tag:blogger.com,1999:blog-9033812.post1980164934523711381..comments2024-01-23T12:08:21.175+08:00Comments on Hembusan: Nama Barat Saya Ialah RayTawel Senseihttp://www.blogger.com/profile/15831615148514859274noreply@blogger.comBlogger23125tag:blogger.com,1999:blog-9033812.post-62858097135984407452010-07-12T14:05:54.802+08:002010-07-12T14:05:54.802+08:00hai
saya tertarik dgn pendirian saudara dalam pen...hai

saya tertarik dgn pendirian saudara dalam penggunaan 'aku' dan 'saya'.

'Aku' nampak lebih angkuh. Dan berkemungkinan untuk menyelesai masalah akan mengalami kebuntuan solusi. Tetapi, kalau penggunaan 'saya' dalam sesebuah suasana, kehormatan lebih terjaga.

Selamat perjuangkan bahasa kita.

Ps: saya berminat untuk letak RSS jobberies.com di blog ini. Sila hubungi saya

"Segala puji bagi Tuhan semesta alam"Sham Kamarulhttps://www.blogger.com/profile/10779192610741080235noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9033812.post-62973717654851508282010-06-02T00:01:55.105+08:002010-06-02T00:01:55.105+08:00Hi Tanpa Nama,
Mungkin perkara ini awak boleh ruj...Hi Tanpa Nama,

Mungkin perkara ini awak boleh rujuk kepada JPN.. :)

Jam AzanJam Azanhttp://www.jam-azan.comnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9033812.post-657836285918900882009-04-03T10:38:00.000+08:002009-04-03T10:38:00.000+08:00sebenar saya nak tanya cara menukar nama saya dalm...sebenar saya nak tanya cara menukar nama saya dalm ic nama sekarang nora dania arisa bte abdullah saya nak tukar kepada arisa nuraliz bte abdullah bagai mana cara nyaAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9033812.post-21398031184080730912009-01-05T10:50:00.000+08:002009-01-05T10:50:00.000+08:00Tahniah! Sangat mengkagumkan kerana Pemilik blog i...Tahniah! Sangat mengkagumkan kerana Pemilik blog ini telah berjaya menggeletek hati saya dengan gaya penulisan gabungan Bahasa Melayu-Arab.

Contoh: Tajwid Bahasa Melayu ; Bidaah dlln.

Ada sesiapa berminat untuk memartabatkan tuturan ganti nama tersopan?:

Hamba - Patik - Kanda - Teman ( Peribumi Bota)sheikh obamahttps://www.blogger.com/profile/17064324212628926785noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9033812.post-50547967305235821242008-05-29T22:02:00.000+08:002008-05-29T22:02:00.000+08:00assalamualaikum sensei!wah, kali ni cakap pasal ga...assalamualaikum sensei!
wah, kali ni cakap pasal ganti nama diri pulak..best2

kebiasaan saya kat mana-mana adalah kenalkan diri dengan nickname, sebab tak sanggup dengar orang salah sebut nama betul saya. padahal bukannya susah, tapi entahlah, banyak huruf "i" kot, jadi orang terbelit lidah nak sebut. senang cerita kenalkan diri dengan nama "rean" jelaa.

walaupun saya antara manusia yang suka bercakap BM rojak, tapi saya sangat tidak suka menggunakan kata ganti diri dalam bahasa inggeris kalau saya cakap BM. rasa pelik kalau ayat 95% bahasa melayu, lepas tu bahasakan diri sebagai I/You. tak paham apa fungsi nya, supaya nampak lebih hip,kah? sejujurnya, bagi saya, orang yang guna I/You ni dan bertutur dalam Bahasa Melayu kelihatan seperti poser yang sangat tidak best. nak sangat guna bahasa Inggeris, cakap jelaa bahasa inggeris! bukannya kesah pun grammar tunggang langgang. maaf teremosional sikit.

