2008 semakin menutup tirainya. Pada tahun ini wajah Malaysia banyak diwarnai dengan segala rencam isu sosio-politik yang kelakar, misteri, haru-biru, mengecewakan dan boleh bikin panas.
Setelah memerhati dan menapis, maka saya berpendapat inilah 10 ungkapan kata-kata berkaitan senario sosio-politik negara sepanjang tahun 2008, yang tidak wajar untuk kita melupakannya.
1. I am the man in the tape. (Chua Soi Lek)
Apa yang buat saya paling ingat adalah kerana skandal seks itu terdedah pada 1 Januari 2008. Mungkin beliau terlupa bahawa kementerian di bawah jagaannya sering menyeru masyarakat agar setia kepada pasangan dan jangan 'makan luar'.
// Lihat video berkaitan
2. Ini satu ombak baru. (Samy Vellu)
Ayat ini adalah rumusan terbaik kepada natijah Pilihan Raya Umum ke-12. Walaupun ayat itu nampak biasa sahaja, namun apabila ia diucapkan oleh Samy Vellu, segala-galanya akan jadi unik dan menceriakan hari seseorang. Oh ya, jangan lupa juga untuk membaca beberapa lagi kata-kata Samy Vellu yang tidak dapat dipastikan sama ada ia fakta atau mitos.
// Lihat video berkaitan
3. Kami nak Idris, natang. (Penyokong Idris Jusoh)
Perbalahan berlaku apabila Pak Lah mahu mengekalkan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu. Namun Yang di-Pertuan Agong pula mahukan Ahmad Said. Err kejap. 'Natang'? Siapa natang tu? Yang di-Pertuan Agong ke?
// Lihat video berkaitan
4. Korek, korek, korek. (VK Lingam)
Atau pun yang sebenarnya adalah corect, correct, correct. Ayat berkenaan adalah sebahagian daripada perbualan telefon yang menjadi antara skandal terbesar dalam bidang kehakiman negara selepas Krisis Perlembagaan Malaysia 1988.
Namun sampai sekarang, rata-rata rakyat masih lagi tidak tahu kesimpulan hakiki isu video VK Lingam ini. Siapakah dalang sebenarnya?
// Lihat video berkaitan
5. Cakap sekarang siapa Babi Negara!? (Khairy Jamaluddin)
Inilah dia akibatnya bila api dilawan api. Ahli Parlimen Rembau ini (UMNO) menggunakan akronim PKR kepada Projek Khinzir Raksasa yang merujuk kepada projek ternakan babi bersepadu di Selangor. Mahfuz Omar (PAS) pula kemudiannya mengatakan bahawa yang sebetulnya ialah Projek Babi Negara, atau PBN.
// Lihat video berkaitan
6. Insya-Allah tidak lama lagi kita tetap bertapak di Putrajaya. (Anwar Ibrahim)
Ini adalah kata-katanya yang mutakhir ketika Kongres PKR ke-5 yang berlangsung baru-baru ini berkenaan misi penuh misteri beliau untuk menawan Parlimen.
16 September tiada apa terjadi. Kemudian diajaknya Pak Lah untuk melakukan sidang Parlimen tergempar pada 23 September untuk mendedahkan nama-nama ahli Parlimen yang akan melompat itu; namun Pak Lah menolaknya. Lalu apabila Parlimen dibuka semula pada 13 Oktober, tiba-tiba pula nampak macam sudah tak jadi. Kalau tak jadi, kata tak jadi; tiada orang terus menanti. Bukankah itu lebih baik?
// Lihat video berkaitan
7. Kita tidak minta, kita tidak mencari; dia hantar. Serupa you juga kalau orang [bagi] sedekah, you tak nak terima ke sedekah? (Zul Hassan)
Ini adalah tentang skandal 'sedekah seks' yang melibatkan beberapa anggota kerajaan negeri Perak. Yup, sebenarnya seks memang boleh jadi satu sedekah sekiranya yang memberinya itu adalah dari pasangan yang sah. Cuma dalam kes ini, wanita China itu bukan isteri beliau!
// Lihat video berkaitan
8. Wallahi, wabillahi, watallahi. (Saiful Bukhari)
Inilah dia sumpah laknat yang paling menggemparkan negara sehingga beliau tersasul-sasul sepanjang majlis di Masjid Wilayah. Sumpah ini dibuat sehari sebelum hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang ditandingi oleh Anwar Ibrahim.
Namun selepas bersumpah, cerita tentang Saiful lenyap macam asap dalam tempoh yang agak lama lah juga; sehingga timbul cakap-cakap orang bahawa Saiful telah lumpuh, mendapat penyakit kelamin malah telah pun meninggal dunia gara-gara dimakan sumpah. Namun beliau menafikannya.
