Jual ganja dari rumah ke apa ini?


Kajian Kes: DuitTerdesak.com

Arakian beberapa hari yang lepas, tangan saya gatal untuk mengklik satu iklan yang tersiar di myMetro. Ia seterusnya membawa saya ke DuitTerdesak.com (lihat screenshot keseluruhan laman ini). "Boleh mendapatkan RM9000 - RM10,000 dalam masa segera", katanya di laman tersebut.

Laman tersebut sangat tipikal seperti laman-laman web lain yang mendakwa boleh menjana wang besar dalam masa singkat. Ciri-ciri tipikal ini ialah:
  1. Segala macam maklumat disumbatkan dalam satu paparan muka sahaja;
  2. cerita pengalaman dan kejayaan itu dan ini tentang proses buat duit;
  3. ada beberapa testimonial pelanggannya yang berjaya;
  4. dan akhirnya akan ada e-book dan sebagainya untuk dijual.
Diingatkan bahawa saya sama sekali tidak menuduh secara melulu bahawa mereka ini semua penipu besar. Namun dalam dunia penuh putar belit pada hari ini, waspada adalah senjata. Dan inilah 3 cara bagaimana saya berhati-hati:

1) Baca betul-betul apa yang ditulis dan timbulkan kemusykilan.

Contoh beberapa kemusykilan yang telah saya timbulkan:

a) Pemiliknya mengatakan bahawa "...teknik ini tidak ada kena-mengena langsung dengan internet kerana saya tidak pandai langsung tentang internet...saya ni buta internet. Kalau tahu pun sikit-sikit je."

TAPI pandai pula beli domain DuitTerdesak.com dan server, bina laman bisnes sendiri di internet, pandai buat screenshot Utusan Online, dan tahu letak Google Chat. Perkara-perkara ini agak mustahil untuk dilakukan oleh seorang yang "tahu sikit-sikit je" internet, bahkan mengaku dirinya "buta internet".


b) Katanya boleh mendapatkan RM9,000-RM10,000 dengan segara (dalam masa 10-14 hari sahaja). Bahkan "setakat tujuh, lapan, sembilan atau sepuluh ribu tu senang je.", dakwanya.

LALU, mengapa bersusah payah untuk mendokumentasi dan menjual "teknik rahsia" ini kepada orang ramai? Bukankah lebih senang hidupnya andai dia melakukannya sebanyak 5 kali setahun? Kalau buat begini, dia hanya memerlukan dalam 14 hari x 5 = 70 hari sahaja untuk sekurang-kurangnya mengaut RM 9,000 x 5 = RM 45,000 setahun? Dengan demikian dia boleh lepak sebanyak 365 hari -70 = 295 hari setahun.

Bukankah ini lebih rileks dan sesuai dengan fitrah manusia yang suka berada dalam comfort zone? Jika penulisnya mendakwa bahawa dirinya seorang yang sukakan cabaran dan tidak suka berada di dalam zon selesa, maka bukankah lebih mencabar jika dia mengumpulkan sehingga beberapa ratus ribu dengan menggunakan "teknik rahsianya" itu, kemudian melaburkannya sebagai modal untuk membuka sebuah syarikat sendiri?


c) Kenapa "tak nak ramai sangat tahu teknik ini dalam Malaysia, saya hanya nak dalam seribu orang sahaja tahu benda ni."

Jika begitu, lalu mengapa mahu menjual manual yang berharga RM45 itu? Bukankah menutup mulut manusia tidak semudah menutup mulut tempayan? Katakan hanya 1000 orang sahaja yang mengetahui teknik tersebut, bukankah ini telah menambah persaingan sebanyak 1000 kali ganda untuk dirinya sendiri?

Setakat ini saya tak pernah mengetahui mana-mana bisnes yang mendedahkan trade secret mereka. KFC mana mungkin mahu memberitahu resepi rahsianya. McDonald juga selisih Malaikat 44 untuk mendedahkan rahsia keenakan burgernya.

Eh, tapi kaya juga kan kalau 1000 orang beli? RM45 darab 1000 adalah bersamaan...?

Apa pun, lain-lain kemusykilan, terserahlah kepada anda untuk memikirkannya sendiri.

2) Jangan percaya dengan mudah screenshot yang menunjukkan jumlah simpanan di dalam bank, Google Adsense dan sebagainya.