saya usahakan untuk menggunakan kata ganti nama dalam bahasa yang saya tuturkan. jadi walaupun saya minat gila dengan bahasa jepun, kerana saya tak pandai berbicara dalam bahasa itu, saya tak gatal-gatal membahasakan diri "atashi", atau "boku", atau "ore". sebab kalau salah penggunaannya, kita telah mencincang bahasa itu (butchering the language)

akhir kata, majulah bahasa untuk bangsa!kakkumeihttps://www.blogger.com/profile/07513692562251513602noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9033812.post-41585204810092009692008-05-27T03:53:00.000+08:002008-05-27T03:53:00.000+08:00Oh, tulisan yang berbeza dari En. Tawel kali ini. ...Oh, tulisan yang berbeza dari En. Tawel kali ini. Tulisan yang rasanya agak berbeza ' mafhumnya ' @ kefahaman dalam konteks ' sharing of idea ' yang selama ini rasanya tidak banyak ana berbeza dengan En Tawel.

Sebenarnya penggunaan bahasa/ganti nama tiada mempunyai apa-apa masalah melainkan ia akan membuktikan sejauh mana keselesaan, keintiman dan juga proses kebiasaan dalam komunikasi i.e sekolah, institusi, program, tarbiyah dan hasil kefahaman mengapa ia digunakan. Dan ianya jauh dari ' bahasa '. Maksudnya penggunaan Saya, ana, aku, I dalam penggunaan harian biasanya bukan disebabkan ' Oh, aku sekolah arab, pandai bahasa arab ' atau pengkuhusan agama. Begitu juga penggunaan ' I ' dan lain-lain lagi. Biasanya ia natijah kebiasaan, kecenderungan, kefahaman peribadi hasil proses-proses tertentu dan lain-lain.

Namun begitu dalam konteks penulisan samada penulisan di media massa atau elektronik ianya sedikit berbeza.

Semasa menghadiri bengkel-bengkel, seminar-seminar penulisan di Mesir, isu penggunaan pengganti diri dalam penulisan dibincangkan juga.

Dalam penggunaan ganti diri dalam penulisan yang ditujukan kepada umum melalui tulisan di akhbar yang berbentuk 'journal', analisa atau yang seumpama dengannya, kata ganti diri ' Saya ' atau ' Penulis ' adalah paling sesuai dan lebih dekat dengan khalayak dalam erti kata ianya bahasa umum yang dapat menyampaikan maksud tulisan dengan tepat dan ringkas.

Namun sudut pandang manusia akan berbeza apabila menulis dalam penulisan blog kerana penulisan blog sendiri akan berlansung dalam konteks tersendiri bergantung kepada tuan empunya blog. Ada yang mensasarkan kepada umum, ada yang mensasarkan kepada golongan tertentu dan ada yang menjadikannya ia sekadar laman peribadi untuk diri sendiri.

Penggunaan ganti diri dalam blog juga boleh sedikit berbeza kerana ianya merupakan laman kita, atau laman yang dibuka secara personal oleh individu tertentu.

Secara peribadinya, dalam menulis komen, secara umumnya Ana/Saya/Wo/ lebih selesa dengan ' Ana ', bergantung tahap perkenalan atau keintiman dengan pihak yang lagi satu kerana merasakan penulisan komen lebih berbentuk khusus atau santai. Seperti penggunaan harian juga, kita melihat kepada khalayak, situasi, suasana dan proses yang kita depani. Mengapa kata ganti diri tertentu digunakan dalam harian, rasanya ianya sangat fur'iyaah ( cabang ) dan rasanya tidak perlu disebutkan di sini.

Manakala dalam penulisan blog, penggunaan ' Saya ' paling selesa dengan khalayak melainkan kita mensasarkan tulisan kita kepada sasaran tertentu atau kita menjadikan laman tersebut benar-benar laman peribadi kita sendiri dan kita punya matlamat dan tujuan mengapa sesuatu penggunaan kata ganti diri digunakan.

Alakullihal, tidak perlu kita risaukan apa yang akan kita gunakan dan apa yang akan dinilai oleh orang lain seandainya kita sedar, faham dan tahu mengapa kita dan menulis dan untuk siapa kita menulis. Bukankah kerana Tuhan? Sudut pandang manusia tidak usah dirisaukan, kerana kalau anda seorang penulis untuk menggapai matlamat kerana Tuhan dan memahami sasaran adalah lebih utama di dahulukan. Apapun jua dalam setiap inci penulisan blog ( atau lainnya, ) moga-moga tidak membawa kepada cinta dunia, pembebasan kepada nafsu dan perkara harus yang melampau dan fitnah hati. Itu sahaja.

