Back to home page

Hari Merdeka

30 Ogos 2006 • 8 Komen Cetak Chenta!

Akhbar dan TV

Saya dah beberapa hari tak buka akhbar online Malaysia. Bukan apa, malas nak tengok dan baca. Sejak akhir-akhir ini, saya rasa macam orang bodoh bila baca berita-berita yang disajikan oleh akhbar kita. Saya merujuk kepada akhbar nasional kita iaitu Utusan Malaysia dan Berita Harian. Faham-faham sendirilah apa yang saya maksudkan. Oleh itu, kalau tak nak jadi manusia bodoh dan jumud, jangan hari-hari baca akhbar itu (dan juga TV).

Gambar bendera malaysia di london
Bendera Malaysia yang berkibar di Trafalgar Square, London. Gambar tahun lepas ni.


Bendera Malaysia

Saya tak pernah pasang bendera Malaysia di kenderaan atau pun di luar rumah. Tapi dalam bilik saya ada saya gantung bendera Malaysia. Tapi saya tak dapat terima kalau ada orang kata bahawa kita tidak patriotik dan tiada jati diri kalau tak mengibarkan Jalur Gemilang. Ada banyak sebab untuk orang tidak mengibarkannya.

Ini antara sebab-sebabnya:
Encik K (bukan nama sebenar) - operator pengeluaran
satu bendera rm10. kalau isi minyak rm10 dalam moto kapcai saya, boleh 5 hari ulang alik gi kerja tu.

Ajib - kerani am
saya terpakse ubah gaya hidup saya dengan tak keluar makan tengah hari, alih2 awak suh beli bendera? boleh kenyang tak ni?

Daud - pekerja sukarela
saya carik bendera palestin atau lubnan. tapi tak jumpe. awak ade jual?

Puan Ani - suri rumah
saya dah kibar dah. tapi semalam tercabut kena tiup angin. malas la saya nak beli lagi. baik saya beli gula.

Ramu - pengumpul stem
tahun lepas saya kibar pasal dapat bendera free. ini tahun saya takde dapat bendera free. so saya tak kibar.

Udin sireh - pelajar
minyak turun baru bendera naik!

Ait singh - pekerja kontrak
i am from nepal.

Dipetik dari TKO


Kaku


Lama tak menulis, idea pun tak datang. Terkebil-kebil mata saya depan komputer ini. Oleh itu terpaksalah berhenti dulu di sini :)

8 Komen Tambah Komen↴

dulu aku kat malaysia... aku kibarkan bendera negeri perak mase merdeka..haha

Kau orang perak ke? Aku ingat orang nogori..

Malaysia negara Islam!

Oleh kerana encik tawel-sensei tak baca paper hari-hari, saya nak kongsi sedikit apa dalam paper hari ini.

Suratkabar "Kosmo!" hari ini dalam ruangan sukan. Seorang atlet dengan bangganya mengibarkan jalur gemilang. Saya tak tau sukan apa yang dia masuk dan kejohanan apa yg disertai atau pingat apa yang dimenangi.

Atlet tersebut seorang wanita dan memakai singlet nampak pusat sampai bawah dada. Beliau juga memakai seluar yang saya sanggup pakai di bahagian dalam je.

Itulah dia lambang kemegahan negara islam dan semangat berkobar-kobar bersama jalur gemilang.

Tanpa Nama

Itu tak syahdu lagi encik anonymous. Hari ini semangat patriotik sudah mula diukur dengan aspek luaran. Mat rempit yang mengibarkan Jalur Gemilang di motor kapcai dianggap lebih patriotik dari mereka yang tak mengibarkannya. Bendera itu topeng kepada kemalasan kita untuk memantapkan lagi jatidiri kita.

Yang paling haru sekali, saya pernah dituduh tidak punya jatidiri oleh seorang pakcik jaga yang menjaga pintu masuk di INTEC Shah Alam. Sebabnya? Sebab baju t-shirt yang saya pakai tidak punyai kolar!!

Tapi budak-budak perempuan yang keluar masuk tak pakai tudung dan tak tutup aurat kat situ tak mahu pulak dia sound. Apa nak jadi daa..

susah gak tu kalau semangat patriotik diukur dari apa yang kita pakai. susah tentu kayu ukur itu akan salah dan terpesong jauh.

eh, mfr n mardiah org perak juga ke. me too :)

Hai..orang2 Perak ni ;)

saya orang Pahang ;)

Begitu lah en. tawel...kalau tak tutup aurat takpa! pakai baju takde kolar takde jati diri.

Pakai subang pakai rantai (yg lelaki la) menyanyi lagu patriotik-tak pe.
pakai jubah pakai serban tak gantung bendera-
tak patriotik, lagi teruk,terrorist katanya

Saya dulu pernah kena sound, sebab pegi meeting tak pakai tie. Yang tak tutup aurat masa meeting tu tak la pulak kena sound!

Tanpa Nama

Senasib le kita..

Macam kawan saya pernah kata: Adalah satu golongan ni.. Diorang lagi risau orang-orang yang hisap rokok, tapi orang yang tak tutup aurat tak kisah sangat. Bahasa pasarnya, buat dek aje. Rokok ni, pandangan ulama masih ada khilaf lagi. Ada yang kata haram, ada yang kata makruh (tapi lagi ramai yang kata haram).

Tapi tutup aurat ni memang sah takde khilaf, dan memang sahih termaktub dalam Al-Quran. Tapi tu la..diorang tak kisah sangat.

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.