Back to home page

Tweet-tweet

    Tentang Blog Ini

    ...lebih bersifat komentar tentang isu sosial. Blog ini jarang ada entri baru. Ada masa, aku tulis. Tak cukup masa, aku tak tulis.
    Oleh Tawel SenseiHubungi

    Hembusan boleh dilanggan secara
    e-mel atau pun RSS. (?)


    Memaparkan catatan dengan label kebab. Papar semua catatan
    Memaparkan catatan dengan label kebab. Papar semua catatan

    Sepanyol XVIII: Jalan Elvira

    30 April 2005 • 0 Komen
    Sebenarnya sebelum kami pergi ke tempat peninjaun tersebut (sila rujuk pos sebelumnya), kami telah mengambil kira keadaan dan situasi perut kami. Sejak pukul 12 tengahari tadi, hanya kebab dari Rambla Rawa (sila rujuk pos Rambla Rawa) yang menjadi santapan. Selepas itu, sehinggalah tiba di Granada ini, tiada satu apa pun yang kami makan. Jadi, perut mesti diisi terlebih dahulu.

    Kami sebenarnya secara tidak sengaja terjumpa dengan kedai makan halal di Granada ini ketika tersesat mencari-cari tempat peninjauan itu. Niat yang kami pasang, makan biskut sahaja sudah cukuplah sebagai pengalas perut malam itu. Tapi, sebab sudah terjumpa, nafsu kami terhadap biskut itu sudah terpadam - ibarat api yang disimbah air.

    Aku ternampak satu papan tanda yang bertulis Rasheed Ahmed Comida Pakistani. Aku jangka di situ ada jual kebab halal. Kami memasuki lorong kecil yang menuju ke kedai itu. Lorong ini tidaklah sebesar mana, tetapi ia sudah cukup bagi membolehkan sebuah lori ikan kecil melaluinya. Jalannya pula dibuat daripada susunan batu-batu bersaiz sederhana. Lorong ini sebenarnya agak malap. Hanya lampu-lampu jalan yang berwarna kuning menjadi penerang lorong ini. Kalau kedai-kedai yang ada di sini sudah pun ditutup, pasti makin gelap dan sunyilah lorong ini. Kami sekadar berharap kedai-kedai itu tidak ditutup awal.


    Di sinilah kami memakan kebab pakcik Pakistan itu. Sedap!


    Di bahagian hulu jalan ini, pengunjung dapat berjumpa dengan beberapa buah kedai halal. Tapi aku tidaklah pula pasti adakah ia akan berterusan sehingga ke penghujung lorong ini. Lorong itu agak panjang sehingga aku tidak dapat melihat penghujungnya.

    Kedai itu seperti yang dijangka. Memang kedai kebab. Kedai kebab itu dimiliki oleh seorang lelaki berbangsa Pakistan. Aku bertanya kepadanya sama ada dia boleh atau tidak berbicara dalam bahasa Inggeris. Dia menjawab: 'Bolehlah sikit-sikit'.

    Maka kami pun memesan makanan dalam bahasa Inggeris. Agak murah kebab yang dijual di Sepanyol ini. Baik di Barcelona dan di Granada. Kalau tidak silap, satu kebab biasa berharga 3 Euro (RM 14.50). Aku beli 2 kebab special. Satu makan malam ini, dan satu untuk esok pagi.

    Kebab yang dimasak oleh pakcik itu agak berbeza. Ada telur goreng yang turut menjadi inti kebab itu. Tidak pernah aku makan kebab yang ada telur goreng ini. Kami menunggu dengan penuh sabar. Tapi aku rasa, pakcik itu masak kebab agak lambat. Mungkin itu sekadar perasaan. Maklumlah, dah lapar. Kami menunggu dengan penuh sabar.

    Sewaktu menunggu itu, kami melihat ada beberapa orang yang memasuki kedai itu. Tapi nampaknya, mereka semua bukanlah mahu memesan makanan. Mereka nampaknya ada urusan dengan pakcik itu. Aku tidaklah tahu apakah gerangan urusan itu kerana mereka berbual dalam Spanish. Kami terus menunggu dan menunggu buat beberapa minit lagi. Kemudian ada seorang gadis remaja yang memasuki kedai itu.