Penulisan blog dan penulisan media massa seperti lainnya merupakan satu proses perjalanan seperti hidup kita juga. Ia akan berkembang sesuai dengan perkembangan tujuan, sasaran dan matlamat yang kita tetapkan.

Konklusinya, ianya bukan masalah besar sepertimana besarnya persoalan ikhlas dan susahnya memupuk ia dalam proses penulisan kita!

Selamat Menulis!

Wallahua'lam.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9033812.post-89837423305060316392008-05-27T01:11:00.000+08:002008-05-27T01:11:00.000+08:00@Convoy, kekadang aku pun rasa kompleks juga dalam...@Convoy, kekadang aku pun rasa kompleks juga dalam penggunaan (aku, saya) dan (kau, awak, anda). Kalau "I" dan "You" senang. Cakap dengan Presiden US, tokei kedai, isteri, kawan, saudara, ahli keluarga, strangers, semuanya boleh guna "I-You". Kita yang Melayu lagi haru. Masuk kedai Cina, guna "Gua-Lu". Masuk kedai India, guna pula "Saya-Aci/Aya". Lidah orang Melayu memang fleksibel..hehe.

Tapi sebelum tu Convoy, ada baiknya kau semak status "I-You" dalam Kamus Dewan. Sebab 7 tahun lepas, aku pernah tengok kata "I" dan "You" ni ada terkandung dalam kamus tebal gedabak tu. Dan benda ni buat aku tertanya-tanya adakah ia bermaksud aku tak perlu buat Italic pada "I" dan "You"?Tawel Senseihttps://www.blogger.com/profile/15831615148514859274noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9033812.post-89687843342423439142008-05-27T00:25:00.000+08:002008-05-27T00:25:00.000+08:00(Harap celoteh aku kali ini relevan)Salaam. Aku (y...(Harap celoteh aku kali ini relevan)

Salaam. Aku (yeah, berubah daripada "hamba"!) tertarik bila baca tajuk entri ini, kena baca dua kali sebab terbaca "Nama saya RAIN!".

Hmm... ana-anta ni selalu digunakan di kalangan bebudak usrah kalau tak salah.. betoi kan? Aku pernah la dengar mereka berbicara sesama mereka. Bila sebut anta tu, dislangkan sikit supaya berbunyi "enta". ENTAhlah, mungkin salah dengar, tapi dalam dunia siber, ianya diringkaskan pula menjadi "N-Ta"!

Biarpun orang ini, kalau berbicara dengan aku, menyebut ana-anta, tapi aku tetap bertegas menggunakan istilah "saya" untuk merujuk kepada diri aku.

Ai, cakap pasal ana-anta ni, teringat pula pada satu artikel yang femes yang bertajuk "CINTA ANTA-ANTI"!

Satu saja yang aku curious sangat. Memandangkan aku ni lelaki yang baik sebab tak bercampur dengan perempuan (kekeke!), maka aku nak tahu jugak, antara bebudak usrah Muslimat ni, bagaimana mereka menyebut istilah "anti"? Sebab bunyinya kan mirip perkataan Inggeris itu? Apakah disebut "enti"? Sesiapa kalau boleh tolong jawab, amatlah dihargai!

Aku ni kalau sembang dengan orang sebaya yang kurang rapat, aku guna "saya", macam kes tadi. Tapi, sebolehnya aku akan mengelak daripada menyebut kata ganti diri kedua ketika berbicara, sebab tak pasti nak address orang itu dengan panggilan apa. Nak panggil "anda", bunyi formal sangat pulak. Nak panggil "awak", bunyi keperempuanan la pulak, haha! Nak panggil "engkau", dah tak sesuai pulak dengan "saya" kan?

