Membaca kisah pertunangan Noraimi Ghazali, 22 tahun, dengan jejaka pilihannya Tuan Azman Tuan Ludin, 31 tahun, iaitu seorang suami yang disimbah asid oleh isterinya gara-gara ingin berpoligami membuatkan saya tersentak.
Saya berjumpa lagi dengan kejijikan dan kejelekan sifat orang-orang Melayu yang rata-ratanya beragama Islam.
Jika anda bertanya pendapat saya tentang kisah itu, saya kagum dengan gadis yang sebaya umurnya dengan saya itu. Dia jatuh cinta pada lelaki itu bukan sebab paras rupa.
Katanya, dia jatuh cinta kerana kagum dengan ketabahan tunangnya itu menghadapi musibah - yang mana ia adalah musibah yang agak berat untuk ditanggung oleh kita semua.
Dia disimbah asid oleh isterinya, mukanya dan separuh badannya cacat seumur hidup, dan kecacatan itu pula adalah sangat-sangat mengerikan. Kemudian, bekas kekasihnya yang ingin dijadikan isterinya nombor dua lari meninggalkannya kerana takut dengan perubahan fizikal yang telah berlaku pada Tuan Azman. Ya, wanita itu jenis yang memandang paras rupa.
Apa yang saya ingin bawa kalian berfikir adalah sifat orang Melayu kita yang suka sangat mengumpat dan mengutuk pada perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Mengapakah kita perlu untuk mengumpat dan mengeji pertunangan Noraimi dan Tuan Azman itu sebagai pertunangan Beauty & The Beast? Mengapa dicaci jejaka pilihan Noraimi itu? Apakah mereka telah melakukan dosa dan kemungkaran dengan bertunang dan seterusnya ingin mendirikan masjid itu?
Inilah sifat sebahagian orang Melayu kita - suka mengumpat, mengeji, dengki dengan orang lain dan lain-lain lagi. Entah sejak bila orang kita ini suka memandang paras rupa dan harta dalam menilai buruk baik seseorang itu. Ini adalah realiti dan sekarang ia telah menjadi budaya masyarakat Malaysia! Ini semua adalah budaya zaman Jahiliyyah.
Kita mungkin akan mencapai taraf negara maju dalam masa kurang 15 tahun. Ya, kita mungkin maju dari segi materialistik, tapi dari segi mentaliti, kita mungkin perlukan masa 1000 tahun untuk mencapai mentaliti rakyat negara maju.
Saya malu dengan sikap orang kita yang suka mengeji.
---
Boleh baca keratan akhbar di:
- Harian Metro Online
Cinta Noraimi & Tuan Azman
Label:
artikel rojak
Untuk mendapatkan entri-entri terkini pada masa akan datang secara automatik, langgan blog ini secara e-mel atau pun RSS. Atau boleh juga melanggan melalui fungsi Blogspot itu sendiri.
Langgan:
Feed entri ini
3 Komen • Tambah Komen↴
kita hanya boleh berkata MUNGKIN...mungkin tuan azman tu memang bersalah atau silap berkomunikasi dengan isterinya,sebab itulah isterinya mengambil tindakan,nak diajak bertumbuk...azman guru tae kwon do...makwe yang lari tu pun apa salah dia? dia punya pilihan, kalau wajah dah berubah,nafsu dia pun berubah juga...belum nikah lagi,terpulang dialah nak blah...yang gadis ketiga ni pulak tentu ada sebab dia sendiri. macamana pun azman toksah banyak bunyilah,tumpang ada yang ndak tu syukur sajalah,nanti cakap banyak lari pulak dia melepas....
Thx utk komen. Saya ada letak artikel ni di Tranung Kite Online. Memang banyak komen, tapi semuanya hentam saya .
Boleh baca artikel saya dan komen-komen tersebut DI SINI.
Saya dah komen pada pemberi-pemberi komen tersebut. And most of them missed my important point: Bersangka baik pada tempat yang sesuai.
Allah knows best.
Allah knows best .. makanya saya rasa kenyataan anda " Ya, wanita itu jenis yang memandang paras rupa." is NOT WORTHY. Manalah you tahu sebab musabab calon #2 tak jadi tu sebenarnya. Mungkin juga dah tau beberapa fakta negatif mengenai TA seperti tak berpuasa dan ajak kawan makan kat rumah dan suruh isteri #1 (dulu) masak - as in MASTIKA.
so jangan le salah sangka kepada semua pihak yg terlibat.
nak poligami senang, nak ikut puasa pun tidak ... ehhh kut laki aku jenis camtu ... hot jugak beb.
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.