19 Mei 2016

12 Tahun Hembusan

Agak terkejut apabila blog ini tiba-tiba dapat komen: "Betul blog ini sgt bagus patut diteruskan dah berbelas tahun ia wujud baru skrg saya tau...kipidap dongibab" 

Dan sebenarnya, ada banyak lagi komen yang meminta saya menulis kembali. Cuma saya tersentak bila komen yang kali ini menyatakan blog ini sudah berbelas tahun.

Hari ini di tahun 2016, usia blog ini menjangkau 12 tahun rupanya. Banyak kenangan pahit manis sewaktu aktif menulis. Sesudah 4 tahun gersang tanpa secalit tulisan, hari ini saya coretkan sedikit aksara di blog ini.

1. Ya saya memang tidak aktif menulis blog buat masa ini. Sebab slogan blog ini "Bukan Repekan Meraban", maka selalunya tulisan saya mengambil masa yang panjang untuk disiapkan bagi memastikan fakta saya tidak merepek lagi meraban.

2. Hari ini sangat berbeza berbanding dengan zaman kegemilangan blog. Ini zaman ketagihan Like dan Retweet. Zaman ini majoritinya cuma Like tanpa membaca pun apa yang dia Like.

3. Ramai blogger sudah tidak menulis di platform blog lagi. Semuanya sudah berpindah ke Facebook terutamanya. Mungkin di sana sebab karya lebih mudah tersebar dan viral, di samping teknologi Facebook yang lebih memudahkan penggunanya.

Mungkin masih ada yang gigih menulis sehingga sekarang. Dan sekurang-kurangnya saya tahu satu dua blogger sezaman saya yang masih menulis blog sehingga hari ini. Inilah blogger sejati yang menulis betul-betul kerana minat. Bukan kerana mahu meraih populariti.

Terima kasih kepada pembaca setia yang kadang-kadang mengharapkan saya menulis kembali. Kalau ada blogger sezaman yang masih aktif, kasi habaq sikit di ruangan komen.

Dan ada ke agaknya pembaca lama blog ini yang masih setia menanti?

14 ulasan:

  1. Saya masih menanti :)
    Blog saudara masih dalam list Feedly saya.

    BalasPadam
  2. @Norizzuddin Kasim, wah terima kasih! :)

    BalasPadam
  3. Ku tunggu tanpa jemu
    Ku nanti tanpa henti

    .....

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama2/6/16 1:51 PTG

    kami setia menanti......gengX16..83

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama2/6/16 4:13 PTG

    ME TOO.. SELALU TERTUNGGU-TUNGGU ENTRY BARU DARI BLOG HEMBUSAN NI.. :)

    BalasPadam
  6. salam, harap saudara terus menulis.

    BalasPadam
  7. Abu Abdullah14/6/16 2:04 PTG

    Assalamualaikum.
    Sesekali menjenguk mengharapkan entri baru.
    Sempena ramadhan ni jenguk lagi, sebab entri terakhir dulu di bulan ramadhan.
    Harapnya Tawel Sensei teruskan menulis lagi. :)

    BalasPadam
  8. "Ini zaman ketagihan Like dan Retweet"

    Saya setuju. Saya juga pernah ketagih, mujur hanya seketika dan kembali sedar. Kembali kepada alasan saya masih menulis, saya mahukan satu kenangan untuk masa akan datang. Untuk diri sendiri, dan keluarga.

    BalasPadam
  9. Assalamu'alaikum bro tawel.. bila akan menulis lagi ?

    BalasPadam
  10. Masih membaca dan menunggu ulasan terkini

    BalasPadam
  11. Harap dapat diteruskan dgn pengisian terbaru

    BalasPadam
  12. Assalam. dah beberapa tahun tak stalk blog ni. tgk2 u dah kahwin. Alhamdulillah semoga bahagia tawel sensei . i like ur posts dulu, kini dan selamanya.hihi

    BalasPadam
  13. @mia sarah. Eh, mana tahu dah kahwin pulak ni. Hehe :)

    BalasPadam

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.