Ha... kalau dengan yang rapat dan sebaya (atau jarak umur tak jauh sangat, dan kalaupun dia tua sedikit, tapi dia bukannya senior), maka aku akan guna istilah "aku". Dan tanpa mengira dari negara mana dia berasal, aku akan tetap menggunakan istilah "hang" tanpa rasa segan dan silu. Loghat utara juga digunakan, cuma dilembutkan sedikit agar tidak berlaku masalah komunikasi!

Kalau tak salah, dalam Bahasa Indonesia, peranan "aku" dan "saya" adalah terbalik daripada penggunaan kita. "Aku" untuk yang mesra tapi ada batasan senioriti (macam kita punya "saya"), sementara "saya" pula ialah untuk yang rapat dan mesra (macam kita punya "aku"). Kalau salah, tolong betulkan ya?

Apahal pun, andai Kak su ni orang sana, pasti beliau tak akan ditampar mulutnya andai menggunakan "aku"! Ahaks, jangan marah Kak! Gurau ja nih!

Ah, teringat zaman kanak² waktu masuk Darjah 1. Aku antara yang insist kepada kawan² aku supaya menggunakan "saya-awak" dan jangan sesekali menggunakan "aku-hang". Menjelang Darjah 2, aku sendiri yang melanggar arahan aku itu dan menggunakan "aku-hang"!

Berjela punya intro, macam ahli parlimen la pulak ("Soalan Yang Berhormat!", kata Yang Dipertua Tawel Sensei!

Sebenarnya, aku nak kata, orang yang menggunakan "ana-anta" dan "I-you" ni telah kehilangan jatidirinya dari segi penggunaan bahasa Kebangsaan. Tapi sudah tentu aku akan dicop sebagai ekstrimis dalam pendapat aku ini, jadi aku tak jadilah nak berkata demikian.

Cuma, aku berpandangan, boleh jadi kepelbagaian dan kekayaan bahasa kita dalam cara nak mengaddress (maaf, aku lemah kosa kata BM, tak tahu apa istilah yang tepat dalam BM!) orang, yakni kata ganti diri kita, telah menyusahkan kita balik, dari segi bagaimana dan bila nak menggunakannya. Ada "saya" dan "aku", ada "awak", "engkau/kau" dan "kamu". Lebih senang pula guna "ana-anta" yang kelihatan lebih piawai. Guna "I-you" laaaagi senang! Apakah kalian setuju?

Selain BM, setahu aku, Bahasa Jepun jugak ada perbezaan penggunaan kata ganti diri, bergantung situasi atau siapa yang bercakap. Bahasa apa lagi di dunia ini yang sebegitu ya?

P/S: Ish, setiap kali aku nak taip komentar, memang tak sah kalau tak panjang! Apa kena dengan aku ini ya? :PSaladin Convoyhttps://www.blogger.com/profile/10976782921495939462noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9033812.post-25793644312472728232008-05-26T20:35:00.000+08:002008-05-26T20:35:00.000+08:00@Ummusaif. Salam siber juga. InsyaAllah blog ini t...@Ummusaif. Salam siber juga. InsyaAllah blog ini tidak akan rojak bahasanya :) Terima kasih juga kepada yang lain atas komen yang diberikan.Tawel Senseihttps://www.blogger.com/profile/15831615148514859274noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9033812.post-16696587344425020302008-05-25T06:20:00.000+08:002008-05-25T06:20:00.000+08:00Salam siber.Sebagai seorang pencinta bahasa, bm da...Salam siber.Sebagai seorang pencinta bahasa, bm dan bi, saya berasa blog-blog yang menarik dan bermutu spt blog ini dapat memupuk minat membaca secara tak langsung.Inilah sebenarnya kelemahan bangsa kita, tidak minat membaca bila dah lulus periksa.Tahniah,saya harap blog ini tidak merojakkan bahasa.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9033812.post-8082240863392896392008-05-24T10:19:00.000+08:002008-05-24T10:19:00.000+08:00salam`alayk~Sejak berkunjung ke blog ini, Bahasa M...salam`alayk~

Sejak berkunjung ke blog ini, Bahasa Melayu saya semakin baik (kredit untuk Mr Ray) sehinggakan bahasa perbualan saya pun semakin skema! ;)Nooreenahttps://www.blogger.com/profile/02227702021044596772noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9033812.post-57328640952210240542008-05-23T10:26:00.000+08:002008-05-23T10:26:00.000+08:00Kamek tu maknanya SayaHihi.. lebih sesuai guna 'ka...Kamek tu maknanya Saya

