Back to home page

Beli Buku

02 Ogos 2009 • 17 Komen Cetak Chenta!
Semalam saya tersinggah ke Pesta Buku Selangor di Kompleks PKNS. Cadangnya tidak mahu membeli buku, tapi akhirnya terbelilah pula New Malaysian Essays 2. Dapat diskaun RM4 dan sebuah buku percuma Lawan Tetap Lawan. Ada 10 esei yang dimuatkan dalam edisi kedua ini. 9 dalam bahasa mat saleh. 1 dalam bahasa mat melayu.

gambar buku
Lawan Tetap Lawan agak menarik juga. Ia mendokumentasi secara ringkas beberapa 'perhimpunan haram' yang pernah terjadi di negara kita. Antara perjuangan rakyat yang disentuh di dalamnya adalah seperti Mogok Utusan Melayu, Peristiwa Baling, Tol Cheras, Anti Radioaktif Bukit Merah, Peristiwa Wabak Nipah dan Reformasi.

Oh ya, perhimpunan haram rakyat Tanah Melayu bagi membantah Malayan Union* tiadalah pula terdapat di dalamnya.

Ok, mahu pergi membalut buku!
---

*Perhimpunan ini adalah haram kerana tidak mendapat permit dan permisi daripada penguasa British dan dikhuatiri ia akan mengganggu para peniaga cendol, tapai pulut dan rojak pasembor di tepi jalan.

17 Komen Tambah Komen↴

Cam best jer buku tuh.
Rajin membawa Tawel Sensei ni.

Bolehlah pinjam ye nanti. :D

Terima kasih kerana menyokong!

kat syarikat ape ko beli. aku pun nak beli gak..

Awanama

hahahaha....kelako sungguh budak tawel ni....dlm dok cerita pasal beli buku sempat lagi ditonyoh 'kepala depa' tu...

memang tak tau asal usul 'depa tuh'...sapa sebenarnya yg ajar berdemonstrasi ni ??...berkabung lilit kain putih kat songkok dulu tu sapa ??
...tapi bila kita demonstrasi hari ni disemburnya...bila lilit kain merah kat kepala direntap kasar.... mabuk !!! oppsss maaf, teremosi pulak akak....pedih mata ooo, geram betol polis kepala merah tu.

@Eriyza, rajin balut buku je :)

@Erina, boleh saja. Berapa helai halaman buku tu nak pinjam?

@Amir Muhammad, kasih diterima!

@Tanpa Nama, lupalah nama syarikatnya. Redah saja la malam ni kalau masih sempat.

@Ummuhanah, tu la. Siapa suruh ikut perhimpunan haram bantah ISA tu. Itu kan bukan budaya kita. Lain kali ikutlah perhimpunan halal macam yang dianjurkan oleh UMNO di Komtar bagi membantah penghapusan DEB oleh gerombolan Guan Eng. Pasti tak memedihkan mata di sana!

Abang tawel. Nak pinjam. :D

@Syafik, macam yang dijawab kepada Erina: Mahu pinjam berapa helai?

P.S. Oit, adakah Edisi 1 milik si Ira ada bersamamu? Hehe.

@Ummuhanah, saya geram pada mereka. Kalau la mereka itu semut, dah lama saya picit-picit sampai lumat.

@Syafik, kita share beli nak tak? Pakcik Tawel kemut. (harap dia tak tau kemut tu apa)

Pukul anak sindir ayah dan bonda ya Tawel Sensei :) Demo-demo ni rasanya memang sudah budaya manusia sejak dulu lagi. Kalau disekat, bermakna melawan fitrah barangkali. Dah kalau fitrah, apa yang disekat, makin menjadi-jadi. Ke guane :)

Nak ajak Tawel Sensei dan semua satu kempen - Ramadhan Zero Defect, detail di blog saya ya.

Salam Tawel,

Hari tu kak su pegi PKNS, semua gerai baru nak susun buku. Tak ada peluang kak su nak membelek sakan. Sudahnya balik dgn tangan kosong. :(

Err... bila dgr je perhimpunan bantahan atau yg berbau politik, kak su mmg gayat nak join. Bimbang kalau terpenyek di celah org ramai. Dah le perempuan, kecik pulak.

salam...

rajin nyer balut buku.... neway tahniah krana menyumbang mnaikkan statistik pmbacaan buku rakyat m'sia.. :D

Hahaha! NME 1 masih lagi menerawang dalam maktab saya. Budak-budak ni excited baca pasal Clementino Kulup Saharil. Hehe. Nanti saya kirakan berapa helai awak nak pinjam eh? :D

@susu dan biskut, helai dibalas helai. Jika 10 helai NME1 yang dipinjamkan, maka balasannya adalah 10 helai NME 2 daripada saya juga ya?

Salam ramadhan encik tawel:)

Salam ramadhan tawel..

gua ada dengar itu buku Gedung Kartun KDN sudah serbu...itu buku pun panas, macam anwar punya buku jugak..

Slamat Merdeka!

ni kenapa lama tak update ni...

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.