Dengan menggunakan teknologi seperti Firebug, saya dengan mudahnya boleh melakukan pengeditan secara real-time apa yang terpapar di browser. Contohnya seperti ini:


Rajah di atas adalah screenshot yang diambil melalui akaun Maybank2u.com saya. Bagaimana saya boleh mempunyai RM53,852.63 di dalam akaun saya? Mula-mula saya login. Kemudian edit jumlah current dan available balance saya dengan menggunakan Firebug. Lalu buat screenshot. Dan akhirnya saya tempel di sini! (Pemberitahuan: Teknik ini hanya mengubah paparan sahaja, tetapi ia tidak mengubah jumlah sebenar simpanan saya di Maybank).

Teknologi seperti ini adalah tidak secikai pengeditan melalui Photoshop. Kalau guna Photoshop, ia masih boleh dikesan jika kajian forensik dilakukan ke atasnya. Tapi kalau guna Firebug, ia tulen 100% bang!

Maka, jangan percaya langsung sebarang screenshot kalau tidak mahu poket anda dirompak di siang hari.

3) Testimonial dan gambar pemberi testimonial boleh direka-reka.

Ini testimonial salah seorang pembeli manual berkenaan:

"Azi sebenarnya tak sangka ada juga sesuatu yang boleh dilakukan untuk mengatasi semua masalah yang dihadapi. Azi memang menghadapi masalah duit, tambah lagi azi ada 2 orang anak.

Azi hilang punca dan cuba juga teknik ini dan hasil daripadanya azi gunakan untuk membuka satu gerai jual laksa di pasar malam Pandan Jaya.

Azi sebenarnya memang dah tekad meminjam daripada along dan memang azi dah call dia orang pun. Tapi mungkin memang nasib azi baik sebab azi terjumpa website ini. Thanks. - Nur Azizah Bt Rahman"

Saya tidak tahu sama ada testimonial ini benar atau pun tidak. Mungkin orang Pandan Jaya boleh cuba cari-cari Kak Azi yang katanya menjual laksa di pasar malam di situ. Namun demikian, testimonial palsu bukan susah sangat untuk direka-reka. Sedangkan di mahkamah pun ada orang berani beri keterangan palsu, lalu apatah lagi untuk menghasilkan sebuah testimonial palsu.

Tapi apa yang saya betul-betul pasti, gambar yang disertakan bersama bukan milik Nur Azizah Bt Rahman! Bagaimana saya tahu? Terima kasih kepada TinEye. Melaluinya, sumber sebenar Nur Azizah dapat dikesan berpunca daripada dari iStockphoto.


Jangan kena tipu dengan iklan dan promosi yang hebat merapu-rapu. Sekian adanya.

25 Komen Tambah Komen↴

huh.. kantoi bulat2 laman web tu..

tapi nak wat cmne kan, dengan tawaran yang tak masuk akal tu, ramai yang termasuk perangkap..

Salam Tawel Sensei. Tak sia-sia saya linkkan hembusan di blog saya. Lama juga tunggu n3 terbaru Tawel Sensei. Selepas serius membaca perenggan by perenggan, akhirnya meletus sebuah ketawa besar bilamana melihatkan gambar rupanya dari istockphoto.

Jujurnya, saya biasa ambil dari istock dan buangkan line putih tu guna photoshop.

Tawel Sensei, teruskan pembongkaran yang jarang-jarang dilakukan orang. Minat Detektif Conan ya sensei.

salam! iklan cipta lagu 1Malaysia dapat 25K boleh percaya tak? hehe

kamel

encik tawel lebih berminat pada doraemon berbanding detektif conan kan.. =p

banyak terjumpa iklan-iklan mengarut di internet..

berfikir sebelum bertindak! =)

trimas sensei atas pembongkaran yang anda lakukan!

cik sweetie

@Abuyon, salam juga! Terima kasih atas dorongan dan semangat. Saya memang minat Detektif Conan! Layan juga ke? :)

@Kamel, salam! Apa jua yang cik Kamel cakap, saya mesti percaya punya.

@Cik Sweetie, sebenarnya saya lebih berminat kepada Penguin :)

pendedahan yang baik.tak sia - sia tukar kos masa kat U....ramai yang terpengaruh dengan iklan seperti itu..den pun hampir - hampir..terkena.bila pulak minat penguin...kan peminat dragon ball dulu...