Hihi.. lebih sesuai guna 'kamek' bila berbual dengan keluarga, saudara, orang tua dan mereka yang berlainan jantina. Agak janggal bunyinya bila 'kamek' digunakan pada perbualan dengan kawan-kawan rapat dan kawan yang sekepala. Di sini perkataan 'aku' yang releven. :p

Saya salu mai sini naa.. cuma jarang jaa drop mesej. :)Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9033812.post-28472279629818467382008-05-23T01:00:00.000+08:002008-05-23T01:00:00.000+08:00@Safira dan orang-orang Sabah/Sarawak yang lain, a...@Safira dan orang-orang Sabah/Sarawak yang lain, alamak jangan terasa naa kalau saya buat generalization sebab saya tak pernah ke sana, apatah lagi bermastautin di negeri yang kaya dengan pokok kokonya itu.

Tapi saya tak rasa kalau pelajar di Sabah menggunakan 'aku' bila bercakap dengan gurunya, maka itu melambangkan tanda kurang hormat. Kalau cik Suara dipukul mulutnya kerana membahasakan diri sebagai 'aku' dengan kakaknya, tapi saya selamba aje guna aku-kau dengan kakak yang paling hampir umurnya dengan saya. Jadi, bergantung di tempat mana kita berada ;)

@Yondie, semantically did you mean nsandi?

@Ummuhannah. I am Ray. Ray Fanning. And Rahman is not my real name.

@good_girl, nama Rain agak jambu. Tak sesuai dengan watak saya yang gagah perkasa.

@Halim. Yaa Wa'alaikumussalam. Memang lama dah tak mai jenguk kamek di sini. Antara kamek vs saya vs aku, yang manakah orang Sarawak gemar?Tawel Senseihttps://www.blogger.com/profile/15831615148514859274noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9033812.post-64297628036875612662008-05-23T00:14:00.000+08:002008-05-23T00:14:00.000+08:00salam..petikan diambil dari artikel ni"...mereka d...salam..
petikan diambil dari artikel ni"...mereka dengan santainya berkata, "cikgu, aku mahu ke tandas"

admin..hanya nak membetulkan sedikit..sepanjang ana hidup di sabah dan bersekolah disini tidak pernah ana dengar rakan2 ana mahupun ana sendiri mggunakan kata ganti diri nama 'aku'untuk ke tandas dan ucapan begitu boleh diucap dengan "santainya"...

mmg tidak dinafikan terdapat ucapan sebegitu dalam kehidupan(tak formal mahupun formal) seharian di sabah..namun itu tidaklah merujuk kepada semua penduduk sabah..(pelajar)

dan pada penafsiran ana..admin kurang jelas ttg ini..kebanyakan yg mggunakan kata ganti diri "aku" adalah mereka yg tinggal jauh sikit dari kawasan bandar kerana mereka mungkin tidak terdedah dgan adab sebegini..namun tidak di kawasan bandar, yg telah dapat sedikit pendedahan :)

maafkan sekadar ingin menegur..kan lagi elok kalau admin tulis " terdapat "segelintir" anak muridnya yang mahu ke tandas...( tidak merujuk kepada anak muridnya yang tidak berkata begitu)dan tafsiran ana untuk "mereka dengan santainya"..pggunaan "mereka" itu tidak sesuai.. kerana seperti ana kata tidak semua berkata begitu.. "Mereka" di sini adalah termasuk anak murid cikgu admin yg tidak berkata begitu..ana rasa tak adil untuk berkata begitu..ianya seolah olah mggambarkan pelajar sabah tak hormat pada gurunya...

admin tidak dipersalahkan kerana admin tidak tahu bagaimana situasi pelajar di sabah..cuma sebagai anak jati sabah..ana berasa sedikit terkilan..sebab bila org baca artikel ni mgkin mereka akan berfikir bagaimana adab pelajar sabah dan serawak...