// Lihat video berkaitan
9. I can tell you the food is worst err..maybe similar to dog food. (Teresa Kok)
Siapa dan apa pun budaya kita, sikap merendah-rendahkan makanan jangan dilakukan. Tindakan Teresa yang pada mulanya mahu menyaman Utusan Malaysia kerana menyebarkan fitnah, akhirnya telah memakan diri sendiri apabila rakaman berita TV3 telah mengantoikannya.
Melainkan anda dihidangkan lauk basi dan nasi bercampur pasir seperti mana yang diterima oleh Allahyarham Ahmad Boestamam, maka tak payahlah bising sangat tentang isu makanan andaikata anda ditahan di bawah ISA (moga-moga dijauhkan!).
// Lihat video berkaitan
10. Saya rasa Samy Vellu yang beri anugerah ini kepada saya. (Shah Rukh Khan)
Ini tentang isu penganugerahan darjah kebesaran yang membawa pangkat Datuk kepada Shah Rukh Khan. Hoho, Ali Rustam punya kerja, Samy Vellu juga yang dapat nama dahulu! Namun jangan risau, nama Ali Rustam masih tetap disebutnya.
// Lihat video berkaitan
10 Ungkapan Sepanjang 2008 yang Mesti Anda Tahu
Label:
politik
Untuk mendapatkan entri-entri terkini pada masa akan datang secara automatik, langgan blog ini secara e-mel atau pun RSS. Atau boleh juga melanggan melalui fungsi Blogspot itu sendiri.
Langgan:
Feed entri ini
14 Komen • Tambah Komen↴
Salam perkenalan. Kali pertama komen disini walaupun sering berkunjung. Hebat topik Tawel Sensei kali ini. Bikin sy gelihati. :)
Hmm, terasa macam membaca the Sun versi Melayu pulak. Sangat tabloidy, ;)
Huhu..hebat.. dapat kumpul :D
kali pertama juga memberi komen di sini...suka akak membaca blog adik tawel ni,versatile dan topik topiknya merangkumi citarasa akak.
@Eriyza, salam perkenalan juga. Hehe topik kompilasi saja. Tak adalah sehebat mana :)
@AA, tabloidy ke? Amacam, boleh lawan The Sun tak? Hehe.
@HETTY, terima kasih untuk komen yang pertama. Saya taraf adik ye? :)
tuan rumah sosialis erk???
hehehe ... dunia politik memang gitu ...
hahahaha.....hahahaha.....hahahaha...
teringat kata-kata samy vellu pada sorang wartawan kat tv3 suatu ketika dulu.Bila diberitahu bahawa orang ramai marah dan tidak suka kadar tol naik, katanya " saya tahu semua orang tarak suka samy velu, tuhan tarak suka samy velu, hantu pun tarak suka sama samy velu "...ngeiiihh...
Tapi kata janji tentang 'kerajaan baru' tu buat hati saya sungguh pilu...
kalau padi katakan padi
tidak hamba tertampi-tampi
kalau jadi katakan jadi
tidak hamba ternanti nanti
Kari gelama dari Penanti
buat santapan Tuan Telanai
sudah lama hamba menanti
janji tuan tidak tertunai...
alahai..alahai..
Senario politik di Tanah Boleh sekarang seolah-olah kita melihat finalis-finalis pertandingan Raja Lawak. Apabila kita baca semula apa yang mamat-mamat & minah-minah ni ucapkan, terus kita boleh simpulkan mereka ada bakat menjadi pelawak terkenal mengalahkan Nabil mahupun Rowan Atkinson.
Tetapi kadangkala masalah ini berpunca daripada (kebanyakan) kita yang tidak berhati-hati dalam memilih dan mengangkat pemimpin.
Maaf cakap, tetapi only monkeys elect monkeys. (Ya, saya si penulis komen ini pun ada juga saham saya). Selagi rakyat tidak insaf atau tak ambil kisah, selagi itu kita berpemimpinkan/berketuakan Raja-raja Lawak ini.
salam,
tahun ni bagi saya memang pelik dan ganjil.
:D
petikan kata2 mereka yg dipaparkan boleh menggambarkan suasana tahun 2008 yang bakal dah nak tamat~
:D
TAHNIAH !!! Anda terpilih untuk kategori : SIHAT , KULIT BERSIH , GIGI BAIK & CUKUP UMUR ... Anda akan diambil dari rumah ...Nantikan kami Jawatankuasa Qurban Masjid Berhantu ... GOTCHA , SALAM AIDILADHA ... heheh
klu nk kad ry , meh dtg amek kt istana berhantu beta ...
tawel....kenapa dah tak boleh klik pada 'beberapa lagi'dari samy velu tu ?...tak tunjuk tak pe tulisan akak ni sebab bukan komen...just nak tanya sebab tak tau nak tanya tawel camana....sori ya...tapi yang akak tanya tu jangan tak jawap...
@ummuhanah, eh tak boleh ke? Saya boleh saja klik.
shah rukh khan pandai cakap itu bahasa melayu kaa? ;D
wah... refresh sepanjang tahun...
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.