Tanpa Nama

org2 yg wat cmni, ssuai kta tnya apsl dia x promot kt sedara mara dia yg miskin nu.. kasi diorg kya dlu.. pstu tnjuk la testimonial dr sedara mara diorg... bru leh caya.. hahahaha

ni x, suh org len join dia spya cpt kya, kaum krabat dia biar jd miskin gk..

Tawel Sensei, salam ya. Kalau tersepak, saya layan juga sekali-sekala .. hehe. Pada saya, ia lebih baik dari layan cerita lain yang mengarut. Dari kecik, memang suka melukis sampailah sekarang. Itulah barangkali boleh layan, padahal dah berumur(but still dangerous).

Pernah masa sekolah menengah, saya beli komik cina Fung Wan yang diversikan Melayu, Pedang Setiawan. Simpan kat rumah, dibakar ayah :)

salam.

haha. tergelak saya dibuatnya apabila membaca post saudara ini.
membuatkan saya berfikir mereka yang percaya iklan-iklan bergini sangat gilakan duit. terlampau banyak tipu daya.. sekali pandang boleh tahu tipu.

hopefully, lepas ini ada yang lebih berhati-hati.. :)

aisya

Salam saudara Tawel, tahniah atas pendedahan yg dibuat. Sabda Nabi Sollallahualaihiwasallam: Sesiapa yg menipu, maka dia bukan dari kalangan kami"

~pertama kali komen setelah berkali-kali membaca tulisan tuan tawel (--)

Salam Tawel Sensei. Bagaimana pula dengan adsense, adds by Googgle, iklan promosi internet atau apa ke nama :). Boleh jelaskan macamana kita boleh dapat duit dengan meletaknya dalam blog kita (maaflah sebab saya bukan technology-wise :)), atau ada tipu-tipu juga.

O ya saya nak jemput Tawel Sensei dan rakan-rakan Hembusan di sini ke blog sajak saya, yang sebenarnya taklah seberapa tapi nak jemput dan war-warkan juga. Biar berhembus sampai ke hujung dunia, hehe. Kalau tak kita, siapa lagi ya tak :)

Namanya, Hijau Tinta abuyon, http://hijau-tinta.blogspot.com atau boleh saja ke blog saya, ada linknya di situ. Moga-moga beroleh rasa, sesiapa Insya-Allah.

O se lagi sensei, saya nak cadangkan, blog pro-tajdid (baru dapat baca, sekali-sekala .. hehe) diadakan satu ruang untuk hujah artikel yang ditulis samada di blog atau majalah dan akhbar oleh pro-tajdid tua dibalas pula hujah oleh pro-tajdid muda. Jadi, senang kita nak rujuk apabila berlaku sesuatu yang kontroversi. Misalnya, ada isu yang ditulis oleh seorang ustaz doktor di dalam majalah al-Islam pasal puasa.

Ke guane :)

O se lagi (banyaknya se dah dua ni). Macamana nak buat macam sensei, yang bila kita guna IE, ada keluar sang musang api. Nak juga saya, sebab bila saya buka blog guna IE, design dia jadi macam saja. Jadi, nak cadang kepada pembaca guna sang musang api.

Salam
Menarik cerita ni. nanti pak cik harap dapat baca habis!!!

@al-aman, salam juga dan terima kasih kerana tak menjadi pembaca senyap kali ini! :D

@abuyon, Google Adsense ni tak tipu. Betul punya. Dah banyak juga la saya dapat dari Adsense ni. Tentang soalan macam mana nak dapat duit dari Adsense ni, susah nak jawab di sini kerana terlalu panjang lebar. Mungkin boleh cuba jenguk-jenguk ke blog rasmi Adsense. Tapi biasanya kalau laman web kita tak menggunakan Bahasa Inggeris, susah sikit la nak jana duit.

Tentang cadangan blog Pro Tajdid tu, haiyaa susah mahu dilaksanakan sebab blog tu matlamat utamanya bukan untuk geng muda lawan geng muda.

