
Gambar aneh ini ditangkap di pasaraya Giant Seksyen 18, Shah Alam. Sudah nampak apa yang misterinya? Nampak tak yang putih-putih, dan ada warna kehitaman sedikit tu?
Masih tak nampak? Ok, ini dia:

Sungguh misteri! Makin kurang gula, makin mahal jadinya. Hukum ekonomi apakah ini namanya?
Saya ada membandingkan label pemakanan kedua-duanya, dan tiada apa-apa kelebihan bagi jenis kurang gula. Bermaksud: Tiada tongkat ali, kacip fatimah, akar ginseng, sarang burung, spirulina, mahu pun habbatus sauda yang menjadi ramuan tambahan. Ia memang semata-mata kurang gula (justeru lebih murah kos untuk menghasilkannya).
F&N sudah kencing
Tak lama lagi rasanya, kita boleh jumpa produk susu kacang soya 'sihat' yang mengandungi 0% gula, tetapi dijual pada harga sama atau pun lebih mahal berbanding susu kacang soya yang memiliki kandungan gula normal. Minta selisih malaikat empat puluh empat! ¶ Teruskan membaca entri ini »





