Back to home page

Bercuti

17 Julai 2006 • 4 Komen Cetak Chenta!
Saya bercuti. Kalau cuti sepatutnya blog ini tak terbiar. Tetapi malangnya, internet di Malaysia ini amatlah menyedihkan. Saya guna dial-up di rumah macam hidup segan mati tak mahu - terlalu lambat. Saya tak suka menulis di cyber cafe sebab suasananya yang bising. Sekarang ini saya berada di dalam perpustakaan Raja Tun Uda, iaitu perpustakaan negeri Selangor. Tetapi di sekeliling saya ada budak-budak sekolah rendah yang main video game. Shame to this library!! (How can they provide a video game in a library??)

Oleh itu, saya pun tak ada mood nak update blog ini. InsyaAllah bila saya habis bercuti, kerja-kerja akan disambung semula.

Selain itu, oleh kerana blog ini menyentuh isu kontroversi berkaitan Wahhabi, pastinya akan ada perbincangan serta soalan yang pedas dan panas. Dan saya pula tidak memiliki masa dan kelapangan untuk memoderasi segala komen. Oleh itu, saya minta tolong supaya:

1) Tidak melakukan spam komen. Ada seorang pelawat yang membuat komen yang sama pada banyak entri yang saya tulis. Tulis sekali cukup la cik abang sayang. Kalau rasa idea di kepala berlambak-lambak untuk membidas tulisan saya, silalah buat blog sendiri. To delete your spam is just a click away.

2) Ada juga yang tanya soalan itu dan ini kepada saya berkaitan Wahhabi. Katanya mahu saya jawab. Pertama sekali ingin saya jelaskan bahawa anonymous comment akan saya fikir banyak kali untuk layan. Kedua, tolong tanya satu-satu. Kalau dalam satu komen kamu tanya sampai 7 soalan, itu susah untuk kita bincang. Dah tu soalan yang berat pula.

Ketiga, yang paling penting, "Mengapa tanya soalan itu kepada saya?" Nak uji saya atau nak cari kebenaran? Kalau nak cari kebenaran, kamu tak akan tanya kepada saya. Ask the real man, not a layman, dude!

Oh ya, terima kasih juga kepada yang menghantar e-mel kepada saya. Saya tak mampu nak balas dalam keadaan yang tidak selesa sekarang ini. Sesiapa nak link blog ini juga saya alu-alukan.

Allahumma solli ala Muhammad.

4 Komen Tambah Komen↴

Bismillah. Assalamualaikum..

Tawel sensei yang dihormati..
anda telah m'buka satu tajuk yang kontroversi dan menarik, jadi usah marahkan orang bagi komen panjang2 dan banyak. Juga jangan persoalkan orang tanya itu dan ini. Mereka cuma mahukan penjelasan (mungkin?). Usah jadi seperti Protaz2 yang tak mahu menjawab apabila disoal..hmm? :) Mungkin dengan soalan membuatkan kita tambah berilmu?

Harap maaf... sekadar menyinggah dan menjenguk...

Teruskan menulis...

Tanpa Nama

ohh..bertanyalah pada yang tahu.
bertanyalah suatu soalan di tempat yang sepatutnya ditanya.
jangan kau tanyakan nilai udang pada peniaga sayur.mungkin susah untuk peniaga sayur beri jawapan langsung, perlulah dia berjumpa dengan peniaga udang dahulu baru bole beri jwapan.

jgn jadi protaz yang rase diri serba tahu tanpa peduli akibat dari jawapannya bagi apa sahaja soalan yang diberi.

jadilah protaz yang berhati-hati dalam segenap perkara.

mak uda seronok baca blog ananda tawel ni....jangan lah berhenti tulis ..kalao nak guna kemudahan internet di ofis mak uda boleh sebab ofis mak uda ada networking with streamyx...u r free to come to my ofis to use computer facilities at taman melawati...

Tanpa Nama

Assalamualaikum..
Terima kasih untuk segala komen..saya kini telah kembali!!

Apa pun, terima kasih le MFR kerana tolong tengokkan blog ini sepanjang aku bercuti. Sebenarnya Rajmayorta, mereka tanya soalan dalam bab-bab yang dah agak lama. Saya tak mampu jawab semua. Jadi sebab itu lebih baik kalau mereka tanya pada mereka yang lebih mahir dan secara bersemuka. Kalau kita nak tahu cara buat kebab, tanyalah pada pakar buat kebab, tapi jangan tanya pada tukang jahit baju. Tapi malangnya, saya kerap juga berjumpa dengan orang-orang yang bertanya untuk menguji. Tak dapat den nak menolongnya.

Mak uda ni mesti pelawat baru kan. Sori banyak-banyak disebabkan kedormanan blog ini. Apa pun, terima kasih untuk offer tu. Saya sekarang ni dah takde kat Malaysia. Leceh pulak rasa nak kena naik flight semata-mata nak pergi taman melawati tu..hehe :) Gurau aje..

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.