    Berdasarkan tingkah-laku dan perbualannya dengan pakcik Pakistan itu, aku kira dia adalah anak kepada pakcik itu. Aku menolak kemungkinan dia adalah isteri pakcik itu kerana gadis itu kelihatan masih belasan tahun. Pakcik itu pula kelihatan seperti awal 50-an.

    Bosan menunggu, aku keluar dari kedai itu untuk melihat-lihat lorong itu. Waktu itulah aku menyedari yang kami berada di Jalan Elvira. Perkataan 'Jalan Elvira' diukir cantik pada beberapa kepingan mozek yang dilekatkan pada dinding sebuah bangunan. Ada 3 buah kedai lain yang ada di sekitar Rasheed Ahmed Kebab. Kelihatannya seperti kedai runcit. Aku tidak masuk kerana pemilik kedai itu nampaknya sudah mahu menutup perniagaannya pada hari itu.

    Setelah kebab siap dimasak, kami makan di situ juga. Selesai makan, kami bertanya kepada pemilik kedai itu di manakah kedudukan kami di dalam peta bandaraya Granada. Alamak, dia tidak faham pula pertanyaan kami. Memanglah dia sekadar 'boleh sikit-sikit' berbahasa Inggeris. Pakcik itu kemudiannya memanggil anak perempuannya yang ada berdekatan dengannya. Kami harap anaknya itu dapat berbahasa Inggeris dengan baik.

    Bapa borek, anak rintik. Lagi teruk dari bapanya. Satu apa pun dia tak faham Inggeris. Aku mengambil jalan lain. Aku menunjukkan peta bandaraya Granada dan cuba membuat bahasa isyarat: 'Di manakah kami di dalam peta ini?'

    Aku terasa seperti sedang berlakon pula dihadapannya. Kalau tidak ada 2 kawan aku yang lain itu, tentu aku sudah tersipu-sipu malu. Tapi akhirnya, berjaya juga kami setelah aku teringat nama jalan kami berada ini. Aku bertanya 'Elvira?' sambil menunjukkan peta itu. Dia faham. Tapi dia macam tidak faham baca peta pula.

    Memang banyak masalah. Kira-kira 3 minit, barulah kami faham dan dia pun faham kami. Setelah kami tahu kedudukan tepat kami, kami keluar untuk pergi ke tempat peninjauan itu.


    Kedai halal berdekatan.



    Juga sebuah kedai halal.



    Kedai halal juga.

    Kalau lapar di Granada, carilah Jalan Elvira.
    ¶ Teruskan membaca entri ini »

    Sepanyol VIII: Rambla Rawa III

    03 Februari 2005 • 0 Komen
    Lama berjalan tak jumpa-jumpa juga. Mana kau ni Rambla Rawa?

    Kedai-kedai Pakistan yang jual daging halal dah mula kelihatan. Tapi batang hidung Rambla Rawa tak nampak-nampak jugak! Tiba-tiba..

    Tiba-tiba ternampak satu kedai kebab halal di sebelah kiri. Semestinya bukan Rambla Rawa. Macam mana ni? Nak masuk tak nak?

    Bincang punya bincang, inilah keputusannya... Pedih, tetapi perlu diterima.

    Tak jadi pergi ke Rambla Rawa. Makan di kedai yang dah terhidang di depan mata. Lain dicari lain yang dapat! Aku pesan 2 kebab saiz besar - untuk makan malam ini dan esok tengahari. Kebab saiz besar berharga EURO 4 (kira-kira RM20). Aku tak makan di situ - semestinya takeaway.

    Selesai beli kebab, terus pulang ke hostel untuk mengambil beg dan terus bertolak ke Barcelona Railway Station. Malam ni keretapi ke Cordoba bertolak.

    Mesti tension kan kepada siapa-siapa yang baca episod Rambla Rawa ni. Tapi nak buat macam mana. Kepada yang nak pergi Sepanyol bila-bila nanti, carilah Rambla Rawa. Jangan biarkan api perjuangan ini padam! Sebagai penutup episod Rambla Rawa, tengoklah gambar kedai kebab yang aku singgah malam terakhir aku di Barcelona.


    Inilah dia kedainya.. Kashmir Donor Kebab!
    ¶ Teruskan membaca entri ini »