Katanya, sudah ada pak khatib yang beri khutbah dengan membaca teks daripada laptop. Kisah ini dihikayatkan kepada kami untuk membuktikan bahawa Islam semakin tekno, maju dan mengikut peredaran zaman di Malaysia.
Para hadirin ramai yang kelihatan teruja; mereka yang lebih naif ada yang sehingga ternganga mulutnya. Saya pula tidak teruja kerana kisah brader tersebut adalah satu contoh paling sengal bagi menggambarkan kemajuan.

Setiap teknologi ada tempatnya yang tersendiri. Mengaplikasikan teknologi pada tempat yang salah boleh menyebabkan kita kelihatan poyo dan kuno; silap haribulan ia juga boleh merumitkan keadaan.
Beberapa bulan lalu ada sebuah majlis besar di Kuala Lumpur yang menghimpunkan para geek di Malaysia. Setiap hadirin yang tiba perlu mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran yang semestinya dijaga oleh geek juga. Menurut kawan saya yang berada di sana, proses pendaftaran ini telah dirumitkan dan dilambatkan dengan teknologi laptop dan Google Docs.
Oh kamu, mengapa tidak mengambil butiran hadirin dengan menggunakan pen dan kertas terlebih dahulu? Bukankah itu lebih mudah dan pantas? ¶ Teruskan membaca entri ini »