Tentang musang api tu, ini pun susah juga saya nak buat penerangan ni sebab saya tak tahu tahap geekism abuyon! Cuba google dulu kata kunci ni: conditional statements IE

sebab saya tak tahu tahap geekism abuyon!" haha gelak besar saya. Adush, Tawel Sensei, padan muka saya. Hehe, tahap geek saya biasa-biasa je, bukan tahap dewa atau tahap cipan, kata adik saya. Sikit-sikit boleh la HTML. Macam favicon blog saya tu, agaknya 2 bulan baru dapat, terkial-kial. Tapi dapat juga, alhamdulillah.

Pro-tajdid, ok saya faham, no-problemo.

Siapa yang menciptakan matahari, Allah yang ciptakan. Siapa yang menciptakan malam, Allah yang ciptakan. Siapa yang menciptakan teknologi? :)

ow wow! xtersangka sungguh..
tp mmg xpernah bminat pown nak usha web camtuh..

Horeeee...segala puji bagi Allah swt.
Akhirnya rasa dan firasat sy terbukti di sini.
Thanx bro, atas prihatin anda!!

@HUMAIRA', eh, rasa dan firasat tentang apa tu?

cayalah tawel. anda memang reti internet

saya setuju sangat.
saya pun tak percaya semua iklan yang nak "duit terdesak" ni(mungkin sebab saya pun seorang peniaga).
tapi orang yang tak pernah berniaga mesti ada yang percaya iklan macamni.
entri ni banyak membantu membuka mata orang ramai agar lebih berhati-hati.
Selamat Berpuasa ^_^

wow! first time baca ulasan pasal screenshot dan gambar testimoni.. bagus betul. at least ada jugak org nk share info. saya mmg byk tengok killer ad tp jarang2 ada org nk komen lah. terima kasih sekali lagi.

Terima kasih atas penilaian yang dibuat. Ianya banyak membantu bagi newbies yang sedang mencari peluang.

BK

saya mengambil posisi tengah...ok...katakan ini adalah permainan yang hanya ingin mengambil wang dari mereka yang tidak bersalah atau yang terdesak...tapi...katakan yang perkara ini adalah betul dan ianya mampu menjana wang...sooo...macamana plak?
kita tak boleh nak cakap banyak...bak kata donald trump..."business are risk...are you willing to take it?"...
then kisah ramai yang tertipu...kiter pernah ker selidik kenapa mereka mengambil jalan sebegini...mungkin memang nak carik hidup senang cara mudah(saper yang tak nak)...mungkin mereka terdesak...hidup kat malaysia nie...kalau setakat gaji seribu dua...memang tak cukup arr...
cuma perlu ingat...kiter perlu sentiasa memohon pada ALLAH supaya dikurniakan harta dan rezeki yang banyak dan melimpah...

Tanpa Nama

salam tawel sensei.
alhamdulillah,penat gak saya menggoogel ttg cemana 'mereka' edit account balance kat maybank2u tu sebab pada org yg agak 'buta IT' confirm pecaya punyer dengan hasil yg kununnya dipaparkan tu.Tapi tu la, camner pulak kita nak tapis satu2 sales page & ads yg mcm tu,yer tak?apa yg sedara buat ni pun dah kira bagus la.
Saya nak tanya satu pekara lagi pasal screenshot kat salespage 'mereka' tu, yang tunjukkan transaction duit banyak2 masuk tetiap hari tu bleh edit gak ke?sebab screenshot tu pun main peranan psaikologi untuk buat orang percaya gak.harap sedara boleh explain.
pasal testimonial rekaan 'mereka' ,tu kalau ada yg pecaya gak, tak tau la.
so,kepada kengkawan yang bebetul tau atau ada info pasal cara buat duit kat internet yg masuk akal, tak mengundang sumpah seranah orang harap boleh la kongsikan.saya nak belajar.

tq.

keheng

Tanpa Nama

salam tawel sensei.
abgreds ada niaga kecil-kecilan. dah terikut gaya org lama, abgreds lebih mesra niaga konvensional. nampak barang. nampak pelanggan. nampak duit. semua depan mata. adapun bisnes internet ni bukan tak betul. tapi banyak jalan nak jadi tak betul. dah semua atas talian. main percaya jer. ish...
buat anak2 muda generasi internet ni, belajar ilmu IT ni sungguh2 ya. pastikan ada kelompok macam tawel and the gang buat research macam ni. abgreds doakan tawel suksess.

Tanpa Nama

salam nk tya la....contoh yg tipu 2 ada x yg nma dia formula duitterdesak.com dia jual webbook.

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.