namun syabas ana ucapkan untuk kelantangan admin membahaskan pggunaan kata ganti nama yg dialih ke arab...masing2 mgkin ada cara tersendiri membahaskan diri dan mgkin mereka selesa gunakan bahasa arab untuk membahaskan diri..macam ana..sebab bagi ana..Tak kenal maka tak cintA..

maaf kalau berlebih..
salamAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9033812.post-19906519949761156852008-05-22T23:30:00.000+08:002008-05-22T23:30:00.000+08:00Assalamualaikum Tawel,Lama dah tak curah komen kat...Assalamualaikum Tawel,

Lama dah tak curah komen kat blog Tawel ni. :)

Benar tu! Dalam kita membincangkan isu-isu Islam tidak semestinya kita perlu mengArabkan untuk kata ganti nama diri kita.

Pada pendapat saya, dalam penulisan blog ni ada orang menggunakan ganti nama diri :

'Aku' = kerana mereka menganggap bahawa gaya penulisan mereka hanyalah bersahaja (ala sempoi), tidak perlu menggunakan tatabahasa yang berbelit-belit dan mudah untuk disampaikan.

Dari permerhatian saya kebanyakkan mereka menggunakan kata ganti nama 'Aku' ni gemar mencerita hal kehidupan seharian dan hasil pemerhatian di dalam blog-blog mereka. Dan penulisan mereka juga kekadang hanya tertumpu kepada rakan-rakan yang telah mengenali dengan cara atau 'style' mereka.

'Saya' = lebih mesra untuk didengar dan berbudi bahasa. Kebanyakkan mereka menggunakan kata ganti nama 'Saya' ni lebih cenderung untuk menulis artikel-artikel berbentuk informasi dan perkongsian umum.

Mungkin ada yang menganggap kata ganti nama sebegini agak skema bunyinya. Tapi seperti kata Tawel tadi, kita tidak tahu siapakah pelawat/pembaca yang mengunjungi blog kita. Mungkin ada yang lebih tua daripada kita.

Apa pun jadilah diri sendiri di dalam membuat penulisan! Itulah cara yang terbaik.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9033812.post-88283035672094096312008-05-22T21:30:00.000+08:002008-05-22T21:30:00.000+08:00nape x bubuh name barat tu rain...cm iklan kat tv,...nape x bubuh name barat tu rain...cm iklan kat tv,hi..name sy rain.haha.ok je gne ana,anti,anta,antum bla2...tp real life xpnah lg jmpe org basekan diri cmtu...kat blog je ber ie bagai.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9033812.post-12959193249066979842008-05-22T20:58:00.000+08:002008-05-22T20:58:00.000+08:00salam tawel...Di sekolah saya kami dah sebati dgn ...salam tawel...

Di sekolah saya kami dah sebati dgn istilah ana, anta, anti, ukhti maupun akhi..malah saya sendiri dipanggil muallimah..ini mungkin biasa le sebab sekolah agama. Saya juga sebenarnya bukan dari latar belakang sekolah agama namun saya ada mendengar bahasa Arab adalah bahasa syurga, menuturkanya mendapat pahala( mind me if I'm wrong) jadi kalau camtu bagus juga le kalau kita mencuba bertutur dlm bahasa arab walaupun dengan word yg paling minima seperti ana atau anta/anti...betol tak ?angguukk..
...mmm your name is Ray ?? OO my name is Raymond, but you can call me Rayban...and here is my cousin Railway Station..ahak..ahak

