Aku pergi bersama Farid dan Raja. Aku bertolak dari rumah kira-kira pukul 10:20 malam tadi. Ingat mahu mengambil bas 16A sebelum pukul 11 malam. Harapan musnah. Bas 16A terakhir sudah bertolak pukul 10 malam. Bas berikutnya pukul 10:55 malam hanya sampai ke Santry sahaja. Sudahlah waktu ini keadaan langit agak muram dengan menumpahkan air dalam keadaan renyai-renyai.
Masih teragak-agak sama ada mahu tunggu bas atau naik teksi, akhirnya teksi dipilih. Tak sanggup nak tunggu lama-lama. Sudahlah hujan. Sejuk pula. Tapi sebab teksi yang dipilih, terpaksalah mengeluarkan duit lebih sikit.
Pemandu teksi yang kami naiki berasal dari Nigeria. Memang peramah. Sudah berkahwin dan ada 4 orang anak. Nama dia Kela. Harga tambang 27.60 Euro. Mahalnya...tapi tak apalah.
Aku tulis blog ini sebab aku sedang dilanda kebosanan menunggu selama 7 jam. Aku tidur di Dublin Airport malam ini. Nasib baik di sini ada Wireless Broadband. Terima kasih kepada eircom, sumber jalur lebar anda.
0 Komen • Tambah Komen↴
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.