MESTI NAMA SEBENAR TAWEL NI RAHMAN..betol tak ?? angguukkAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9033812.post-53407314466371759232008-05-22T17:45:00.000+08:002008-05-22T17:45:00.000+08:00maaf saya nk tegur sikit ttg bahasa sabah tu..di s...maaf saya nk tegur sikit ttg bahasa sabah tu..di sesetengah tempat di sabah ada gunakan 'saya' dan menjadi wajib utk digunakan, jika guna aku mgkn ada tendency utk kena anti..^_^Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9033812.post-43586662406417604092008-05-22T17:08:00.000+08:002008-05-22T17:08:00.000+08:00Salam...Bila baca n3 ttg gantinama diri ni, tering...Salam...
Bila baca n3 ttg gantinama diri ni, teringat arwah ayah. Masa sekolah rendah dulu, pernah belajar nak membahasakan diri dgn kakak menggunakan gantinama 'aku' sbb tengok kawan cakap macam tu dengan kakaknya. Sekali arwah ayah pukul mulut. Terkejut dan menangis sebab tak pernah arwah buat macam tu. Kata arwah, dia tak mahu dengar perkataan 'aku' keluar dari mulut saya bila bercakap. Tak sopan.. biadap.. tak hormat, katanya. Sejak itu dgn kawan pun saya cuba untuk tidak menggunakan gantinama 'aku'. Tapi bila dah dewasa, saya guna jugak bila berkomunikasi dengan kawan rapat yang menggunakan 'aku' sbg gantinama. kalau yang guna nama sebagai gantinama, saya pun akan gunakan nama jugak.

Penggunaan gantinama apapun, samada 'aku', 'ana' dll, tak salah tapi bergantung pada individu. Paling penting biarlah ia kena dgn situasi, kebudayaan dan kebiasaan.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9033812.post-58941799702319313392008-05-22T12:00:00.000+08:002008-05-22T12:00:00.000+08:00@Tawel-san: ahaha pada hemat saya nama l33t tidak ...@Tawel-san:
ahaha pada hemat saya nama l33t tidak membawa erti bahawa mereka suka dipanggil name tersebut dalam dunia sebenar , kemungkinan besar takut kantui ngan pihak-pihak tertentu.

So macam mana nak settle masalah ni. Haha senang aja. Taruk sahaja nama sebenar dengan nama l33t . Takde masalah saya rasa. Lebih afdal kalo sertakan skali GPG Fingerprint dari Nombor IC. So tak berlaku insiden yg kita panggil  Mencuri identiti

P/S: I have no idea what the heck is yondie anyway. Sapa-sapa pakar nahu/saraf/etymology silax2 kasik idea<~!@#>https://www.blogger.com/profile/06393583712129388110noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9033812.post-36829015119247215872008-05-22T08:47:00.000+08:002008-05-22T08:47:00.000+08:00@y0nd13, kalau mengl33tkan nama, macam mana pula? ...@y0nd13, kalau mengl33tkan nama, macam mana pula? ;)

@al-ikhsan, anta rasa cool ye? Patutlah orang Arab di tanah Arab yang panas tu ber'ana-anta'. Ana bukan ahli psikik, cuma burung yang berbulu sama, akan berkumpul di tempat yang sama.Tawel Senseihttps://www.blogger.com/profile/15831615148514859274noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9033812.post-16076508144357317102008-05-21T14:57:00.000+08:002008-05-21T14:57:00.000+08:00Pada hemat saya, tak salah jika mengorangputihkan/...Pada hemat saya, tak salah jika mengorangputihkan/menjawakan/membughiskan/mengchinesekan/ nama sendiri supaya mudah disebut oleh penduduk asal sesuatu tempat. Hatta Wali Songo pun menukar nama semata-mata untuk menyenangkan urusan komunikasi dan dakwah dulu-dulu nape kite tak leh pulak kanx2?

P/S: Adapun jika menukar nama macam Salimah jadi Sally ataupun Khadijah jadi Cathy sebab nak glamour kat TV.. tak perlulah kut..<~!@#>https://www.blogger.com/profile/06393583712129388110noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-9033812.post-31267690098393092702008-05-21T07:22:00.000+08:002008-05-21T07:22:00.000+08:00Wah, memang samalah Tawel Sensei ni dengan sy..sem...Wah, memang samalah Tawel Sensei ni dengan sy..semua benda yang dia fikr mesti sama dengan apa yang saya fikirkan..ahli psikik ke Tawel Sensei ni??huhu~:p

tapi semua kata ganti nama sy guna..aku sebab saya orang jawa..saya kalau cakap dengan khalayak umum (U)..

lagi satu,sy pon bukan aliran agama tapi sedikit sebanyak nak juga cakap ana anta ni.sebabnya saya rasa macam cool je bila cakap camtu..kui3~;pAnonymousnoreply@blogger.com